Tuesday 23 December 2014

♥ 20 perkara tentang aku..


  1. Nama diberi Nur Syakilla Ismail, kalau tak nama aku Nurul Sakinah dan aku rasa kalaulah nama aku Nurul Sakinah, sumpah tak sama nama dan perangai aku nanti.
  2. Dilahir pada 16 september 1992. tengah bulan aku lahir susah nak minta hadiah hari jadi haha
  3. Merupakan anak bongsu dari 4 orang adik beradik 2 kakak dan seorang abang.
  4. Mengambil jurusan Diploma Teknologi Makmal Perubatan di Kolej PTPL
  5. Manje? aku rasa tak kot.. cuma aku ni KUAT MERAJUK., anak bongsukan kuat merajuk. maybe?
  6. Aku seorang yang HOT TEMPER tapi tengok keadaan jugak, sometimes aku main sound je bila kemarahan tak boleh dikawal lagi
  7. Aku banyak pendamkan perasaan macam sedih, susah hati, marah. bila aku dalam keadaan macam ni, aku banyak diam dan memikir sampailah aku sakit. bukan tak nak luahkan tapi aku tak nak bebankan sesapa dengan masalah aku sendiri. kalau aku cerita pun dengan org yang aku percaya.
  8. Suka sangat shopping. haha perempuan biasalah suka shoppingkan sampaikan almari dah penuh dengan baju dan ade baju aku just pakai 2 3 kali je hahah. biasa shopping baju je. shawl jarang sangat.
  9. suka makan. itulah hobi aku, makan makan makan dan makan. kalau lepak ngn cik shepet mesti pergi makan je, sebab aku dengan cik shepet habit memang macam tu. 
  10. aku suka makan makanan yang berasakan KUEH TIOW. entah tak tahu kenapa.
  11. suka makan makanan yang masam macam 
  12. suka dengan teddybear. entah dari dulu aku suka teddybear. kalau boleh aku nak bilik aku penuh dek teddybear je. Ada yang bising, kenapa aku mintk hadiah harijd dr cik shepet teddybear? kenapa tak mintak kasut ke? baju ke? aku rasa kalau mintak teddybear boleh bawa tidur dan peluk peluk dan peluk. kalau baju or kasut nanti baju dh lusuh tak nak pakai dh.. so setiap orang lain taste. mgkin mereka lebih selesa mintk baju or kasutkan.
  13. suka buat roti dan kek. haha sebenarnya aku suka tengok orang makan apa yang aku masak.. roti dan kek lah aku suka buat. hehe yang makanan lain tu nantilah belajar haha
  14. suka tidur haha. pantang ada masa tidur je lah cerita nya kan
  15. suka sangat selfie, ade orang cakap selfie ni org sakit mental. aku abaikan k. macam tak pernah selfie kan.
  16. TAK SUKA dengan lipas.. aku geli dengan lipas kot. nak bunuh lipas pun aku takut kot. dan bila lipas nak datang kat aku akan jerit sekuat hati aku.
  17. TAK SUKA dengan ular.. Ini yeyek kot sebab aku penah DIPAKSA pegang ular. sebab aku ade masuk Zoomanji. Sumpa ular tu bdn dia lembik lembik dan aku geli sangat kot.. dan bila ekor ular tu try menjalar di kaki aku lagi aku jerit sampai nangis nangis kotttt..
  18. FOBIA dengan anjing even anjing tu kecil. aku takut masa aku kena kejar dengan anjing dan penah jadi tragedi dengan aku, sebab nak lari dari anjing, aku jatuh dan luka di ibu jari kaki, luka teruk okay.. 
  19. SUKA sangat dengan kucing.. tapi aku malas bagi makan kat kucing aku..
  20. aku ni seorang penggeli. pantang orang cuit bahagian pinggang,leher,perut,peha n semua tempat mesti aku jerit,kalau aku jerit perlahan tak pe lah ini jerit kuar. 

