Thursday 12 March 2015

♥ Kemalangan Jalan Raya

Assalamualaikum dan hai kawan kawan baru hari ini aku dapat nak update cik belog,..hari ini sudah masuk tiga hari aku stay di rumah kakak aku yang sulung sebab nak tunggu gigi aku siap.. Almaklumlah gigi aku patah masa aku excident hari ahad.. okay cerita dia begini.

Hari ahad 01 march 2015, dalam jam 11.30 pagi, wahida whatsapp aku ajak pergi batang kali kejap sebab nak beli powerbank dekat kedai vioraempire. aku pun okaylah dan ajak gerak dalam pukul 1 petang gitu. tapi kitaorang gerak dalam 1.30petang gitu. sebelum gerak ke batang kali , wahida ajak pergi darul quran tukar duit dan jumpa kakak dia kejap. dah jumpa kakak wahida tu, dalam hati aku tergerak nak pergi pekan sebab nak keluarkan duit mak dulu sebab malas nak keluarkan dekat batang kali tu.

Entah macam mana aku rasa malas nak pergi ke pekan, so aku gerak je lah ke batang kali. dan belakang aku ade kereta proton iswara dan honda dan kedua dua kereta ini potong aku.. Sampai di persimpangan desa rening, kereta proton iswara slow dan kereta honda cuba untuk potong kereta iswara tapi dia tak perasan aku sebelah kiri dia dan kereta honda ni lambat bagi signal?? so dia langgar aku dari tepi...

Dan aku excident, ,masa aku jatuh aku pengsan. masa aku sedar dalam kereta dan aku rasa sakit didahi aku.dan aku fikir yang bukan ke aku tidur tadi dan kenapa tangan aku berdarahhh ni.. sumpah aku terkejut sangattt dan aku tak ingat apa yang berlaku dan bila wahida cerita yang apa berlaku baru aku ingat...

tudung dan rambut aku habis dengan darah kepala je..spek mata aku pecah. cuma macam terkilan BEGINI KE CARA HOSPITAL LAYAN ORANG EXCIDENT.?? Nurse suruh aku duduk dan suruh aku berjalan ke katil kecemasan dah la masa itu kepala aku pening sangat dan tekak nak muntah saja. lepas baring atas katil kecemasan nurse start cuci luka dan letak iodine. lepas habis cuci luka, terus Xray kepala dan lutot aku dan terus aku nak muntah. dan aku muntah. terus doktor tahan aku 8 jam dan masuk air dan aku kena puasa selama 8 jam.

Dalam 8 jam tu kepala aku pusing pusing sumpah membuatkan aku tak tahan nak muntah entah macam mana aku boleh tahan. Alhamdulillah aku boleh balik selepas 8 jam tapi sampai dirumah aku dah rehat dan boleh tidur sekejap tiba tiba aku muntah bila aku minum air, dan kepala berpusing pusing seperti roda sedang berpusing. aku tak tahan aku pergi balik hospital dan tahan wad. Alhamdulillah aku tidur lena dan dalam jam 4 pagi tu, nurse masukkan air dan suruh aku puasa sampai doktor kata aku boleh makan dan minum. Sumpahh aku tak tahan nak air dan aku minum je. Alhamdulillah aku tak muntah pun hehe.

Dalam 8.30 pagi doktor periksa dari katil ke katil. sampai dikatil aku doktor tanya ada muntah ke tidak dan kasi balik rumah, suka lah aku kan. bila balik rumah kakak masak untuk aku bubur hehehe. dan petang tu kawan baik aku datang melawat aku dan jiran jiran pun ada datang. terima kasih sebab sudi datang melawat aku.

Aku baik dari pening kepala hari selasa. dan tak de muntah langsung.. selasa petang tu datang ke rumah along sebab nak buat gigi. kan gigi aku patah. habis juga duit aku buat gigi kat swasta.
Hari isnin depan aku buka jahitan, seram jugak sebab nana cakap sakit macam kena gigit semut tapi alhamdulillah tak de lah sakit pun. sakit sikit je.. dah la buat buka jahitan budak praktikal sejam juga budak praktikal tu buat hehe. dah settle buka jahitan, jumpa doktor dan doktor beri MC selama 4 hari. Wow seronok kot duduk rumah. dan sekarang spek mata pun aku dah settle hehe

Cuma aku marah sesangat bila ade sorang jiran aku ni, duduk jaja yang dia nampak eksiden dan dia KENAL MOTOR yang eksiden tapi dia berhenti pun.. then cerita kat jiran jiran dan lepas tu jiran pun duk sampaikan kt aku? perghh sakit hati kot. kan lebih baik dia tak yah cerita kan senang. ini buat orang sakit hati, aku ngn family dia memang ade konflik. yang aku tak tahan perangai dia suka pinjam barang abang aku dan tak pernah nak pulangkan dulu pinjam pendrive then tak reti nak pulangkan bila abang aku mintak boleh ckap " bila masa pinjam" fundek betul perangai dia kan. kalau dia datang rumah aku panggil abang aku. naik nyampah dengar suara dia, tak perlah dekat dunia dia selamat tapi bukan diakhirat.! aku ingat sampai bila bila.!!!

Dan cina yang langgar aku, just bayar rm200 termasuk duit perubatan aku. aku terima je. dan boleh cakap dengan aku sepatut buat report kenapa tak buat hari tu. tahu pening kepala bila kami minta macam macam claim semua. tapi cina ini memang bawa kereta macam setan lah sumpa aku cakap. lalu depan rumah aku pun macam nak g racing je.. mohon lepas ni bawa kereta lebih berhemah okay..

kepada cik shepet,
sorry sayang sebab buat awak risaukan saya, jangan risau mak saya boleh jaga saya. saya harap awak dekat sana baik baik sahaja okay #muahciked

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...