Thursday 28 February 2013

♥ cukup seminggu cuti sem



Assalamualaikum :) hari ni cukuplah seminggu aku cuti sem tapi kan selama seminggu ni rasa macam masa terlalu pantas huhu..dan dalam masa seminggu ni jugak aku banyak habiskan masa dengan tidur tidur tidur an tidur saje.hahaha sebab aku fikir, sekarang ni kan ulang alik dan kena bangun pagi pagi nak siap pergi kolej sumer n tidur tak cukup hehehe..sempit betul pemikiran kan :) sekarang ni aku tidur jam 4pagi dan bangun jam 11 or 12 tgah hari dan terus menonton tivi tengok CSI Miami or CSI NY . aku memang minat giler cerita ni sebab benda kecil diorang boleh dapat penjenayah tuh.kalau rezeki panjang aku akan sambung ambil forensik.harap harap apa yang diplan sekarang akan menjadi kenyataan.lepass saje aku menonton CSI ak kemas rumah then mandi dan baru makan dan sambung tidur kembali hahaha sampai jam 5.30petang dan jam 6petang bawa baby syuhada jenjalan.dan malam pulak aku akan ngadap lappy sampai ke pagi pagi buta.layan movie je dan ngadap cik belog kesayangan saya ni.mesti korang fikir bosan kan aktiviti aku.tapi bagi aku ta pun..dan aku akan guna spenuhnya masa cuti sem ni untuk berehat saje.hehe :D

Sunday 24 February 2013

♥ Macam Hilang Ingatan





Assalamualaikum awak semua :) hari ni entry aku pasal Ex-boyfren aku nama dia yahya. nama nak dekat dengan aku kan tapi nak buat macam mana jodoh dah tak de kan. sebenarnya aku couple dengan dia hanya sebulan sebab dalam masa sebulan tuh kitaorang asyik gaduh, gaduh, gaduh dan gaduh tuh je.padahal benda nya kecil je tapi boleh diperbesarkan dan first couple ta sampai 2 jam couple kitorg da start gaduh hahaha lawak kan. :) Masa kitaorang putus tuh dia terus delete bbm aku sebab dia ta suka perempuan yang bising bising ni.hoho sweetnye.ade ke perempuan yang tidak suke bising bising. okay fine dia sudah delete aku dan aku ta pernah cari dia..

Tiba tiba pada jam 7.15 pagi ade orang add bbm aku n then aku tgok nick name dia,mcm aku kenal dan terus aku approve dan tak sampai 1 min dia mulakan chat..aku ingat si yahya ni kenal aku rupa rupanya dia tak kenal lahh..mungkin dia hilang ingatan selepas aku dengan dia break kot.okay aku layan dia mcm biasa dan aku anggap aku tak pernah kenal dia sebelum ni. Sweetkan aku.tapi aku rasa dia kenal aku sebab sebelum dia tanya aku stay mana,dia boleh cakap " Skrg kat mane tuh" dan ayat ni ulang 2x kot.telitikan aku hahaha dan sekarang ni dia tinggal di shah alam kat sec 7 dan belajar unisel.wow amek degree kot sebelum ni cakap study dekat city UC hahaha

hope dia tak kenal aku sampai bila bila okay sebab aku malas lah nak ingat masa lepas ni.bak kata orang masa silam jangan dikenang lagi.so ta perlu ingat okay.anggap je aku dan dia tiada jodoh okay

Friday 22 February 2013

♥ Abang !

assalamualaikum korunk :) haha hari ni da masuk 2 hari aku cuti sem hee syok habis duduk dekat rumah dan aktiviti harian aku cuma tidur,makan,unline saje! Gaya hidup yang sihat kan :) actually, entry kali ni pasal abg aku kutuk encik fareez aku! sweet gilerr kan abg aku.