Yang ni baru 20 perkara tentang aku, sebenarnya banyak lagi kot. Actually nak hapdate ni dah lama kot tapi tak kesempatan nak hapdate haha.. okay bye.~~

Wednesday 26 November 2014

♥ bekas kekasih :)


Assalamualaikum dan hai korang :)

Entry kali ni pasal Ex-boyfriend..
aku tak tahu kenapa saat aku bahagia, masa tu lah ex boyfie datang cari aku.
sebelum aku kapel dengan cik shepet aku kapel dengan fareez dan aku dengan fareez ade friend kat wechat.  sebelum ni fareez tak penah like moment aku kot. kenapa sekarang rajin dia like moment aku. adakah dia nak berbaik dengan aku? hishh tak mungkin 
sebab fareez tak akan contact dengan bekas awek dia. aku ingat lagi kata kata fareez.
tapi bila cerita dengan cik shepet, cik shepet suruh berbaik dengan fareez. hishh tak mahu aku.
aku tak suka nak berbaik dengan dia. tolonglah aku ingat apa fareez buat kot. bukan apa aku takut kalau contact jatuh cinta balik ke? dh la fareez tu single. ishhh tak mahu.


aku tak tahu nak buang nama dia tu? dlu set dlm phone my cengeng.
dia set nama dia fareez kot. hishh

bukan setakat fareez tapi ezzad ni pun skrg add aku kat facebook. pun aku tak approve lagi
ezzad ni sebelum aku kapel dengan fareez.
haihhh kenapa lah diorg ni datang saat aku bahagia tolonglah
putus buat cara putus lah
nk berbaik tu? maybe makan masa.



nota kaki : dengan ezzad ni aku tak serius pun kapel. dulu memain je kapel dengan ezzad  ni. tapi fareez ni tak tahu lah aku. aku nekad tk kn contct dengan fareez. tak nakkkk kawan dengan dia dah, anggap je dia tak pernah wujud dlm hidup aku.





Tuesday 25 November 2014

♥ Selamat Pengantin Baru Izah & amin

Assalamualaikum dan hai korang :) baru hari ni aku dapat nak update baby belog ni. setelah seminggu aku busy merewang hehe. seminggu ni aku rewang sikit, kawan aku nak kahwin. kawan sekolah tapi kita orang tak rapat pun masa sekolah. start rapat masa raya tahun ni.

masa rewang buat pasang pasang kotak dan potong kuih bahulu gulung dan masuk dalam kotak je. nampak macam senangkan tapi susah jugak lah. sakit pinggang juga buat benda ni. yang tukang rewang aku,zatty dan nana,pengantin pun join sekali kot. kotaknya ada lah dalam 600-700 huhu banyakkan. tapi usaha kami berempat dan makcik makcik rewang siap jugak akhirnya

KAWAN KAWAN REWANG.




kawan aku izah akad nikah hari jumaat lepas asar. hari jumaat juga teman mak pergi hospital selayang untuk laser mata, malam khamis tu aku balik lambat dalam jam 1 pagi sebab settlekan gift untuk pihak lelaki. kalau buat jumaat takut tak sempat. aku dapat 2 jam je. gerak dari kkb ke hospital jam 6.30 pagi. sebaik mak siap laser mata sekjap dalam jam 10.30 dh siap then sampai rumah dalam jam 1 tengah hari dan terus rushing pergi batang kali cari hadiah untuk pengantin. makan KFC jap dalam jam 3 petang sampai uma. tak sempat nak rehat, terus siap siap untuk pergi majlis akad nikah pula. okay dalam jam 4 petang sampai umah izah. kami selfie lah citernyaaa





haha adelah dalam 5.30 upacara akad nikah bermula dan cik izah bahari bergelar isteri amin pada jam 6.00 petang. 






entah macam mana aku rasa sedih bila izah menangis peluk mak dia, tapi tahan juga air mata. kawan aku pun nak menangis masa adegan ni. macam mana tak sedihnya bila kita akn melalui alam perkahwinan dan tanggungjawab kita sebagai isteri besar dan mana boleh manja manja dengan mak lagi pun makan minum suami kita kena jaga,kalau hidup bujang lain kan. habis izah akad nikah, dalam jam 7 petang aku ambik kakak aku kat ktm dan smpai uma dalam jam 8 malam. dalam jam 9 malam, zatty ajak pergi uma izah siapkan photobooth. perghhh mata aku tak larat nak bukak dah, rasa nak tidur je rumah izah.. nasib baik malam tu zatty dan perus stay umah aku. kami balut hadiah dan dalam jam 2 pagi kami tidur. bangun jam 10.30 pagi kot. hahah bapak lama kami tidur. hehehe

izah bersanding hari sabtu 22 november 2014 aku sampai umah izah dalam jam 1 petang tapi izah dah siap bersanding dan masa kita orang sampai dia tengah makan so kami selpie dengan pengantin semua.






