Friday 25 July 2014

♥ Selamat Hari Raya :)



Assalamualaikum dan hye hye~~~

Disini aku dan cik shepet ucapkan selamat hari raya pada semua warga muslim
aku pohon maaf sekira aku ade terkasar bahasa, salah dan silap secara sengaja atau tidak sengaja.maaflah mulut aku lancang sangat. hehe
kira kosong kosong ye..

Hmm cik shepet tak balik raya,almaklum masih rekrut di PD, so dia berkhidmat untuk negara, sedihnya aku tak dapat raya dengan dia tahun ni. tak per aku kne belajar dari sekarang nanti dah kawen x de lah sedih bila selalu kena tinggal, almaklum lah cik shepet ni asakr keje sudah pasti tak menentukan.
miss and much love you asyraf hafizi. <3

Friday 11 July 2014

♥ Evening Primrose Oil

Assalamualaikum dan hey hye~~


entry kali ni pasal Evening Primrose Oil (EPO). EPO ni merupakan makanan tambahan baik untuk muda dan tua. haha aku start makan EPO bila period aku tidak teratur dan aku ade PMS. okay PMS ni Pra-menstrual Syndrome biasanya berlaku sebelum nak datang period. Actually, lecturer aku yang suggestkan makan EPO ini. EPO ni sangatlahh bagus. tip topp kot. Alhamdulillah makan EPO period agak teratur,PMS still ada sikit sikit cuma semasa period sengugut kurang dan kulit punn jadi cantik. hehehe




Apa itu EPO ??

      Evening Primrose Oil merupakan punca khasiat semula jadi yang terkaya (selain dari susu ibu) bagi Asid Gamma Linoleik (GLA) pelopor Prostaglandin. Setiap sel dan organ di dalam tubuh manusia bergantung kepada Prostaglandin yang diperlukan oleh tubuh 24 jam sehari. Di England ia telah diberikan kepada wanita sejak 30 tahun yang lalu oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan. Ia juga merupakan minyak yang diekstrak dari biji pokok Oenothera biennis.


 Kebaikan EPO pada kesihatan dan kecantikan..


Minyak ini mempunyai begitu banyak khasiatnya kepada badan dan memberi impak kepada kesihatan. Ia mampu:

• Membantu melancarkan dan mengawalatur kitaran haid 
• Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut 
• Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj 
• Meningkatkan kesihatan kulit supaya sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. 
• Melegakan ekzema dan alergi kulit.
• Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal 
• Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
• Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
• Menguatkan sistem imun badan
• Jurnal Perubatan New Zealand telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit


Okay aku amalkan EPO dari Blackmores





ramai yang ambil dari shaklee, shaklee pun bagus tapi masa aku beli blackmores ni ade promotion 3 botol rm200 so better aku ambil huhu, dulu masa mula mula makan EPO  cam fobia sebab vit dia besar kot haha. dan aku stop makan ubat sebab time tu aku busyy sesangat sampai tak ingat nak makan. Alhamdulillah aku makan balik sebab nak jaga kesihatan kan. :)


EPO nie elok diamalkan untuk menghadapi hari-hari mendatang..terutamanya yang hampir menopouse. Makan lebih awal lagi baik bagi mengatasi simptom2 perubahan badan apabila usia semakin meningkat seperti:

• Simbahan rasa panas badan
• Pendarahan faraj yang tidak tetap
• Sakit2 otot
• Mudah marah
• Bulu baru tumbuh di muka ( perubahan hormon dalam badan)
• Kurang dorongan seks
• Rasa diri tidak dicintai
• Faraj menjadi kering
• Sakit2 belakang dan sendi
• Susah tidur malam
• Keletihan luar biasa
• Berpeluh pada waktu malam
• Sakit ketika hubungan seks

Selamat Mencuba. Bye

saje saje je.
jerawat pun x de


Thursday 10 July 2014

♥ bukan awak seorang sahaja ade masalah.

Assalamualaikum dan hyep hyep korang.



Entry kali ni pasal MASALAH... kadang kadang aku tak faham dengan manusia ni. bila ditimpa masalah atau musibah dia akan rasa masalah dia lagi besar daripada orang lain. bagi aku semua orang ada masalah cuma kita pandai menyelesaikan masalah itu sendiri, boleh kita cerita masalah kita dekat orang bukan untuk minta simpati ke apa? cuma untuk meringankan bebankan masalah aku. aku sendiri pun ada masalah sendiri tapi aku selalu cerita dengan kawan baik dan kakak aku.bukan minta simpati tapi menringankan masalah aku,walaupun mereka tak dapat tolong tapi mereka tolong dari segi nasihat.. sekurang kurang kita lega dan ada juga yang memahami kita. cara yang baik untuk kita tangani adalah sabar,solat dan doa kepadaNya.
InsyaAllah ia akan dipermudahkan amin. kadang kadang manusia ni bila ditimpa masalah atau musibah mesti dah update kat facebook. kenapa semua benda nak cerita kat facebook.? nak bagi tahu 1 malaysia yang awak ade masalah besar ke? kan lebih baik kita sujud padaNya...

okay bye.