Alkisah dia begini. masa tuh aku tengah mandi dan siap  je mandi abg ngh stalker phone aku.time tu plak aku biarkan phone kat luar,aku tgok abg khusyuk tgok video yang aku rakam hee video momot ngh marah dan baby syuhada je bnyak dalam phone aku tuh. aku pun da siap siap pun duduk kat ruang tamu

perbualan aku dan abg termasuk mak sekali :-

Abang : Adik,sapa dekat wallpaper kau ni?!
Aku : Hah! urmm tahhh ( sbnarnya tatau nak jawab apa)
Mak: Adik ipar kau lahh!
*perghh mak tlong jawabkan.
Abang :oouuhhh! kenapa HIDUNG dia KEMBANG?!
Aku : eh kembang ke? mana ade lahh memadai je kau.tak macm kau abg hidung besar!
Mak:  sama lah ngn adik,adik kan hidung kembang dan kemek
Aku : buat muka majuk!..

sampai haty mak cakap macam tuh.sedih aku dengar! hahahaha Gambar ni lah abg cakap hidung encik fareez kembang.

kembang ke? hmm tahhhh lahhh kembang pun kembang,aku tetap sayang dia kan itu lagi penting! huhu

Thursday 21 February 2013

♥ my BFF


ala rindunyaa zaman sekolah dulu.ni lah kawan baik aku masa sekolah dulu.kitaorang memang rapat huhu pergi mana mana mesty bertiga hee :) tak penah berpisah dan kitaorang 1 kelas.tapi sejak habis sekolah ni,kitaorang jarang jumpa sebab masing masing sibuk ngn study aku dengan syima je belajar 1 tempat tapi jarang jumpa lahh sebab syima ni dikira senior aku lah walaupun berlainan course.! yang sue pula study kat poly-tech mara mmg susa nk jumpa dia..klu nak jumpa dia pun aku kena datang KLCC kot sbb umah dia dekat ngn KLCC hahaha.. miss you syima dan sukmawati.nanty kalau panjang umur kita jumpa bertiga okay :)

♥ kawan sekolah :)

assalamualaikum :) . Entry kali ini pasal kawan sekolah menengah aku hahaha. dalam minggu ni saje aku jumpa 2 orang kawan lama masa sekolah menengah dulu. sebenarnya masa sekolah rendah pun sama. Haihh aku tak berapa paham dengan minah dua orang ni. sebab bila jumpa aku dekat pekan ke atau mana mana mesti minah 2 ekor ni nak lari dari aku mungkin aku ni makan diorang agaknya. aku bukan apa juz tegur tegur macam tuh je lah bukan aku nak makan kau pun. aku makan nasi lahhh.. kelakarkan tengok 2 minah ni. bukan apa dulu masa sekolah menengah aku banyak tolong kau kot.kau nak g amek result SPM dulu aku juga amek kau dekat rumah n kau nak beli telur aku hntarkan even kau bagi duit minyak motor.

perkara yang aku tak boleh lupa sangat sampai sekarang,2 minah ni aku jumpa depan pasaraya dan masa tuh kakak aku ade kat situ sekali dan aku tegur lah minah 2 orang ni. almaklum lah diorang masuk form 6 aku masuk ptpl je. dan aku tanya lah amek kos apa nye. muka perempuan yg sorang ni ( perempuan A) dengan belagak amek kos ape tah,muka langsung tak pandang aku n salam kakak aku pun mcm tak nak. yang perempuan B ni pula tunggu kakak aku hulur tangan baru nak salam. lepas tuh dekat FB perempuan B ni langsung ta de hormat boleh dia buat kakak aku ni mcam kawan dia panggil "kau dan aku " eei tolong lahh hormat sikit.

Okay, kita tengok sampai bila korang nak main nyorok nyorok dengan aku ye.maaf ye aku memang menci korunk tahu.ta kawan ngn korang pun aku ta kisah la.mungkin budak kelas bawah perangai macam ni kot sebab aku kawan dengan budak kelas atas tak macam ni pun..haihhh macam macam ragam manusia lahh

Wednesday 20 February 2013

♥ F.R.E.E.D.O.M



assalamualaikum kawankawan :) hari ni merupakan hari yang paling bahagia sangat sebab hari ni hari last paper untuk final exam ni.alhamdulillah aku dapat jugak menghadapi final exam untuk sem 4 ni.tapi aku rasa sem ni paling aku rilex bila time final sebab aku tak ade stress langsung cuma ketakutan untuk menjawab exam ni.aku study pun last minit dan tak de terlalu fikirkan final aku kali ni.tak tahu kenapa lah sem ni aku macam boleh rilex je..sampai kawan aku cakap " kau rilex je kan " hahahaha.. macam kelakar bila dia cakap macam tuh..memang aku rilex pun.macam masa aku nak Lab Test Mikrobiology III aku boleh pergi kenduri tahlil n study nak dekat dekat masuk Lab.hahaha rilex kan :) masa final pun aku banyak g kenduri n study lambat.sekarang aku fikir,aku tak nak terlalu stress sebab bila aku stress aku takut hipertensi dan badan aku akan follow sekali nanti mula ade keputihan dan period aku tak teratur dan datang sampai 3 hari.huishh tak nak aku jadi macam tuh..