sweetkan izah dan amin tapi mereka ni pemalu. amin pun pemalu sangat.. hahaha

pada 23 november 2014 hari ahad umah pengantin lelaki, aku, nana,zatty n izyani pergi ke sana sebab nana bersemangat nak pergi. dan yang penting nana boleh bawa kereta manual.. cayaaaa lah nana wa tabikk sama lu... teruskan usaha anda hehe..

ini gambar masa di rumah pengantin lelaki..






 suka tengok izah, cantik sangat masa ni... masa nak balik aku rasa sebak nak tinggalkan izah. tak tahu kenapa perasaan ni ade pula..rasa nak menangis pun ade jugak. 

sampai je rumah, aku cakap dengan izyani " rasa nak kahwin sebab macam seronok je kahwin" izyani cakap " mungkin kita tak cukup matang lagi nak kahwin kot" aku cuma gelak je.

macam mana nak kahwin, kerja pun belum lagi haha betul juga kata izyani, aku pun belum bersedia nak jadi isteri lagi. tanggungjawab tu besar sangat, aku ni mana pandai masak kot. perangai pun macam budak budak sikit. =.=

kepada izah dan amin :)
  Aku doakan izah dan amin berkekelan hingga ke jannah, semoga izah semoga izah menjadi isteri solehah dan amin menjadi suami yang soleh dan jaga izah baik baik tau. semoga korang dikurniakan baby baby yang comel ye :)

Monday 17 November 2014

♥ suka menyibuk hal orang (Tinokk)

Assalamualaikum dan hai korang. Okay hari tu aku ada cakap nak update pasal perempuan kan. so hari ni lah aku cerita pasal perempuan ni

utk saja saja pic ni :)

.

Dalam hujung bulan 10, aku online pesbuk cik shepet saje je online tapi kebiasaanya aku just bukak pages keluarga saaodah dengan tukar DP cik shepet. tapi entah macam mana aku nak sangat bukak inbox cik shepet ni. tak tahu lah kenapa. Okay aku pun bukak tiba tiba ada chat sorang perempuan so aku bukak lah..

okay ini chat perempuan tu bagi. apa perasaan korang bila dapat tahu perempuan chat boyfriend kau macam ni? mula mula aku baca rasa sakit hati tu ade lah, kalau kawan pun perlu ke cakap macam ni? kalau aku rindu kawan lelaki tak de macam ni. ini macam menggedik sangat ni. aku pun terfikir fikir pasal perempuan ni. 


tapi hati tu nak tahu juga sapa perempuan ni. so aku pun try lah chat dengan perempuan ni dengan pakai pesbuk cik shepet

INI CONVERSATION AKU DENGAN PEREMPUAN TU.








ini semua chat aku dengan perempuan tu, so tiba tiba dia minta chat pakai pesbuk aku, so aku suh lah add pesbuk aku. niat aku nak berkawan tapi tak sangka pula dia ni kaki menyibuk. aku dah approved perempuan ni so aku usha lah pesbuk perempuan ni. so perempuan ini dah kawen dalam bulan 6 tahun ni. so aku pun tanya dia dah kawen ke? barulah dia mengiakan. kalau aku tak tanya sumpa dia pun tak cakap.

ade sekali tu, makcik aku telefon mak aku sambil tu ceritalah pasal cik shepet yang ramai kawan kawan cik shepet cari dia. then aku pun update status kat pesbuk, cuma update " KENAPA RAMAI SANGAT CARI DIA." itu sahaja aku update tapi perempuan ni boleh pula dia buat status :-


aku tak tahu apa masalah perempuan ni sebenarnya. siap bagi chat kat cik shepet

 apa motif nak bagitahu cik shepet?? aku terasa ke kawan kawan dia cari? aku rasa aku tak terasa cuma aku rasa kawan kawan dia pun rindu cik shepet macam mana aku rindu. itu sahaja. nasib baik cik shepet tak layan perempuan ni. aku ade juga bagi tahu cik shepet apa sebenarnya perempuan ni nak? cik shepet pun tak tahu.  dan aku suruh cik shepet chat dengan perempuan ni tanya apa dia nak sebenarnya. Then, cik shepet pun chatlah dengan perempuan ni







sapa yang meroyan sekarang, aku ke perempuan ni? perluke perempuan ni nak mention " INGAT SIKIT KALO AKU XTINGGALKANN KAU DULU KAU XKN KENAL DENGAN DYE (AKU) LH." perlu ke nak mention macam ni? tiba tiba perempuan ni terus update status sebab cik shepet tak balas chat dia


nak cakap kami ni mengelabah habis kau ni mengelabah ke perempuan? semak dengan relay orang. ke kau cemburu??


