Wednesday 12 August 2015

♥ My Sorrow

Assalamualaikum :)


Rasa malam ni rindu sangat dengan dia. bukan senang bercinta dengan badan beruniform. Hati kena kuat dan sado tapi kita ni manusia biasakan. kadang kadang aku okay boleh kuatkan diri tapi kadang kadang aku down sangatt. aku dengan dia dekat dua tahun, macam macam aku lalui masa berkenalan dengan dia. Sebelum dia masuk askar semuanya okay setiap hari mesej dan setiap malam bergayut, selalu bermanja dan setiap minggu hang out together. sekarang tak macam tu, susah sangat nak contact, mesej dan call dia. dia selalu busy je. kadang kadang dua bulan dia pergi operasi, dua bulan juga tak call dan mesej. Alhamdulillah aku boleh belajar bila dia tak call or mesej. kadang kadang aku pun jeles tengok kawan kawan aku pergi menonton wayang or berdating.

Bila jumpa dia waktu dia cuti kadang kadang aku rasa kekok dan tak tahu nak borak apa sebenarnya. yelah dh lama tk jumpa. Cuma aku terkilan dengan sikap dia kenapa dengan aku dia diam je tak pernah cerita dia kan kem macam mana tapi bila dia dengan kawan kawan tak pun pak cik aku macam macam dia cerita? bila dia tk sihat ke? mana dia penah cerita.
dari mula aku kenal sampai lah sekarang dia tak pernah cerita masalah dia dekat aku. aku je selalu cerita masalah dekat dia. cuma sekarang je aku tak penah kongsi masalah dengan dia. Bila aku ade masalah aku banyak pendam dan menangis je. nak luahkan pada family or kawan kawan pun aku tak nak sebab aku tak nak bebankan diorang dengan masalah aku.

Hari tu mak ade tanya aku? si dia tak de contact aku ke? aku sendiri pun tak tahu nak cakap apa? yang mampu aku cakap dia busy dengan kerja dia. Sampai mak cakap tak akan tak boleh nak contact kot. nanti dah kawen macam mana? aku hanya diam je.

Hari tu pun kakak cakap, cubalah whatsapp time dia kerja tak akan tak boleh whatsapp pula. sampai bila nak jadi macam ni. esok dah kawen pun tak kan tak contct langsung. bila kakak cakap macam ni aku boleh diam je..

ke aku yang tak paham dengan kerja dia? aku cuma nak dia berikan aku kata kata semangat tu je. macam mana aku boleh bersabar dalam dua tahun ni. mungkin aku sayang pada dia.

aku sendiri tak tahu dia bahagia ke dengan aku? dia sayang aku ke? rindu aku ke? perasaan dia pun aku tak tahu.

mungkin aku ni beban pada dia dan buat dia tak selesa kot.



♥ Si Jessy

Assalamualaikum dan hai korang.



Baru hari ini diberi kesempatan untuk menghapdate baby belog sebenarnya. Dari hari ke hari nak hapdate sebenar tapi tak de mood nak mengarang sebenarnya haha..

Entry kali ni kisah tengahari tadi. Dalam jam 12.15 tengahari, kawan aku zatty call minta teman dia pergi ke klinik veterinar, dengar suara dia pun macam nangis je weyh. aku pun tanya kenapa nak pergi klinik dan katanya kucing dia jessy kena gigit dengan kucing jantan. Sedih bila dengar si jessy kena macam tu.

Dalam 12.40 tengahari, zatty datang rumah dan mak pun lihat cik jessy, siyes teruk. Ni gambar si jessy. leher dia kena gigit dengan kucing jantan tu dan aku tengok bhagian muka ade darah darah.


Sampai di klinik veterinar dalam jam 12.50 tengahari gitu, bila sampai pintu veterinar dan berkunci then ade dengar orang dalam kata dah tutup sebab waktu lunch. Masa tu aku geram dengan klinik tu. Apa salah kalau dia buka pintu then tengok keadaan anak kucing even doc tak de pun atleast bagi kerjasama. tak kesian tengok anak kucing macam ni.  Anak kucing ini dah nazak tau. bila dengar suara, sayu je hati aku ni bila dengar suara dia.

