Friday 22 November 2019

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum..

Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu.
Entry kali ini pasal aku dikecewakan lagi dengan lelaki..


Setelah setahun  aku untuk move on dengan si askar tu. aku cuba buka hati aku untuk orang lain.
Dulu aku rajin main application Beetalk. Dalam beetalk ni yang bestnya ade forum dan group. So aku main group, aku join group untuk cari kawan semua. Aku hanya aktif dalam group sahaja, mna yg add friend tu aku tak approve pun.. sebab aku rimas.

First group aku join tu namanya ' Cinta Jarak Jauh 'owner group ni perempuan, aku dah intro semua dan berborak dalam tu sampai owner tu jadikan aku sebagai admin untuk jaga group tu, kerja aku just approve orang yang join group tu dan pastikan diorg inro dalam group. Sampai aku pun buat group sendiri dimana nama group aku " S.A.H.A.B.A.T "

21 September 2017

Dalam group Cinta Jarak Jauh tu, aku ade kenal seorang lelaki nama dia Ikhwan Hakimi Syafreez stay melaka. Mula2 kitaorang kawan je sebab tak de perasaan kan, tapi aku dengan dia tak pernah declare pun tapi kiorg ade juga bersayang-sayang sebab masa tu kan hidup free x de sapa sayang kita kan.

aku dengan ikhwan berkawan dalam dua tahun juga tau, tapi maybe bukan jodoh kitaorang. Dalam dua tahun tu memang banyak dugaan and masalah yang aku dengan ikhwan tempuh.

Ikhwan ni seorang yang panas baran, sensitif dan cemburu buta dan dia juga suka maki orang sesuka hati dia je. Mulut ikhwan ni agak lancang, aku tak tahu macam mana aku boleh bersabar kwn dengan dia selama dua tahun. rasa cam sia sia pula.

Dalam Bulan 3 2018, aku dan kwn kwn aku pergi bercuti dekat melaka dalam 3 hari 2 malam n then aku sambung lagi cuti dengan  family aku 3 hari 2 malam. So aku dekat melaka tu ade 6 hari. Tapi sayang Ikhwan ni langsung tak nak jumpa aku. dalam WS kemain kata nak jumpa aku dan nak jumpa mak sekali tp sayang dia langsung tak menepati janji. Sejak dari tu, mak langung tak suka dengan ikhwan dengan bahasa kasarnya mak benci dia. aku? masih layan baik dan cuba bagi ikhwan peluang untuk dia memperbetulkan keadaan, tapi ikhwan langsung tak guna peluang yg aku berikan, dia ikut kepala dia sendiri,

Bila aku dengan ikhwan slowtalk discuss pasal hubungan kitaorg, dia cam nak lari je then bila aku luahkan perasaan aku dia just jawab " okay je " punya panjang aku taip dia boleh jawab okay je, kalau korang apa rasa? mesti marah kan.

Dalam dua tahun berkawan dengan ikhwan, memang ikhwan tiada effort nak dekat aku. Ikhwan ni sebenarnya nak aku je caring lebih pasal dia tau, bayangkan setiap minggu boleh dia demam,selsema dan batuk tapi oncall langsung tak dengar dia selsema ke apa? dia tipu itu urusan dia lah. Setiap hari aku makan hati dengan ikhwan, sampai satu tahap aku mula tawar hati dengan dia and i need to move on this guy. aku banyak nangis pasal ikhwan. Siyesly aku penat sangat sebenarnya. Aku tak tahu kenapa Allah beri aku kekuatan untuk bertahan dengan ikhwan selama dua tahun,

Alhamdulillah, bulan 9 2019 , aku beranikan diri minta jadi kawan supaya masing masing tak berharap dan macam tiada effort untuk ke kahwin, dan ikhwan macam biasa jawab okay je. See boleh tahu kan perangai dia camne. aku angkat kaki aku dari dia sebab  dalam dua tahun dia langsung tak nak jumpa aku, video call pun tak nak tapi dengan kawan kawan dia nak pula video call. Aku rasa kalau perempuan dah lama angkat kaki tak yah tggu sampai dua tahun kot.