KEPADA PEREMPUAN NI YANG SUKA NYIBUK HAL AKU.!

 Tak kisahlah kau penah tinggalkan cik shepet ke apa? tapi kalau bukan jodoh kau dengan cik shepet nak buat macam mana, baguslah perangai kau ni sebab mempertikaikan kerja-Nya. kau nak rasa kesian kat cik shepet kenapa pula? aku rasa kau tak pernah kenal aku pun dan kau just chat aku dalam 2 3 jam sahaja, jumpa aku pun kau tak pernah. kau sendiri boleh buat andaian sendiri kan. selama aku dengan cik shepet, aku tak pernah cemburu dengan cik shepet apetah control hidup cik shepet. kalau kau tak tahu pape jangan buat andaian sendiri. aku cuma kesian dengan suami kau sebab suami kau beristerikan perempuan gila macam kau. even suami kau tahu kau chat ngn cik shepet, aku rasa suami kau dayus sebab tak larang kau rindu lelaki lain selain suami kau. Dengar sini perempuan, tak payah nak bajet yang kau tu kahwin dan bertahun tahun lah. kau pun baru masuk alam perkahwinan tak payah nak tunjuk bagus sangatlah.. lebih baik kau jaga suami kau daripada kau jaga tepi kain orang. niat aku suruh add pesbuk aku tuk berkawan bukan untuk kau stalker aku bagai. aku terasa terharu bila ade stalker hidup aku. rasa hidup aku lebih bahagia daripada kau pula. aku tak sound kau sebab aku fikir cik shepet je, kalau aku nak sound boleh je kalau depan cik shepet pun boleh. aku sendiri pun tak pernah kacau hidup kau dengan suami kau, tak payah nak sibuk sibuk hal aku dengan cik shepet dan aku tahulah macam mana aku jaga shepet ni. kau nak cerita dekat kawan kawan aku ni KUAT CEMBURU or QUEEN CONTROL  terpulanglah yang penting aku bukan orang macam tu.. aku pun nak MEMERHATI kau sampai bila nak stalker hidup aku.!! Ingat kau tu dah kawen jaga batas batas kau sikit. apa apa kau buat ingat suami kau. jangan ingat suami kau tahu kau boleh buat sesuka hati kau., kau sedih tengok cik shepet sebab kapel dengan aku, aku pun sedih tengok suami kau sebab dayuss sangat. biarkan kau chat lelaki lain dan siap cakap rindu bagai.! 



-DAYUS-

Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.” Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Riwayat Al-Tabrani)

Daripada hadis di atas, maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu. Malah, ada yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain.

Soalan yang sama daripada sahabat mengenai siapakah dayus? Lalu jawab Nabi SAW, maksudnya: “Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).Tafsiran golongan ulama berkenaan istilah dayus adalah “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).”
“Cemburu lawannya dayus.” Berkata pula Al-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”

“Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) apabila dia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak mengubahnya.”

“Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barang siapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga jauh daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.” (Faidhul Qadir, Al-Munawi, 3/430)



NOTA KAKI : aku hide kau punya pesbuk, biar orang tak tahu kau sapa dan biar kau rasa terasa sendiri. sorry kalau entry yang ni membuat kau panas hati atau sentap. aku tak kisah apa kau nak cakap pasal aku pun. kau nak follow aku punya blog. dipersilakan. jenis aku aku tak gaduh dengan perempuan macam kau dan aku rasa buang masa je. susah kalau nk bertikam lidah dengan orang tak de otak ni. cuma aku nak ingatkan kau jangan sesekali masuk hal aku. aku tak penah masuk hal kau.! dan kau pun tak kenal aku macam mana okay. semoga hidup kau sebagai seorang isteri, boleh menjaga suami kau dengan baik. dan jaga nama baik suami kau. sekian :)

Friday 14 November 2014

♥ Cik Shepet

Assalamualaikum dan selamat hari minggu...