banyak banyak sem ni cuma subjek biokimia klinikal II je aku rasa macam syok buat exam sebab tah lahh dan aku mula suka belajar subjek biokimia ni.mungkin aku da mula paham dengan subjek biokimia ni kot.macam subjek lain aku tak berapa sangat lah..macam susah je..lebih lebih lagi mikrobiology III mmg susah kena ingat nama bakteria dan ciri ciri bakteria lepas macam nak pengumpulan dan pemprosesan sampel.huh letihh tahu..tak suka ,,ishhh mencikk.

aku berharap sangat pointer kali tidak menurun dan tidak mgecewakan aku.harap sangat meningkat.tapi rasa macam tak meningkat je..apaapa pun sekarang yang penting rilexx dan freedom..

aku cuti sem semester 2 minggu je..dalam masa 2 minggu ni aku akan siapkan lesen P aku.jyeahh nty boleh bawa kereta ke kolej..

tengss ye bie sebab setiap kali sayang nak exam selalu wishh " Gud Luck" .. sayang hargai sangat. I LOVE YOU!

Sunday 10 February 2013

♥ mungkin ini jalan yang terbaik.

assalamualaikum dan hai :)

sekarang ni jalan yang terbaik untuk diri aku dan dia adalah aku akan senyapkan diri untuk sementara waktu ni.sebab sekarang aku perlu fokuskan pada pelajaran dan aku bakal menghadapi final exam.aku takut sangat  aku tak boleh buat final tuh nanti.kawan aku cakap sekarang ni aku hanya berserah padaNya..aku tak nak pasal dia result aku teruk.kadang kadang aku fikir ini padahnya bila kita bercinta semasa belajar kann :( tapi aku anggap ni sebagai cabaran aku belajar dan aku kena pndai untuk mengatasinya.walaupun hati tak sanggup nak menghadapinya tapi aku harus menghadapinya..

dear hubby,
walaupun keadaan perhubungan kita macam ni,awak jangan risau. tidak pernah terlintas difikiran saya untuk menduakan awak sebab saya tidak sanggup nak buat awak macam tu.saya masih sayangkan awak sepenuh hati saya dan saya sayangkan perhubungan ni.walaupun perhubungan ni baru je 3 bulan dan saya tidak pernah berubah.dan mungkin ini jalan terbaik untuk kita.mungkin juga awak memerlukan ruang untuk fikirkannya.dan saya pun sama.saya harap awak masih sayangkan saya macam mana first meet kita dulu.segala memori kita sentiasa di ingatan saya.iloveyoumuhammadfarisbinishak.

♥ no title

Assalamualaikum :'( aku masih belum tidur lagi sebab masih memikirkan masalah yang sedang melanda diri aku..

Mungkin aku terlalu sayangkan farez dan aku tak sanggup kalau satu hari dia tinggalkan aku.sekarang aku cube sedaya upaya mempertahankan perhubungan ni.aku cuba untuk faham dia dan keadaan dia sekarang.Aku gune peluang kedua yang farez bagi.aku setia dengan dia.hanya dia ade dalam haty aku sekarang.even sekarang aku banyak menangis  tapi kenapa dia buat aku mcm ni.macam aku sudah tak wujud dalam hidup dia? kenapa whatsapp dia boleh online dan kenapa BBM aku dia tak boleh nak reply? apa kesalahan aku? sampai dia buat mcm ni.aku call pun dia tak angkat.
sekarang ni aku nak final aku tak tahu aku nak fokus study aku macam mane..aku risau sangat dengan final aku ni,aku ank pergi LI hujung tahun ni.kalau aku repeat macam mana? sejak farez praktikal ni dia bnyak berubah dan aku pulak yang banyak menangis pasal dia.setiap hari aku memikirkan dia kenapa dia nak berubah.Adakah aku tak pernah membahagiakan dia? atau dia terpaksa sayang aku?