Sekarang ni kami langsung tak bertegur dalam ws, perasaan aku lega gila weh bila tak berkawan dengan ikhwan, memang rasa lega gila. otak pun tenang je. kalau tak hari hari makan hati hahhahaha
Cuma aku rasa nyesal kawan dia dua tahun kot. Tapi aku fikir Allah dah aturkan perjalanan aku macam tu.


Semoga aku dapat jodoh yang baik dan boleh menerima kekurangan aku :) Aamiin 

Saturday 20 August 2016

♥ Akhirnyaaa

Assalamualaikum dan hai korang...




Dah lama aku tak hapdate baby belog. sejak akhir ni busy sikit dengan kerja dan tiada masa nak online baby belog. nak post pasal raya pun tak sempat weh. hehehe

Kali ni entry akhirnya perhubungan yang aku tahan selama ni, putus juga.

Actually, aku penat bersabar dan diam apa yang dia buat dekat aku, Selama aku dgn dia tiga tahun ni aku banyak diamkan diri.

Ramai cakap " Sayangnyaa putus, kenapa tak mempertahankan"  aku rasa cam nak gelak wehh..
gila tak mempertahankan relationship yang tiga tahun ni. aku hanya mampu senyum bila dia orang cakap macam tu.

Hal ni bermula masa bulan puasa, nak jadikan cerita aku tukar DP facebook dengan dia dan sundal dia ni duk chat aku kat FB 5 jun tapi aku balas 15 jun sebab aku x buka messenger pun. okay sundal ni duk chat cerita macam macam dan cakap dia kapel ngn dia dah dua bulan, aku layan sundal baik je weh tak de pun aku nak maki maki. hahaha baikknya aku.

Dan yang aku tak boleh terima bila aku cakap macam ni. Siyesly aku tak tahu macam mana aku boleh taip macam ni padahal aku sayang kat dia weh, hahaha mungkin ade hikmah disebalik ni.


Dan korang tengok sundal ni balas apa,? ke sundal ni memang tak de hati dan perasaan ke? haha aku rasa dia memang tergila gila kan si lengut ni. bhahaha

lepas case sundal duk chat aku, aku just text si lengut aku cakap " Thanks sebab burukkan aku" haha terus hidup si lengut siap cakap " burukkan apa pula?" haha tpi aku x reply pun aku buat tak tahu.

mmg bulan puasa tu aku tak wasep dia cuma ade sekali aku tanya cuti ke raya tu je.

then last puasa tu, aku de wasep dia tapi siyes weh dia layan aku cam sampah. macam nak tak nak je layan aku padahal yang ade betina lain dia bukan aku. tapi aku cuba kawal perasaan aku aku biarkan je dia buat aku wehh then malam tu dia langsung tk datang rumah wan. selalunya bila aku balik kampung, malam tu mesti dia dtg kami duk lepak sampai pepagi buta. malam tu langsung tak de pun..

Sampaikan parent aku perasan yang dia langsung tak datang rumah dan sampai bapa sedara aku tanya kakak pasal aku dengan si lengut ni.

Bapa sedara just cakap " BIASALAH ORANG DAH ADE KERJA TETAP, MANA NAK PANDANG KITA NI" aku sedih bila bapa sedara aku cakap mcm ni,

Actually bukan sorang sundal ni je dia couple aku tak tahu berapa ramai lagi dia couple weh, yang aku dengar dengar tapi tak tahu lah lgi satu sundalnya dari perak. maybe si hanim tu hahaha

cuma raya tahun ni je aku tak de gambar family dan aku tak jalan raya pun raya pertama tu,
pagi raya tu aku dh siap siap tinggal nak pakai baju raya je. tp tiba tiba si toncet main spek aku smpai patah. tu yang aku melalak weh sampai ke petang padahal spek je patah hahaha mungkin aku dah lama sabar dan pendam je tht y aku nangis raya pertama tu,

Tapi sekarang aku boleh move on dan aku tak ingat pun pasal dia, setiap kali aku ingat dia mesti aku akan ingat apa yang dia buat aku, curang dengan aku, layan aku cam sampah.