Okay, hari ni dapat hapdate baby belog ni. setelah seminggu aku duduk dikampung hehe. macam macam berlaku dekat kampung. Sabtu lepas aku balik kampung sebab nak jumpa cik shepet. masa jumpa kami tak banyak bercakap dan otak aku mula lah fikir fikir bukan bukan. Dengan malam sabtu kena marah ngn cik shepet sebab aku tak makan kat kenduri tu, macam mana aku nak makan kalau kawan dia ramai then makcik makcik situ pun aku tak kenal. masa orang surau baca doa selamat, aku duduk luar sebaik diteman bapa sedara aku dengan adik sepupu aku. Yelah aku tahu cik shepet tak boleh layan aku sebab kenduri rumah dia kan. aku tak kisah. tapi tak kan aku nak makan sama budak bujang dan aku sorang perempuan? haha masa makan kat uma cik shepet, wan nya duk senyum senyum kat aku, aku pun senyum lah. nampak wannya okay je hehe. masa balik tu, cik shepet bole nak kenakan aku. dia tak nak panggil wan dia. nak tak nak aku yang pergi kat wan dia. sengal punya shepet.

aku dengan cik shepet ada masalah komunikasi sejak dia balik ni, tapi entah lah aku pun tak tahu. bila dah stay dua hari dekat kampung baru aku perasan yang cik shepet dia mula kekok dan malu tahap gaban dengan aku dan aku rasa macam mula mula kenal dia je. hakhak mungkin sebab 7 bulan tak jumpa sebab tu dia perangai macam tu.

Alhamdulillah, seminggu ni jumpa cik shepet, masalah komunikasi  dah tak de masalah dah. dalam seminggu ni, setiap malam cik shepet datang lepak dan bawa aku pergi makan semua. tapi datang lepak jam 11 malam. . yang lain dia qadaq tidur dia. sekarang cik shepet kuat tido macam aku hakhak. bila lepak malam, baru nak manje dah kawan dia dtg. so lepak sesama tapi aku banyak diam. bila ade masa barulah aku menyampuk kalau tak diam je lah hehe.. dah nak dekat jam 1 pagi baru lah cik shepet balik. lepak pun 2 jam. bila siang nak jumpa hujan pula tapi yang terharunya bila cik shepet sanggup balik dari semban terus datang uma, semata mata nak lepak dan lepaskan rindu..

Ada satu malam tu, cik shepet belikan air nescafe tin. amik kaw sampai jam 4 pagi baru aku tidur. cik shepet sedap membuta haha aku je krik krik. keesokkan hari nya dia beli air buah huhu. bila berdua barulah aku ngn slowtalk ngn cik shepet pasal perempuan tu. pasal perempuan nanti aku buat entry baru.
sebelum aku balik key key bee, aku ngn cik shepet dating dulu dan teman cik shepet cari beg camping dan yang penting cik shepet belikan teddy utk aku sempena birthday dan anniversary kiorg. aku je tak dapat nak bagi apa apa kat cik shepet. lepas ni cik shepet pergi kursus dengan kem mentakab selama 4 bulan. kena tinggal lagi lah gamaknya. semoga aku dan dia terima dugaan ni dengan hati yang terbuka. InshaaAllah semuanya akan baik baik sahaja..

lepak dalam popular smbil amik sejuk aircond haha. cik shepet malu nak pandang camera,

teddy cik shepet blikan tapi nama dia cik asya. hehe
dh ade kawan lah cik bibi ni,

sambil menunggu train dtg hehe padahal nak lepak dulu.

Ajak lepak tapi dia beronok ronok tengok utube.

nota kaki : thanks awak, belanja saya makan, bawa saya gi jenjalan dan belikan teddy tuk saya dan belikan num saya ye... saya syg awak sesangat. semoga awak tabah menghadapi dugaan yang datang dan jangan nakal nakal di kem mentakab tu ye. Ingat saya selalu okay.