sekarang farez da mula diam dan aku? hanya air mata sahaja aku mampu lakukan dan berdoakan kepadaNya supaya perhubungan aku dengan farez akan bertahan.
mesti korang cakap kenapa nak menangis pasal lelaki kan :( dan membazirkan air mata je menangis pasal lelaki ni.tapi kalau korang di tempat aku mesti korang akan buat perkara yang sama kan.cuba korang ditempat aku? apa korang akan buat? mesti menangis kan.sekurang kurang bila aku menangis ia dapat kurang sikit beban dan daripada aku buat perkara yang tak faedah contoh makan ubatkan, or lukakan diri sndiri lagi susah kan,




♥ #Wordless




Bila saya tak cari awak,tak call awak dan tak bbm awak tapi saya berharap sangat awak akan cari saya
call saya, BBM saya dan awak cakap awak RINDU KAN saya. :'(






Friday 8 February 2013

♥ saya mahukan dia seperti dulu bukan sekarang :'(

assalamualaikum :) selamat bercuti dihujung minggu dan juga Selamat Menyambut Tahun Baru Cina tahun ni tahun Ular kan :) 



sekarang ni dia sudah lain tak seperti dulu.sekrang dia take care macam dulu.sekrang aku banyak pendam je.kadangkadang bila bagitahu.benda mesti sama je.mungkin dia penat bekerja.sekarang aku banyak menangis pasal dia setiap hari aku memikirkan pasal dia.tak macam dulu aku happy je bila dengan dia.aku lebih suka dia mcm dulu.saya harap awak memahami saya.kadangkadang bila saya bbm awak saya rasa mula kekok je.tah lah saya tak tahu kenapa.masuk ni da 3 bulan saya bersabar . saya tak tahu sampai bila saya boleh bersabar awak.saya berharap saya boleh bersabar sampai bila bila.mungkin ini dugaan saya. 
kadang kadang saya rasa awak tiada di sisi saya,

i nak u macam dulu bie..i tanak u sekarang ni.u sekarang ni banyak buat i menangis.bila i perlukan u.u tak de kat sisi i.. T_T

Thursday 7 February 2013

♥ salam jumaat


assalamualaikum. hari ni hari jumaat.pagi pagi dah hujan, hujan rahmat :) dan kelas petang aku dibatalkan sebab puan ade meeting lagi pun hari ni aku tak dapat nak hadir ke kuliah sebab aku sakit perut dan diarea lah. masuk ni dah 3 hari aku kena.tak tahu kenapa boleh kene diarea ni.. sampaikan aku takut nak makan sebab bila aku makan aku akan nk buang feses ( najis) aku.sebab tuh aku tak nak makan hmm.. alhamdulillah sangat puan aku batalkan kelas kalau tidak rugi kot tak dtg.

minggu depan start lah exam final aku.wahh mcam kejap sem ni.tapi aku harapkan pointer aku akan naik sebab midsem aku pointer turun sikit.akan bkerja keras masa cuti tahun baru ni.harap2 berbaloi dan semalam aku baru je selesai buat ujian amali bg subjek mikrobiology III. harap harap okay lahh tidak mnfailedkan aku.


Sunday 3 February 2013

♥ kenapa saya pindah rumah!

assalamualaikum kawankawan :) sekrang da msuk 2 bulan aku tak duduk di taman tadisma.kenapa aku tak nak duduk situ sebab sebab kakak kakak kat umah mulut dia macam gampang tahu! ade dua orang akak yang aku memang tak suka malah benci pun ada aku gelarkan kakak N dan kakak A.

okay aku dengan kakak A ni penah gaduh pasal tak kemas rumah.okay mcm ni aku time tu mmg tidur lambat sebab study patologi. dan aku balik sudah dalam jam 4 petang.sampai je rumah memang aku ta selesa tengok rumah sebab ade kakak E dia buat kuih.so aku biarkan je lah sebab aku dah tak larat n terus aku masuk tidur. boleh kakak A ni nak marah marah aku sebab tak kemas rumah dan boleh cakap " AKK TAK BAWA G BAZAR RAMADHAN SEBAB AKAK MARAH KAT KORUNK TAK KEMAS RUMAH"  Nampak sangatkan dia busuk haty.tak bawa pergi bazar sebab tak kemas rumah.hello akk kalau akk tu rajin.akk kemas lah ta payah nak memekak kat saya.lagipun akk bukan nye pmbersih sangat pun.pengotor jugak.boleh coklat milo akk simpan dalam dashboard da nk dekat seminggu! pengotor kan :)

