Saturday 24 January 2015

♥ Dua minggu bekerja di LPPKN

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kengkawan.!

Alhamdulillah, sudah dua minggu aku bekerja di LPPKN sebagai khidmat pelanggan a.k.a jawab call tapi sambilan je, walaupun gaji tak de besar mana. Alhamdulillah aku bersyukur. ambil pengalaman kan. memang lari dari bidang aku sikit tapi  kalau ini punca rezeki aku, aku terima je.. tapi dalam masa yang sama aku juga usaha yang lain juga. hidup mesti kena berusahakan. walaupun kita mula dari bawah..

Hari pertama kerja, pergh penat juga sebab aku tak kenal staff dan masih tak ingat ext unit unit dalam bangunan LPPKN tu, bernasib baik abang sepupu bagi buku extkan aku walaupun x detail sgt tapi ia sangat membantu kot. hari kedua aku kerja, aku kerja sorang sebab kakak yang ajar aku tu pula cuti. kelam kabut jadinya hahaha tapi nasib baik ade client paham aku staff baru. cuma ade satu client tu, cuma tak paham dan kerek sebab aku tak dapat cari staff yang dia nak call kot. tak silap aku dia juga staff di lppkn tapi dia sendiri pun tak ingat ext staff yang dia nak tu. haha. dia kerja dah lama tak kan tak ingat, aku yang baru 2 hari kerja tak kan dah ingat beratus ratus ext kot. bayangkan dalam lppkn ade 300-400 staff. ? kalau koriang boleh ke ingat dalam 2 hari??? tak bolehkan, tapi nasib baik aku jadikan ia sebagai kekuatan aku. walaupun masa client tu duk perli dan  marah, aku still boleh kawal kemarahan aku.. dan keesokkan harinya, cerita dengan kak shima, kak shima kata biasalah tu qila..qila pun baru lagi start kerjakan tak kan nak ingat semua ext tu.

Dalam 2 minggu ni, aku cuma ingat ext yang famous sahaja, macam client nak buat pap smear,HIV.Implan dan Rancang kluarga dan biasa ni klinik Nur Sejahtera yang handle. selain tu, untuk dapat anak, gaji,pencen, cuti dan tiket.

kadang kadang staff juga minta call cawangan lppkn dan sambung pada mereka, itu seronok haha.. terasa best bila main main number kot haha..
cuma aku dekat opis, aku tak banyak cakap dan senyum je.. ala kadang kadang tak tahu sembang apa lah hehe..

sekarang aku mula selesa kerja dekat situ, staff semua baik baik sahaja hee dan yang pasti selalu ade makan free. aku suka hehe..

Thursday 8 January 2015

♥ Cik Shepet


Assalamualaikum dan hai hai korang..

Semalam aku cerita dengan cik shepet, yang aku dapat kerja dekat LPPKN. Daripada dengar suara dia tak happy je. maybe dia penat kot sebab semalam dia penat angkat barang sampai sakit pinggang.

Dengan cik shepet ni susah nak tahu perasaan dia. sedang marah ke? sedih ke? merajuk ke? memang susah kadang kadang bila aku marah muka dia macam tak de perasaan pula then dia diam sahaja.

sekarang aku tak kerja bolehlah tunggu dia sampai jam 12 tengah malam kadang kadang 1 pagi.. walaupun text dalam 5-6 text pun jadilah.lepaskn rindu kan. Ni aku dah kerja macam susah sikit aku nak berhubung dengan cik shepet sebab aku ulang alik dari uma mak ke LPPKN. kadang kadang rasa macam bersalah pula. tapi sampai bila pula aku tak nak kerja. nak juga kumpul duit beli apa yang aku nak..

Sebelum ni ade jugak cik shepet, kalau boleh dia nak aku tak yah kerja stay kat uma je tapi aku bosan lah tak de buat apa apa pun. aku cuma nak tolong dia kumpul duit tuk kawen nanti tak kan nak harapkan dia pula kan..

tak perlah, sekarang kita jarang berhubung ada masa free kita text or call okay. masing masing busy dengan kerjakan. jangan risau walaupun saya busy saya tetap sayang awak ye.. 

Wednesday 7 January 2015

♥ Alhamdulillah rezeki awal tahun





Assalamualaikum dan selamat tengahari kengkawan.~~

Alhamdulillah akhirnya dapat juga kerja aku walaupun Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Lembaga penduduk dan pembangunan keluarga negara (LPPKN).

thanks kepada abang sedara aku, abang pai yang tolong aku untuk dapatkan kerja ni.. aku temuduga 6 januari 2015 pada jam 8.30 pagi. okay aku gerak dari uma jam 6.45pagi tapi tiba tiba train dibatalkan sebab train rosak di tangjung malim.

Dan bernasib baik, kakak aku belum pergi kerja so aku gerak dengan kakak aku then kakak aku hantar sampai ktm rawang. Aku sampai di LPPKN dalam jam 8.40pagi. aku dah mula takut dan jantung berdegup laju dan nak tenangkan diri aku. masa daftar diri tu, aku tengok aku orang keempat tapi entah macam mana aku jadi orang pertama. perghh lagi aku gugup kot.

Okay, panel mohon aku cerita pasal diri aku. okay lah boleh jawab semua then sebutkan nama pengerusi , timbalan pengerusi dan ketua pengarah LPPKN. fuhhhh nasib baik aku boleh jawab kahkahkah yang aku tak boleh jawab bila dia suruh speaking. kahkah puas aku nak menyusun ayat bagai. siap tanya menteri kementerian pembangunan wanita keluarga dan masyarakat kot. perghh azabnya boleh tahan kot.

Lepas habis jawab terus pergi jenjalan then dapat beli shawl 4 helai dan beg tangan satu. stress punya pasal. hehe

Isnin ni aku kena pergi LPPKN ambil surat. aku berharap aku start kerja bulan februari atleast boleh prepare apa apa hahaha

Thursday 1 January 2015

♥ Selamat Tahun Baru 2015




Assalamualaikum dan hai hai korang~~

Aku nak ucapkan selamat tahun baru pada semua rakyat malaysia. hehe sorry lambat hapdate. busy sikit hehe..

Azam baru aku? Hmm entahlah. rasa macam tak de kot..mana taknya aza, sebelum ni pun tak capai pun. angan angan je weyh..

mungkin azam aku cuma aku berharap aku akan jadi lebih baik dan terbaik. InShaaAllah.. dan segala yang dirancang akan dipermudahkan. Aamiin

cik shepet punya azam pula " Semoga perhubungan kami akan kekelan. InShaaAllah Aamiin :) "
dan aku pun berharap macam tu.

Umur semakin meningkat, masa untuk matangkan diri..dan yang pentingkan ceriakan diri anda walaupun ada besar mana masalahnya..

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...