Wednesday 5 November 2014

♥ Aku tak setabah dulu

assalamualaikum haii korang.. malam ni aku masih tak boleh tidur dengan nyenyak.. setiap malam aku akan fikir pasal cik shepet, aku tak tahu kenapa? aku sayang sangat kat dia.. kenapa tak de langsung khabar berita pasal dia? tahu tak aku risau sesangat.. aku cuba bersangka baik pada dia tapi still tak boleh. aku tak sekuat dan setabah dulu. aku perlukan kekuatan untuk menghadapi.aku asyik nak menangis  menangis dan menangis. bila cuba call dia, no dia still off.

okay, ni aku unline facebook dan tiba tiba aku tengok dia ade online sejam sebelumnya. aku tak tahu kenapa dia tak boleh nak chat aku?? kawan aku pun masuk askar sama batch ngn dia kenapa dia dh start cuti sedangkan dia tak? mungkin  dia ade ada masalah lain.

aku rasa cik shepet macam fareez pula, macam ni lah fareez tinggalkan aku tanpa bagitahu semua., aku dah tak larat nak menangis lagi. aku penat sangat menangis benda yang belum tentu jadi hak kita. Sekarang aku cuma perlu sangat yang aku noleh lupa dia sementara waktu, aku tak nak sakit sebab dia please. aku tak nak ingat dia sebab tu aku buang gambar dia dalam phone dan baju dia masuk dalam laci, sebab aku tak nak sakit. setiap malam juga aku fikir pasal dia ngn perempuan tu. kenapa perempuan tu tiba tiba rindu dia plak? Hmm macam macam dalam kepala aku ni.

Yaaa, aku tak tahulah kalau dia pun tak hubungi keluarga dia. sekarang aku tak tahu nak buat apa dah.. aku buntu sangat ni dan aku mahu kehidupan aku semula yang dulu.

nota kaki : i want my life back. please go away on my mind.

Monday 3 November 2014

♥ ramai yang sedang mencari cik shepet

Assalamualaikum :)

hai korang. sihat? aku? alhamdulillah sihat. entry kali ni pun pasal cik shepet. tadi baru sahaja makcik aku call mak, biasalah cerita pasal baby dia baru lahir dan bertanya khabar dan tiba tiba makcik aku ade bagi tahu yang ramai kawan cik shepet tengah cari cik shepet.? tapi cik shepet bukan ke kat kem Rasah? Hmm tah lah weyh. bila aku dah nekad tak ingat dia sementara waktu ni, tapi jadi macam ni pula membuatkan aku terfikir fikir pula. aku bukan nak tinggalkan dia cuma nak yang aku tak fikir dia sangat.

Arghh fening lah fikir pasal cik shepet ni. mana dia pergi ni? tak reti nak balik ke? sekurang kurangnya telefonlah bagi tahu. online facebook boleh pula. haishh sepak jugak kang baru tahu kan.

aku doakan semuanya baik baik dan cik shepet selamat daripada musibah yang menimpa dia.Aaminn..

Sunday 2 November 2014

♥ Down






Assalamualaikum...

2 3 hari ni aku rasa down sangat weyh, aku tak tahu kenapa. mungkin aku terlalu dengar cakap orang kot.
aku sedih bila makcik aku cakap " JANGAN BERHARAP DENGAN CIK SHEPET " sedih gila bila mak aku sampaikan dekat aku, kadang kadang mak selalu cakap yang cik shepet ade perempuan lain, lagi lah aku sedih weyh. mata pun tak sanggup nak menangis lagi. sebak wey. macam makcik aku tak tahu perhubungan aku macam dan kenapa boleh cakap macam tu? sedangkan suami dia balik uma maknya pun baru beberapa hari dah nak rindu bagai. Habis aku? mentang mentang aku dengan cik shepet just couple, so tak de rasa rindu bagai. cuba kalau dia suami dia pergi rekrut, aku nak tengok meroyan ke tidak? lain kali beragak agak sikit bercakap.

Bukan pasal ni je aku rasa down tapi pasal cik shepet sendiri. semalam aku online facebook dalam jam 2 petang then aku tengok cik shepet ade online 5 jam sebelumnya. apa perasaan korang? mesti sedihkan..
Sumpah aku menangis kenapa dia tak chat langsung atleast tanyalah kabar ke apa? ke dia tak rindukan aku? kadang kadang aku percaya cakap mak yang dia ade perempuan lain. bukan sekali je online tapi dalam seminggu tu ade lah 2 3 kali dia online by mobile. aku try call no phone yang dia text aku, still off. apa aku nak buat? terasa macam fareez buat aku je.. sobsobsob. aku tak kuat dah nak sabar dan tabah untuk menghadapi semua ni wey. kenapa dia buat aku macam ni.? kenapa kenapa dan kenapa??

