Friday 10 July 2015

♥ sudah tamat perkhidmatan di LPPKN

Assalamualaikum dan hai korang :)..

Baru hari ini kesempatan untuk menhapdate baby belog ni. Almaklumlah sebelum ini busy dengan kerja sebab tu tiada masa nak menghapdate baby belog ni. dulu kehidupan macam tak de life je sebab ulang alik dari kuala kubu bharu ke bank negara. keluar pepagi buta balik nak dekat maghrib dan tak pandang dah dekat lappy ni, aku pandang je tilam hahaha

10 Julai 2015 genaplah enam bulan aku bekerja di LPPKN sebagai pembantu tadbir. Alhamdulillah macam macam dugaan aku hadapi dan boleh atasinya haha. Inshaa Allah awal bulan lapan ni akan sambung perkhidmatan aku di LPPKN tapi yang tak seronoknya kena interview. Itu aku tak suka sebab aku dah lah gugup dan gementar bila nak interview ni. Hmm

aku berharap interview yang kali kedua ni, berjaya weyh, risau pula. mana tahu dia ambil org lain aku ni dah la suka cakap main lepas je. hahaha dengan PPT pun main lepas je aku cakap, mana tak sebab dia tu membuat aku sakit hati dengan perangai tau. Dengan boss pun dia boleh nak marah marah itonasi dia tu membuat aku geram tau.. cuba anak kesayangan dia call kemain lembut kot. aku rasa boss aku malas nak amik port bila dia perangai macam tu sebab dia kerja lama di LPPKN. even dia kerja lama pun tapi mana adab weyh. sepatutnya orang lama ni tunjuk perangai yang baik pada yg muda bukan menunjukkan contoh tak baik. malas nak cerita pasal dia panjang pula blog aku ini nanti haha.

Walaupun sekrang dah hujung ramadhan, aku ucapkan salam ramadhan dan juga selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

No comments:

Post a Comment

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...