Dear si lengut,

                 Aku tak pernah terlintas pun nak maafkan kau, apa yang kau buat sama apa fareez dulu buat kat aku. kalau kita putus cara baik aku tak kisah tapi kau buat aku cam sampah, curang dengan aku, tiga tahun aku dengan kau, aku x pernah curang even kau cakap kau busy 24 jam, Selama aku dengan kau banyak benda aku belajar, aku cuba belajar paham kerja kau yang mmg busy 24 jam tapi dengan aku sedang betina betina lain kau memang ade masa, Thanks sebab penah hadir dalam dunia aku walaupun sekejap, Bahagia dengan kau masa kau belom masuk askar ye aku bahagia, aku terima kau dalam hidup aku daripada kau tak de pape sehingga kau bekerjaya then kau tinggal aku cam tu. Even kau bahagia sekarang pun tp kau bina kebahagiaan kau ats kesedihan aku, ingat molek.? semoga kau dapat pembalasan nya nanti, setiap perbuatan yang kau lakukan pasti ade balasan kan. Aku tak kisah kau nak cerita kt kawan kawan kau yang berpunca dari aku ke hape, nak cakap aku ade jantan lain bagai, biarlah diorg salahkan aku, yang penting aku ngn family aku tahu siapa yang salah dalam hal ni.. 
 #bukanmilikaku
#semogakaudapatkarma
#pergimatisana

Selamat tinggal kenangan,

Monday 7 December 2015

♥ Operasi diSABAH =(

Assalamualaikum dan hai korang..

Entry kali ini pasal cik sepet yang bakal beroperasi di sabah. Hmm aku tak tahu nak cakap apa bila cik sepet nak operasi disabah. Hati ini rasa sedih, risau dan susah hati. Dah lah sekarang macam macam aku dengar pasal negeri sabah.


Mungkin beroperasi di sabah selama tiga bulan dan aku percaya dia tak akan beroperasi selama tiga bulan. nanti mesti ade lanjutan operasi dia. sebab kawan kolej aku pun ade couple dengan askar. dia punya boyfriend kena stay lama dekat sabah. Hmm kemungkinan cik sepet akan begitu..

Rasa nak menangis dan macam tak nak bagi je dia pergi ke sana.. tapi apa akan daya disebabkan TUGAS, terpaksa juga pergi.

Yang aku rasa sebak sekali bila cik sepet cakap " pejam celik masuk tiga tahun dah kita bercinta tapi macam ni je lah, nak macam orang entah bila ntah dan sampai bilalah kita akan macam ni sayang.. rindu dengan relay kita yang dulu"  aku memang sebak bila dia cakap macam ni. aku tahu dia rasa bersalah bila tak dapat nak luangkan masa sama dengan aku disebabkan dia kerja. aku hanya mampu cakap dia," Ini dugaan aku dengan dia bila kita nak menghalalkan perhubungan tu. kita hanya berdoa supaya perhubungan kita akan kekal hingga jannah.. Atleast kita date date dalam doa" 

Bercinta dengan badan uniform ni bukan senang, aku kena banyak sabar dan tabah sebab dia langsung tiada masa dengan aku. Semoga Allah memberi aku kekuatan untuk menghadapi segala dugaan yang diberi.

aku berdoa semoga cik sepet pergi dan balik selamat. semoga mempermudahkan segala urusan dia dekat sana. semoga sentiasa sihat, :)

Wednesday 12 August 2015

♥ My Sorrow

Assalamualaikum :)


Rasa malam ni rindu sangat dengan dia. bukan senang bercinta dengan badan beruniform. Hati kena kuat dan sado tapi kita ni manusia biasakan. kadang kadang aku okay boleh kuatkan diri tapi kadang kadang aku down sangatt. aku dengan dia dekat dua tahun, macam macam aku lalui masa berkenalan dengan dia. Sebelum dia masuk askar semuanya okay setiap hari mesej dan setiap malam bergayut, selalu bermanja dan setiap minggu hang out together. sekarang tak macam tu, susah sangat nak contact, mesej dan call dia. dia selalu busy je. kadang kadang dua bulan dia pergi operasi, dua bulan juga tak call dan mesej. Alhamdulillah aku boleh belajar bila dia tak call or mesej. kadang kadang aku pun jeles tengok kawan kawan aku pergi menonton wayang or berdating.