Kawan aku cuba tenangkan aku cakap yang dia busy. tapi aku cuba bersangka baik tapi entahlah susah nak bersangka baik. tak kan dah habis rekrut still tak boleh guna phone? masuk ni dah minggu ketiga cik shepet habis rekrut. tak kan dia terus bertugas? kenapa tk bagi tahu.? macam macam persoalan yang timbul dalam pemikiran aku ni. hari tu kawan dia siap cakap suruh aku cari kerja. sebab bila kerja aku tak akan fikir pasal cik shepet. betul juga apa yang dia cakap tu. aku rasa nak cari kerja. at least aku lupa cik shepet walaupun untuk sementara kan. tapi inshaaallah ade rezeki, aku kerja lah lagipun aku cari kerja pun dekat dekat ngn umah je.

Sekarang ni, aku dah nekad tak nak ingat sangat pada cik shepet. gmbar dan baju kat cik bibi aku dh tanggalkn masuk dalam laci. Gambar dalam phone pun aku dah buang sebab aku tak nak ingat. aku tak nak nangis dah pasal ni. kalau dia sayang aku, dia akan cari aku. aku minta maaf kalau aku dah mula berubah :)

kepada kawan cik shepet, mintak maaf bebanyak kalau selama ni selalu aku kacau kau dan tanya macam macam. sorry sesangat lepas ni aku tak akan tanya pape okay. thanks kawan :)

nota kaki : Kalau ade jodoh, tak akan kemana walaupun berpisah sementara :)

Wednesday 29 October 2014

♥ Seremban

Assalamualaikum dan selamat petang kengkawan. :)
hari ni tak hujan pula petang, mungkin kejap lagi kot.

Hmm Entry kali ni tiba tiba mak suruh aku kerja kat seremban pula. nanti nak duduk dengan sapa pula.
mentang mentang cik shepet dapat kat seremban kan.

tapi abang sekarang dah dapat kerja tetap dan jawatan tu kene area pantai, kakak pula kemungkinan akan pindah ke bukit beruntung. tak akan aku pun nak kerja jauh pula. sapa pula nak jaga mak aku kan nanti mak tinggal seseorang pula.
adoyy fening kepala aku ni hah. haishh macam mana pula ni.
nak tak nak aku kne cari kerja dekat kkb ni. Hmm


nota kaki : bersabarlah qila, mungkin ade hikmah sebalik ni okay :)

Tuesday 28 October 2014

♥ aku sudah putus asa..

Assalamualaikum korang..

sekarang aku rasa macam putus asa sangat. aku tak tahu kenapa aku putus asa. tiba tiba hari ini aku rasa rindu sangat kat cik shepet. kadang kadang dalam hati aku ni rasa cik shepet macam nak tinggalkan aku je. aku tak tahu kenapa aku berfikir sampai macam ni..aku cuba untuk kuat tapi aku betul betul lemah. Sampai sekarang cik shepet masih tak balik lagi. yang aku fikir sekarang, dia nak balik baliklah tak nak balik tak perlah.

cuma aku terkilan dengan perangai cik shepet, mesti tiada kata kata putus. hari tu sebelum pergi rekrut tak de cakap pape pun diam seribu bahasa, masa hubungi aku 19.10 tu pun diam seribu bahasa, aku cuba untuk bersangka baik tapi susah weyh..yelah berpisah enam bulan lepas tu tak ada hubungi aku. Entahlah weyh mungkin aku terlalu sayang sangat kat dia

Bagaimana dia tinggalkan aku nanti?? masa dia operasi. Hmm aku kene kuat untuk menghadapi semua ni.
semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini weyh.

nota kaki: mata saya sudah penat menangis awak.

Monday 27 October 2014

♥ Alhamdulillah cik shepet bertugas di seremban




Assalamualaikum dan hai hai korang.
Entry kali pasal cik shepet. Alhamdulillah sangat, cik shepet tak pergi bertugas di sabah a.k.a Lahad datu. Aku bersyukur sangat. Allah makbulkn doaku. 

Walaupun cik shepet belum balik lagi sebab macam macam nak uruskan. dan aku berharap semua segala urusan cik shepet dipermudahkan. aku masih menunggu cik shepet pulang..