lepas raya aku dan kakak A ni dah berbaik tapi aku ni jenis bila da bergaduh susah sikit nak bercakap sebab entahlah terasa sangat bila kakak A buat mcm tuh. dan aku balik cuti sem sebulan then balik semula ke umah tu . aku nampak beg aku direndam dalam baldi tapi tatau sudah baper minggu dalam tuh..eeii busuk giler dan aku terus update  kat bbm aku mmg la ayatnye kasar.kalau kita tengah marah semua perkataan kita nak sebut ryte sebab kita bukan manusia yang sempurna. dan aku bbm akak N dia kata bukan dan terus bbm kakak A  n dia ckap dia.okaylah aku dah tahu kakak A ni buat aku diam je lah..tapi kan tibatiba kakak A ni sound aku sebab status tuh.agak agak korunk kan sapa yang bagi tahu.klau bukan kakak N tuh kan sebab dalam rumah tuh cumer dua orang kakak ni yg pakai blackberry. so kitaorang gaduh lagi. :) kalau tak mulut gampang kakak N tuh kiorg tak akan gaduh :)

tiba tiba kakak diorang ni boleh delete aku dari bbm dan facebook.hahaha kisah pula aku.macam budak kecik kan nak main delete delete ni..nampak sangat depa sakit hati dengan aku.aku rilex je. walaupun kakak N ni delete aku tapi aku layan dia mcm aku tak tahu pun sebab aku kan talam dua muka hahahaha kena lah pandai mainkan peranan dalam rumah tu.sejak bergaduh aku tak penah masak n kemas rumah tuh haahaha. prinsip aku pandai buat sepah pandailah kemas balik okay.

yang aku pelik dengan rumah tu.aku da bagi duit dapur rm10 sebulan tapi hasilnya tak nampak langsung lahh..kadang beras beli 5kg pun sampai berbulan2 tahu..kadangkadang aku beli ayam or pape. aku tak masak tapi barangnya habis? acanor tu! ouhh lupe lahh dalam rumah tu tak boleh berkira sebab nanti tak boleh hidup berdikari! sumpah sape punya pmikiran mcm ni.macam hampeh je. ta per kakak N saya akan halalkan duit dapur tu ye.saya harap hidup akk akan diberkati ALLAH S.W.T..

dan saya nak ucapkan terima kasih dekat akak berdua sebab akan femeskan saya di dalam rumah tu ye. akak berdua kan jenis yang suka citer BEKAS dak rumah dekat orang yg bakal duduk situ kan :) dan terima kasih banyak2 sebab akak akan ngumpat pasal saya nanti :)
kalau akak boleh cerita pasal saya kenapa saya tak boleh cerita pasal akak kan :)

Saturday 2 February 2013

♥ 2 February 2013




assalamualaikum kengkawan :) hari ni aku sedih kot sebab tak dapat nak ikut En.Farez pergi dinner ofis. dinner ni sempena boss dan tahun baru cina ni.aku nak ikut tapi mak pula ta kasi pergi.boleh mak cakap " dinner macam tu pun nak pergi " aku bukan pergi club ke or party buih.aku just pergi makan makan.lagi pun aku dah lama ta jumpa dengan En.Farez dah dekat 2 bulan kot kitaorang tak jumpa.kadang kadang aku tak berapa suka nak discuss keluar dengan mak sebab jadi mcm ni lah even aku nak keluar dengan kawan perempuan aku pun susah.kan sekarang aku sudah mencecah 21 tahun.ye aku tahu aku perempuan tapi kan tak perlu jaga aku mcm budak 2 tahun.tak kan nak keluar dengan kawan perempuan pun tak boleh? sometimes aku lebih suka duduk di shah alam sebab tidak ada siapa pun nak marah aku pergi mana.kadang kadang aku nak keluar aku lebih suka discuss dengan kakak aku yang no. 2 sebab dia faham aku.bila aku.
mungkin aku tak ade rezeki nak jumpa En,Farez. dan juga dugaan kiteorangkan.aku terima dengan hati terbuka :)

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...