Bila jumpa dia waktu dia cuti kadang kadang aku rasa kekok dan tak tahu nak borak apa sebenarnya. yelah dh lama tk jumpa. Cuma aku terkilan dengan sikap dia kenapa dengan aku dia diam je tak pernah cerita dia kan kem macam mana tapi bila dia dengan kawan kawan tak pun pak cik aku macam macam dia cerita? bila dia tk sihat ke? mana dia penah cerita.
dari mula aku kenal sampai lah sekarang dia tak pernah cerita masalah dia dekat aku. aku je selalu cerita masalah dekat dia. cuma sekarang je aku tak penah kongsi masalah dengan dia. Bila aku ade masalah aku banyak pendam dan menangis je. nak luahkan pada family or kawan kawan pun aku tak nak sebab aku tak nak bebankan diorang dengan masalah aku.

Hari tu mak ade tanya aku? si dia tak de contact aku ke? aku sendiri pun tak tahu nak cakap apa? yang mampu aku cakap dia busy dengan kerja dia. Sampai mak cakap tak akan tak boleh nak contact kot. nanti dah kawen macam mana? aku hanya diam je.

Hari tu pun kakak cakap, cubalah whatsapp time dia kerja tak akan tak boleh whatsapp pula. sampai bila nak jadi macam ni. esok dah kawen pun tak kan tak contct langsung. bila kakak cakap macam ni aku boleh diam je..

ke aku yang tak paham dengan kerja dia? aku cuma nak dia berikan aku kata kata semangat tu je. macam mana aku boleh bersabar dalam dua tahun ni. mungkin aku sayang pada dia.

aku sendiri tak tahu dia bahagia ke dengan aku? dia sayang aku ke? rindu aku ke? perasaan dia pun aku tak tahu.

mungkin aku ni beban pada dia dan buat dia tak selesa kot.



♥ Si Jessy

Assalamualaikum dan hai korang.



Baru hari ini diberi kesempatan untuk menghapdate baby belog sebenarnya. Dari hari ke hari nak hapdate sebenar tapi tak de mood nak mengarang sebenarnya haha..

Entry kali ni kisah tengahari tadi. Dalam jam 12.15 tengahari, kawan aku zatty call minta teman dia pergi ke klinik veterinar, dengar suara dia pun macam nangis je weyh. aku pun tanya kenapa nak pergi klinik dan katanya kucing dia jessy kena gigit dengan kucing jantan. Sedih bila dengar si jessy kena macam tu.

Dalam 12.40 tengahari, zatty datang rumah dan mak pun lihat cik jessy, siyes teruk. Ni gambar si jessy. leher dia kena gigit dengan kucing jantan tu dan aku tengok bhagian muka ade darah darah.


Sampai di klinik veterinar dalam jam 12.50 tengahari gitu, bila sampai pintu veterinar dan berkunci then ade dengar orang dalam kata dah tutup sebab waktu lunch. Masa tu aku geram dengan klinik tu. Apa salah kalau dia buka pintu then tengok keadaan anak kucing even doc tak de pun atleast bagi kerjasama. tak kesian tengok anak kucing macam ni.  Anak kucing ini dah nazak tau. bila dengar suara, sayu je hati aku ni bila dengar suara dia.

Kadang kadang aku tak paham dengan klinik atau hospital kerajaan terlalu ambil mudah sangat.Bukan susah buka pintu dan bagitahu doc tak de, bagi num telefon doc ke hape ni. dan biarkan kami diluar macam tu je. Nasib baik zatty ade num telefon doc veterinar, kalau tak de tak ke kesian dengan jessy ni. daripada boleh baik terus tak boleh baik baik gara gara pekerja dekat veterinar.