Terasa lega sangat bila dapat tahu yang cik shepet dapat bertugas di seremban. dekat juga nak dating. kalau dekat sabah. tak dapat nak dating. Alhamdulilah dapat kat seremban senang sikit dia nak balik kampungkan. nanti kesian dengan wan dia, dah la cik shepet rapat dengan wan dia. ni rekrut 6 bulan, wan rindu dia boleh tahan. yelah cik shepetlah selalu hantar wan dia pergi klinik, jaga wan masa sakit. kadang kadang sanggup tak pergi kerja sebab tak de sapa nak jaga wan dia. masa ni lah dia nak balas jasa dia pada wan dia. 

Ni pun aku dapat tahu yang cik shepet bertugas diseremban pun dari makcik aku,
Alhamdulillah makcik aku selamat lahirkan baby boy.
Putra Naufal Irsyadi.
makcik aku tahu pun dari wan cik shepet ni hah, semalam dtg uma sambil tu tengok babykan.


Sunday 26 October 2014

♥ Menipu



Assalamualaikum dan hai hai korang. Entry kali ni pasal kawan rapat aku..

Aku tak boleh terima bila dia tipu aku hidup hidup aku, selama ni aku percayakan dia.. tapi kenapa nak tipu aku? aku ada buat salah ke dengan dia?
 kadang kadang aku tengok dia macam tak boleh tengok aku ni lebih dari dia kot. 

tak perlah kawan, walaupun kau tipu aku. aku tetap anggap kau kawan aku cuma kepercayaan aku pada kau tak sama masa mula mula kita berkawan



Sunday 19 October 2014

♥ Kesayangan beta cik shepet

Assalamualaikum dan hai hai korangg~~ selamat bekerja siapa yang kerja hari ini lah aku masih dirumah haha..

Okay entry kali ni pasal cik shepetlah. cik shepet masih belum balik lagi. cik shepet kena tunggu lagi seminggu sebab nak lapor diri dulu dekat unit mana. 18/10/2014 tu aku u la tunggu lah dia call. masa tu pula aku ade interview pun resah je kadang kadang tengok je phone kot kot cik shepet ade call. tapi tak de pun sampailah aku wassap kawan baik si shepet ni, tuh yang dapat tahu yang cik shepet tak balik lagi. bila dapat tahu rasa nak menangis pun ade kot.

keesokkan harinya, petang dalam jam 6 petang, adik cik shepet chat pesbuk minta no maxis aku. okay aku dengan hati yang bebunga pun bagi lah okay dalam jam 7 lebih ada mesej masuk, ni mesej dia bagi. macam kelakar pula sebab bagi nama penuh pula tu hahaha...


terus aku suruh cik shepet mesej num mak, sebab mak pakai celcom kan heheehe.. cuma aku rasa bersalah sebab aku penah putus asa bila aku tunggu dia. tapi cik shepet tak pernah putus asa menunggu aku dan dia sendiri pun sabar dengan dugaan ni. kalau dia boleh kenapa aku tak boleh?? lepas tu, cik shepet cakap yang dia setia menunggu aku. dan aku ade bagi tahu dia yang aku takut dia perempuan lain. terus dia cakap dia akan tunggu aku dan bagi dia kami dah serasi nak cari yang lain tu susah. aku pun rasa sama macam dia. nak cari lain macam susah sangat dan aku malas nk bercinta lagi nak kenal lagi orang tu kan. dengan cik shepet family aku dah kenal dia lagipun tengok mak pun dah selesa dengan dia. Alhamdulillah kami diberi kepercayaan antara satu sama lain. 

aku selalu doa yang cik shepet tak akan bertugas di lahad datu, kalau dia pergi bertugas dekat lahad datu, kalau 6 bulan aku boleh terima tapi makan tahun kot. huishhh tak sanggup aku nak berjauhan dengan dia sedangkan yang 6 bulan ni pun agak terseksa kot. harap harap cik shepet bertugas semenanjung malaysia.

lepas tu cik shepet cuti 2 minggu je. alhamdulillah dapat cuti walaupun tak lama kan. 

dear biey,
terima kasih sebab awak menunggu saya dan setia dengan saya. saya harap perhubungan kita kekal hingga ke syurga. semoga kita diberi kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain. saya sayang awak sesangat.

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...