Saturday 15 March 2014

♥ berdating dihari sabtu :)

Assalamualaikum dan hey hey :)


okay, hari ni dating lagi dengan cik abby. tengok movie need for speed je. cerita dia memang best cuma sakit telinga bila dengar enjin dia huhu. hari ni kami gerak awal sikit dalam jam 12 tengahari dah gerak sebab takut tak dapat sit nanti. almaklum movie need for speed kan baru keluar so orang akan ramaikan Alhamdulillah tadi  tak ramai pun beli tiket hehe tpi menunggu nak masuk dlm wayang dalam 1 jam 30 min hakhak so aku ngn cik abby duk jenjalan di terminal huhuhu

terasa diriku tapi peha besaq lahhh :P


wit cik abby :) bibir aku agak mngada sikit.

cik abbt khusyuk tengok orang memasak di lobby :)

dah macam keluarga bahagia pula :P

macam ayah dan anak :D
lepas tengok wayang tu,terus makan dan balik je lagipun penatlahhh hahaha tp sbelum balik singgah pasar malam cadangnya nak beli makanan sikit tapi pasar malam tak ade apa sangat so beli air kelapa je hakhak then balik uma...

sampai cik abby cakap,macam aku tak kasi dia balik je. bukan apa maybe minggu ni last aku jumpa dengan cik abby. awal bulan empat ni cik abby akan mula kehidupan baru di port dickson sebagai tentera darat :'( terasa sedih je bila cik abby nak pergi awal bulan empat ni. rasa macam tak kasi dia pergi je tapi apa daya cik abby tetap kena pergi:'( kadang kadang tak sanggup nak berpisah selama 6 bulan ni. boleh ke aku nak harungi 6 bulan tanpa dia :'( mungkin cik abby dalam kem tak boleh nak text atau call. aku berdoa semoga cik abby akan tamat latihan tentera dengan baik :)

p/s : walaupun kita jauh, saya tetap sayang awak :) dan jangan nakal nakal disana okay dan tolong cepat habis okay.


Thursday 6 March 2014

♥ Mulut pakcik sungguh busuk :)



Assalamualaikum :)

Mornight peeps!! hahaha aku masih tak tidur ! rilex sudah esok aku cutilah hahaha.okay entry kali ni pasal seorang pakcik suka menjaga ketepian orang. Pakcik ni jiran aku dekat kampung.

Kisah dia begini,cik abby kita ni beli motor dia guna nama anak pakcik ni sebab mereka ni kawan baik kan.masa beli moto ni cik abby kita tak de lesen motor so susa nak belikan :) . setelah 3 tahun . habislah cik abby kita bayar motor then tunggu nak dapat geran motor. tapi sebulan dua masih tak dapat geran dan kena datang syarikat motor sebab agent yang uruskan motor cik abby ni tak update account?! nasib baik lah cik abby kita simpan resit dia bayar selama 3 tahun tapi yang aku pelik syarikat ini kenapa selepas 3 tahun baru nak bagi tahu yang account tak update? ke staff syarikat ini tak buat kerja? ke nak tipu ? sungguh pelikan.

Dan nak jadikan cerita, anak pakcik boleh cerita kat pakcik pasal motor ini. terus pakcik ni naik angin dan sampai cakap " nak rampas motor" Eh.! Eh.! pakcik ni apa hak nak rampas motor cik abby kita? ade share ke? tak de kan. cik abby cuma pakai nama anak pakcik bukannya suruh anak pakcik bayar pun. tapi dalam hal ini kebodohan pakcik terserlah sebab kalau motor tak habis bayar lagi, mana boleh dapat geran dan motor tu masih hak syarikatkan. kadang kadang kelakar jugak pakcik ni hakhakhak.

dan yang aku boleh terima,pakcik ni cakap aku ni  " BETINA" !!!!!  Ini dah melebih ni! ayat pakcik ni
" si along ( cik abby) sanggup je pergi seremban semata mata nak jumpa BETINA tu, tapi tukar nama tak boleh " kalau korang jadi aku marah tak? mesti marahkan. apa kena mengena aku dengan hal motor ni, aku langsung tak masuk campur hal kelurga pakcik tu, kenapa pakcik tu nak masuk campur hal aku dan membabitkan hal ni? WTF!! sebenarnya, pakcik ni bagitahu dekat kawan cik abby ini, so kawan cik abby ni bagitahu cik abby pasal pakcik ni bising bising, so keesokkan harinya cik abby pun pakcik ni. pakcik ni pandai nak tutup kesalahan dia. boleh pakcik ini cakap " pakcik bukan nk rampas motor kamu ni,pakcik cuma nak sorokkan dia.takut nama anak pakcik blacklist je." pandai pakcik ni berlakon hakhakhak dan siap bagi pesanan " kamu jgnlah dgar orang yang suka mencucuk cucuk ni, maklumlah orang mana boleh tengok kamu senang" spesis apakah pakcik ni?? hahaha

tak perlah pakcik, pakcik cakap lah apa apa pasal saya.saya penat layan orang seperti pakcik ni. semoga ALLAH memberkati kehidupan pakcik sekeluarga.itu je yang mampu saya cakapkan :) dan pakcik tolong jaga keluarga pakcik ye tak perlu sibuk sibuk hal orang lain.

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...