Pergi rumah doc veterinar yang tak jauh dari klinik veterinar. Sampai je rumah doc dan doc tengok keadaan jessy doc cakap tunggu dia pergi, Alahaiii teruk sangat ke keadaan jessy ni. tapi doc cuci luka jessy dan doc tunjuk kesan kene gigit. lubang disebabkan gigi taring kucing jantan tu besar dan dalam. doc tu pun tak tahu berapa dalam gigitan tu. doc bagi suntik antibiotik dan masuk air dalam badan sebab jessy bernafas laju maybe trauma. doc nasihat jessy duduk dalam rumah dan biar dalam keadaan panas atau tidur bawah lampu, jessy tak boleh keadaan sejuk. kalau jessy memerlukan injection datang balik dekat rumah doc. Masa doc merawat jessy, salah sorang pekerja veterinar datang nak ambil kucing , aku tengok pekerja rasa nak tanya kenapa tak buka pintu tadi. tapi time tu kawal je perasaan marah. Hmm..

* Semoga si jessy cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk sihatkan diri. *

okayokay ini nak cerita sedikit pasal hospital kerajaan ni, hari itu masa aku demam aku pun pergi lah hospital lepas habis waktu kerja sebab aku tak larat sangat ye lah dah tiga hari aku demam so aku decide pergi hospital. bila jumpa doc ni, doc ni cina amik aku darah dan bagitahu result darah aku okay. then aku cakap kalau kena masuk wad aku tak nak, boleh doc cina ni cakap " YOU INGAT DOC NI SUKA KE MASUK KAN PATIENT KE DALAM WAD? NANTI I BANYAK KERJA LAH YOU " aku agak terkejut bila doc cakap macam ni. dan doc cina ni cakap result darah aku okay tk de pape dan tak de demam denggi pun. aku bagitahu aku demam tiga hari dan bila waktu malam suhu badan aku panas. doc cina ni buat bodoh je.! bila minta MC, boleh tanya aku " KALAU I BAGI YOU MC YOU DUDUK RUMAH KE?" Terus aku jawab " KALAU SAYA NAK JALAN JALAN SAYA TAK PERLU MC SAYA BOLEH MINTA CUTI" terus doc ni diam dan tulis MC aku.

    Ye, memang doc cina tengok result darah tak de pape tapi tengok keadaan badan aku? bila aku cakap aku ulang alik dari KL ke KKB, siap tanya kenapa kerja dekat KL. dah rezeki aku dekat sana. diorang selalu sangat amik mudah dengan patient diorang.

ade lagi satu kes ni, kena dengan jiran aku, ayah dia sakit pinggang maybe dah berapa hari. bila pergi hospital kerajaan ni, doc cakap tak de pape. mungkin kawan aku tak puas hati dengan jawapan doc ni. terus dia pergi KPJ Rawang, even bayar mahal pun berbaloi kot. Doc KPJ Rawang kata ayah dia ade sakit buah pinggang. Macam mana hospital swasta boleh kesan penyakit dengan ayah dia, kenapa hospital kerajaan tak boleh. aku tahu kerajaan bayar murah. kalau bayar murah nak check pun cincai je ke? ambil mudah sungguh


* P/s : mohon klinik veterinar KERAJAAN panjangkan waktu service untuk KES KECEMASAN  dan tunjukkan kemesraan awak terhadap pelanggan dan jangan ambil mudah dalam hal hal sebegini. Hospital kerajaan juga ambil mudah terhadap patient patient anda. sebab semua ini melibatkan nyawa. bila dah disaman jangan salah patient. salah diri sendiri kerana tak peka dengan kerja anda lakukan. walaupun penat macam mana, itu tugas anda.

Tuesday 21 July 2015

♥ Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan Selamat petang semua :)





Disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua warga blogger dan seluruh rakyat malaysia. hahaha.

Raya tahun ni macam biasa raya dikampung mak di negeri sembilan, kuala klawang. Tahun ni balik dengan along dan kakak balik rumah mak mentuanya di ijok :)

Aku balik hari khamis dan keluarga aku sorang je balik kampung. Ibu raya di sendayan dan induk pula raya dirumah mak mentua di jelai. Tahun ni, rumah wan tak buat lemang dan nasi impit serta rendang dan kuah kacang mak buat dari rumah sebab balik hari khamis, petang pula tu. bila masa pula mak nak siapkan semuanya kan.



