Friday 22 November 2019

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum..

Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu.
Entry kali ini pasal aku dikecewakan lagi dengan lelaki..


Setelah setahun  aku untuk move on dengan si askar tu. aku cuba buka hati aku untuk orang lain.
Dulu aku rajin main application Beetalk. Dalam beetalk ni yang bestnya ade forum dan group. So aku main group, aku join group untuk cari kawan semua. Aku hanya aktif dalam group sahaja, mna yg add friend tu aku tak approve pun.. sebab aku rimas.

First group aku join tu namanya ' Cinta Jarak Jauh 'owner group ni perempuan, aku dah intro semua dan berborak dalam tu sampai owner tu jadikan aku sebagai admin untuk jaga group tu, kerja aku just approve orang yang join group tu dan pastikan diorg inro dalam group. Sampai aku pun buat group sendiri dimana nama group aku " S.A.H.A.B.A.T "

21 September 2017

Dalam group Cinta Jarak Jauh tu, aku ade kenal seorang lelaki nama dia Ikhwan Hakimi Syafreez stay melaka. Mula2 kitaorang kawan je sebab tak de perasaan kan, tapi aku dengan dia tak pernah declare pun tapi kiorg ade juga bersayang-sayang sebab masa tu kan hidup free x de sapa sayang kita kan.

aku dengan ikhwan berkawan dalam dua tahun juga tau, tapi maybe bukan jodoh kitaorang. Dalam dua tahun tu memang banyak dugaan and masalah yang aku dengan ikhwan tempuh.

Ikhwan ni seorang yang panas baran, sensitif dan cemburu buta dan dia juga suka maki orang sesuka hati dia je. Mulut ikhwan ni agak lancang, aku tak tahu macam mana aku boleh bersabar kwn dengan dia selama dua tahun. rasa cam sia sia pula.

Dalam Bulan 3 2018, aku dan kwn kwn aku pergi bercuti dekat melaka dalam 3 hari 2 malam n then aku sambung lagi cuti dengan  family aku 3 hari 2 malam. So aku dekat melaka tu ade 6 hari. Tapi sayang Ikhwan ni langsung tak nak jumpa aku. dalam WS kemain kata nak jumpa aku dan nak jumpa mak sekali tp sayang dia langsung tak menepati janji. Sejak dari tu, mak langung tak suka dengan ikhwan dengan bahasa kasarnya mak benci dia. aku? masih layan baik dan cuba bagi ikhwan peluang untuk dia memperbetulkan keadaan, tapi ikhwan langsung tak guna peluang yg aku berikan, dia ikut kepala dia sendiri,

Bila aku dengan ikhwan slowtalk discuss pasal hubungan kitaorg, dia cam nak lari je then bila aku luahkan perasaan aku dia just jawab " okay je " punya panjang aku taip dia boleh jawab okay je, kalau korang apa rasa? mesti marah kan.

Dalam dua tahun berkawan dengan ikhwan, memang ikhwan tiada effort nak dekat aku. Ikhwan ni sebenarnya nak aku je caring lebih pasal dia tau, bayangkan setiap minggu boleh dia demam,selsema dan batuk tapi oncall langsung tak dengar dia selsema ke apa? dia tipu itu urusan dia lah. Setiap hari aku makan hati dengan ikhwan, sampai satu tahap aku mula tawar hati dengan dia and i need to move on this guy. aku banyak nangis pasal ikhwan. Siyesly aku penat sangat sebenarnya. Aku tak tahu kenapa Allah beri aku kekuatan untuk bertahan dengan ikhwan selama dua tahun,

Alhamdulillah, bulan 9 2019 , aku beranikan diri minta jadi kawan supaya masing masing tak berharap dan macam tiada effort untuk ke kahwin, dan ikhwan macam biasa jawab okay je. See boleh tahu kan perangai dia camne. aku angkat kaki aku dari dia sebab  dalam dua tahun dia langsung tak nak jumpa aku, video call pun tak nak tapi dengan kawan kawan dia nak pula video call. Aku rasa kalau perempuan dah lama angkat kaki tak yah tggu sampai dua tahun kot.

Sekarang ni kami langsung tak bertegur dalam ws, perasaan aku lega gila weh bila tak berkawan dengan ikhwan, memang rasa lega gila. otak pun tenang je. kalau tak hari hari makan hati hahhahaha
Cuma aku rasa nyesal kawan dia dua tahun kot. Tapi aku fikir Allah dah aturkan perjalanan aku macam tu.


Semoga aku dapat jodoh yang baik dan boleh menerima kekurangan aku :) Aamiin 

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...