Kadang kadang aku tak paham dengan klinik atau hospital kerajaan terlalu ambil mudah sangat.Bukan susah buka pintu dan bagitahu doc tak de, bagi num telefon doc ke hape ni. dan biarkan kami diluar macam tu je. Nasib baik zatty ade num telefon doc veterinar, kalau tak de tak ke kesian dengan jessy ni. daripada boleh baik terus tak boleh baik baik gara gara pekerja dekat veterinar.

Pergi rumah doc veterinar yang tak jauh dari klinik veterinar. Sampai je rumah doc dan doc tengok keadaan jessy doc cakap tunggu dia pergi, Alahaiii teruk sangat ke keadaan jessy ni. tapi doc cuci luka jessy dan doc tunjuk kesan kene gigit. lubang disebabkan gigi taring kucing jantan tu besar dan dalam. doc tu pun tak tahu berapa dalam gigitan tu. doc bagi suntik antibiotik dan masuk air dalam badan sebab jessy bernafas laju maybe trauma. doc nasihat jessy duduk dalam rumah dan biar dalam keadaan panas atau tidur bawah lampu, jessy tak boleh keadaan sejuk. kalau jessy memerlukan injection datang balik dekat rumah doc. Masa doc merawat jessy, salah sorang pekerja veterinar datang nak ambil kucing , aku tengok pekerja rasa nak tanya kenapa tak buka pintu tadi. tapi time tu kawal je perasaan marah. Hmm..

* Semoga si jessy cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk sihatkan diri. *

okayokay ini nak cerita sedikit pasal hospital kerajaan ni, hari itu masa aku demam aku pun pergi lah hospital lepas habis waktu kerja sebab aku tak larat sangat ye lah dah tiga hari aku demam so aku decide pergi hospital. bila jumpa doc ni, doc ni cina amik aku darah dan bagitahu result darah aku okay. then aku cakap kalau kena masuk wad aku tak nak, boleh doc cina ni cakap " YOU INGAT DOC NI SUKA KE MASUK KAN PATIENT KE DALAM WAD? NANTI I BANYAK KERJA LAH YOU " aku agak terkejut bila doc cakap macam ni. dan doc cina ni cakap result darah aku okay tk de pape dan tak de demam denggi pun. aku bagitahu aku demam tiga hari dan bila waktu malam suhu badan aku panas. doc cina ni buat bodoh je.! bila minta MC, boleh tanya aku " KALAU I BAGI YOU MC YOU DUDUK RUMAH KE?" Terus aku jawab " KALAU SAYA NAK JALAN JALAN SAYA TAK PERLU MC SAYA BOLEH MINTA CUTI" terus doc ni diam dan tulis MC aku.

    Ye, memang doc cina tengok result darah tak de pape tapi tengok keadaan badan aku? bila aku cakap aku ulang alik dari KL ke KKB, siap tanya kenapa kerja dekat KL. dah rezeki aku dekat sana. diorang selalu sangat amik mudah dengan patient diorang.

ade lagi satu kes ni, kena dengan jiran aku, ayah dia sakit pinggang maybe dah berapa hari. bila pergi hospital kerajaan ni, doc cakap tak de pape. mungkin kawan aku tak puas hati dengan jawapan doc ni. terus dia pergi KPJ Rawang, even bayar mahal pun berbaloi kot. Doc KPJ Rawang kata ayah dia ade sakit buah pinggang. Macam mana hospital swasta boleh kesan penyakit dengan ayah dia, kenapa hospital kerajaan tak boleh. aku tahu kerajaan bayar murah. kalau bayar murah nak check pun cincai je ke? ambil mudah sungguh


* P/s : mohon klinik veterinar KERAJAAN panjangkan waktu service untuk KES KECEMASAN  dan tunjukkan kemesraan awak terhadap pelanggan dan jangan ambil mudah dalam hal hal sebegini. Hospital kerajaan juga ambil mudah terhadap patient patient anda. sebab semua ini melibatkan nyawa. bila dah disaman jangan salah patient. salah diri sendiri kerana tak peka dengan kerja anda lakukan. walaupun penat macam mana, itu tugas anda.

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...