Wednesday 9 July 2014

♥ saya bosan dengan soalan macam tu.

Assalamualaikum dan hyep hyep~~

Entry kali ini pasal jiran jiran rumah aku ni. sejak aku habis study, baru seminggu boleh makcik aku tanya " DAH DAPAT KERJA KE?" Hmm mungkin makcik ini ingat cari kerja macam order makanan dengan gerai makan agaknya.. Plan aku lepas habis study aku nak rehatkan otak selama 3 tahun aku study dan lepas raya baru nak kerja.

Sekarang aku lebih selesa duduk dekat rumah, bila ade kenduri ke? aku akan pikir 2 3 kali sama ada nak pergi ke tidak, sebab makcik makcik akan tanya soklan " BILA NAK KERJA?" bosan lah dengan soalan soalan mcm nie.. mcm tak de soalan lain je. kadang kadang lama tak jumpa, pun boleh tanye pasal kerja.. adoyy kan lebih baik tanya sihat ke tidak..cukup cukup lah makcik tanya soalan macam tu, banyak lagi soalan boleh ditanya kan. kalau aku tak kerja pun, bukan guna duit makcik makcik pun lagipun family aku tak pernah marah dan tanya pasal kerja semua. Sebab dia tahu aku dah besar dan boleh berfikir. lagipun aku sedang usaha cari kerja. bukan tak nak kerja cuma sekarang aku nak rehat.

Kadang kadang makcikmakcik ni tanya aku lebih suka senyum je.. tengok lah bila aku dah kerja soalan yang bakal ditanya :-
  • Bila nak kawen?? bila dah kawen mesti ditanya
    • bila nak ade anak? bila ada anak mesti ditanya
      • bila nak ade cucu. 
sumpah, ni lumrah manusia kan.. bila dibandingkan dengan orang singapore, memang beza sangat,
orang singapore tak suka tanya tanya soalan soalan bila nak kawen? bila ade anak?sumpah tak de langsung sebab mereka bukan jenis yang suka menyibuk hal orang.Mohon cukup cukuplah tanya soalan sebegitu. sampai bila nak tanya kan..




Monday 7 July 2014

♥ sudah 4 bulan

Assalamualaikum kawan kawan :)




Macam mana puasa ke-9, okay tak? okaylah kan mesti badan pun dah selesa bila puasa dalam keadaan panas macam ni. aku alhamdulillah, masih penuh berpuasa amin..

kini dah masuk 4 bulan, aku masih tidak ada berita tentang cik shepet,kadang kadang tengok orang rekrut tempat aku ini, ade aje yang keluar dari kem tapi dia langsung tak ada nak hubungi aku pun..Dia tak rindu aku ke? lupa kat aku ke? tak kan masa dia keluar dari kem tak boleh telefon aku gune public phone??
mungkin kat PD tu tak ada public phone.

sekarang yang aku rasa dah putus asa dah dan malas nak fikir pasal dia dah..kawan aku selalu cakap " Qila,dia pergi untuk rekrut dan masa depan qila,qila kena faham mungkin dekat sana peraturan dia ketat ke, pikir positif okay, bawa bersabar" Hmm mungkin aku kena tabahkan diri aku dengan dugaan macam ni dan banyakkan sabar.. Walaupun, cik shepet sentiasa dalam doaku.

Aku berharap sangat cik shepet,masa raya tahun pulang ke kampung. harap ketua dia bagi cuti raya,tak kisah sekejap je pun.sekurang kurang aku dapat jumpa. miss you biey :*


Friday 4 July 2014

♥ Salam Ramadhan

Assalamualaikum.. hyeppp ~~

                Aku nak ucapkan salam ramadhan pada semua muslim :) dan harap ramadhan kali bermakna dan dapat menunaikannya dengan baik. Alhamdulillah sekarang sudah ramadhan ke-enam,aku masih puasa walaupun sekarang musim panas hehehe. dari ramadhan pertama sampailah ramadhan keempat, aku tak boleh makan nasi,bila makan nasi mulah nak muntah. Hmm aku tak tahu kenapa tapi aku hanya fikir aku nak datang bulan, kebiasaannya aku nak datang bulan mesti kena simptom simptom ni

  • pening kepala
  • sakit pinggang
  • loya
  • muntah
  • nafsu makan kuat
  • teringin nak makan sesuatu
okay, aku anggap biasanya.. Alhamdulillah ramadhan kelima aku boleh terima nasi.bersyukur sangat kott.. dah lama x dapat makan nasi tetiba dapat makan nasi hehe

          Sekarang ramai kawan kawan aku sudah kerja dan sambung belajar cuma aku je masih terperap dirumah hihi, bukan aku tak nak kerja ataupun sambung belajar tapi lepas raya baru aku nak kerja. InsyaAllah,kalau ade rezeki  aku kerja kan :)

Dear Cik Shepet,
        Saya doakan awak sihat disana, dan dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik ye. saya dekat sini sentiasa sayang dan rindu awak. saya harap raya tahun saya dapat jumpa awak :)


&hearts; Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...