Tahun ni family aku warna biru cuma aku je lain warna coklat nak sama dengan cik shepet kan.

ini gambar di kampung.


Yes, aku memang suka buat Duckface!






aku sorang je nak selpie dengan wan. kesian wan tak de baju raya.
baju raya nya angry bird.
wan ni suka bercerita. cerita lelama pun masih ingat.
selalu tanya pasal aku dengan cik shepet.

Ini gambar dirumah Ibu :)


dengan baby paiq dan natashot



dengan baby na :)


dengan honey aku :)
tahun ni pun kami sama warna.
pasangan yang bahagia
dan kami setiap tahun kaler yang sama :P




baby aku ni ajak selpie tapi nak selpie dengan beg dia, haha


masa raya pertama ingatkan nak selpie sesama tapi masing masing busy dengan family.
aku pula nak berjalan raya. kalau tidak cik shepet kata tak payah pergi suruh duduk rumah.
muka aku nak duduk rumah memang takk lah haha.Alhamdulillah tahun ni dapat raya dengan cik shepet sebab dapat cuti raya plus cuti habis operasi. so cuti dalam 2 minggu. dapatlah hilangkan rindu dengan dia walaupun sekejap je.

Stay dikampung selama 4 hari 3 malam dan 3 malam juga berdating dengan cik shepet sampai pepagi buta. cik shepet kalau tak jam 11 malam or 12 tengah malam tak sah kalau tk datang rumah. Nasib baik mak dan abang tak marah bila aku lepak ngn cik shepet sampai pepagi buta. mungkin paham aku jarang sangat jumpa cik shepet. sekarang cik shepet makin busy dengan kerja. Lepas ini cik shepet kena pergi bertugas di sabah tiga bulan. kena tinggal lagi Hmm,
semoga Allah memberi aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan-Nya




kesian sayang kita berpeluh peluh sebab sapu dapur je pun.
aku datang raya uma cik shepet tapi kena tolong dia pula. Ciss haha


selpie di dapur. kang selpie depan wan mahu terkejut :P







Friday 10 July 2015

♥ sudah tamat perkhidmatan di LPPKN

Assalamualaikum dan hai korang :)..

Baru hari ini kesempatan untuk menhapdate baby belog ni. Almaklumlah sebelum ini busy dengan kerja sebab tu tiada masa nak menghapdate baby belog ni. dulu kehidupan macam tak de life je sebab ulang alik dari kuala kubu bharu ke bank negara. keluar pepagi buta balik nak dekat maghrib dan tak pandang dah dekat lappy ni, aku pandang je tilam hahaha

10 Julai 2015 genaplah enam bulan aku bekerja di LPPKN sebagai pembantu tadbir. Alhamdulillah macam macam dugaan aku hadapi dan boleh atasinya haha. Inshaa Allah awal bulan lapan ni akan sambung perkhidmatan aku di LPPKN tapi yang tak seronoknya kena interview. Itu aku tak suka sebab aku dah lah gugup dan gementar bila nak interview ni. Hmm

aku berharap interview yang kali kedua ni, berjaya weyh, risau pula. mana tahu dia ambil org lain aku ni dah la suka cakap main lepas je. hahaha dengan PPT pun main lepas je aku cakap, mana tak sebab dia tu membuat aku sakit hati dengan perangai tau. Dengan boss pun dia boleh nak marah marah itonasi dia tu membuat aku geram tau.. cuba anak kesayangan dia call kemain lembut kot. aku rasa boss aku malas nak amik port bila dia perangai macam tu sebab dia kerja lama di LPPKN. even dia kerja lama pun tapi mana adab weyh. sepatutnya orang lama ni tunjuk perangai yang baik pada yg muda bukan menunjukkan contoh tak baik. malas nak cerita pasal dia panjang pula blog aku ini nanti haha.

Walaupun sekrang dah hujung ramadhan, aku ucapkan salam ramadhan dan juga selamat hari raya maaf zahir dan batin :)

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...