Saturday 30 August 2014

♥ Alhamdulillah, setahun sudah



Assalamualaikum dan hye hye korang ~ sihat ke? aku sihat saja saja kok. huhu dah lama tak guna perkataan " kok"..

Okay, 29 Ogos 2014 ni sudah setahun perkenalan aku dengan cik shepet, walaupun cik shepet tak de masih dalam rekrut. aku harap dia akan ingat perkenalan aku dengan dia sudah setahun :) semoga perhubungan kami kekal hingga ke akhir hayat kami dan InshaAllah cik shepet bakal imam aku. Aminn.. terima kasih pada keluarga kerana menerima cik shepet seada adanya. terima kasih bebanyak.

Biey,
terima kasih sebab masih layan kerenah saya macam macam. kadang kadang sanggup amik saya kat terminal one dan hantar saya ke ktm seremban even terminal nak ke ktm tu dekat je, awak sanggup datang dari kampung semata mata nak hantar saya, saya mintak maaf kalau selama ni saya selalu menyusahkan awak. saya tahu awak risaukan saya. Walaupun saya selalu marah.merajuk dan selalu buat awak risau awak masih layan saya sama je kan. terima kasih sebab awak hadir dalam hidup saya dan banyak nasihatkan saya. maaf kalau saya ni degil dan keras kepala :) saya sayang awak untuk selama lamanya.

Walaupun kita bertemu buat kali pertama pada tahun 2010, tak pernah bercakap dan hanya pandang memandang dan saya tak tahu yang awak begitu penting dalam hidup saya sekarang ni... terima kasih sesangatt :)


Tuesday 26 August 2014

♥ " Stalker" kesayangan

Assalamualaikum dan hey kengkawan. agak lama aku tak update belog. hari ini diberi kesempatan untuk update belog. Okay entry kali ni pasal stalker aku. hahaha sebenarnya aku dah unfriend dia untuk beberapa kali tapi stalker aku masih add aku? kenapa ? sumpa stress bila stalker ni add balik? dia nak apa sebenarnya? nak kata aku contact dalam pesbuk pun tak de jugak. haihhh tak kan tak boleh nak berfikir kalau aku dah unfriend maknanya aku tak nak kawan lah.. aku terima  sebab aku KESIAN SANGAT kat dia?? tolonglah jangan terhegeh terhegeh sangat. buat malu tahu tak? ini sampai belog aku kau stalker kan..

mungkin suatu hari aku akan block dia, dan jangan masa tu tanya kenapa aku block okay. kadang kadang ramai yang kurang suka dengan stalker ni sebab bila pandang orang macam tak penah pandang orang Yess aku sendiri rasa macam tu. kalau kau sendiri tak nak sakit hati dan tersentap lebih baik jangan stalk aku kan? cukup cukup lah kau stalker okay. daripada kau stalker aku lebih baik kau buat kerja yang faedah sikit kan.. kau sendiri tak sakit hati.

nota kaki : kalau aku block atau hide status tu bukan maknanya aku kalah dengan kau, cuma aku fikir ini jalan terbaik daripada kau duk sibuk sibuk hal aku..sekurangkurangnye kau pun tak sakit hatikan.

Sunday 17 August 2014

♥ tak tahu nak cakap apa dah.!

Assalamualaikum...

Entry kali ni masih pasal kak shishi dan keluarganya. aku rasa aku pula meroyan ni hahaha. kes ni masih tiada kesudahan bila aku tengok tengok kot.

Semalam malam aku lepak dengan besties aku syafika, anak pakcik yang SOUND mak shishi tu. dan mak syafika pun keluar sekali dan berceritalah. Sebenarnya ade jiran aku pergi berborak dengan mak shishi dan mula bertanyakan betul ke pakcik tu sound mak shishi dan mak shishi boleh cakap " Hah macam tu lah marah pada dia " ishh kenapa jadi macam ni pula, mungkin mak shishi cepat tersentap ke? padahal pakcik ni aku rasa dia hormat pada orang tua dan suka bergurau. dan aku bukan nak belah mana mana pihak. cuma disebabkan mak dia salah cakap. mungkin? menyebabkan si shishi ni update status bagai. kan dah jadi kes besar. tapi kalau aku sebagai anak, aku akan jumpa pakcik ni kot dan tak pun bising bising dekat rumah. kalau nak update tu tak payah nak tag bagai. apa kata jumpa terus.

okay aku sendiri ade pengalaman. ade je jiran kat sini panggil mak aku " MAK AYAM " lagi kurang ajar kan? tapi tak de pula aku nk up sampai nak mention nama orang tu? kadang kadang jiran cakap mak sibuk jaga cucu ( ank kucing), ade aku update status? tak de pula. paling pun aku bising dekat rumah dan aku pikir, yg dia bakal menerima kifarah tapi shishi ni sekali mention nama aku, selama hidup kau aku mention lah. yess kadang kadang tengok aku ade maki maki kat pesbuk tapi aku ade mention. bagi aku mention nama orang ni macam nak market dan aku nak orang tu sedar yg tu memang status tuk dia dan biar orang lain tertanya..

see, pasal status kau, jiran sini pun tak layan adik. nak sangat benda ni jadi so kau terima lah shirien.! lepas balik sehari dr kelantan mana ade balik sini dh. knapa takut nak balik ke??

nota kaki : maafkan disebabkan perangai kau, memang aku dh mula bencikan kau 1 sekeluarga termasuklah besan kau.!!!

Friday 15 August 2014

♥ kakak shishi

Assalamualaikum dan hyee korang....

Selamat petang. Alhamdulillah hari hujan begitu lebat di kawasan kuala kubu bahru. Sejuk je rasanya..Okay hari nie entry pasal kak shishi again. tetiba along screenshot apa yang kakak shishi up status. okay ini kak shishi up

dan persoalan aku adalah kenapa masa kes hari tu tak nak PM atau buat group kat pesbuk??


see, cakap orang tapi diri sendiri pun sama kan. Alhamdulillah kalau kak shishi ni dah dapat hidayah kan. mungkin hari ni hari jumaat sebab tu up benda yang baik baik je kan..yang penting jalan rumah aku dah femes n tip top disebab status kak shishi. sampai sekarang aku tak boleh terima apa yang kak shishi buat. padahal aku tak masuk campur hal dia pun boleh dia tag nama aku bagai. yess ni cari pasal namanya? perlu ke sampai nak tag?? bak kata kak shishi kan lebih baik PM so kenapa dia tak PM kami?? semoga hidup kakak shishi lebih bahagia okay. bye .

nota kaki : ini blog aku dan suka hati aku nak up apa. kalau kau boleh cakap macam kenapa aku tidak boleh! maaf dengan kau memang aku tak boleh bagi muka sangat.! jangan ingat kau sorang ade pesbuk okay. dan aku rasa kau ni macam first time guna pesbuk. thanks stalker tolong sampaikan pada kakak shishi.

Tuesday 12 August 2014

♥ Sadness




Assalamualaikum..

 aku tak tahu bagaimana perasaan aku sekarang ni. sumpah aku sedih sangat bila kakak telefon  aku bagi tahu kemungkinan cik shepet akan bertugas di lahad datu. hati mana yang tak sedih weyh.. masa kakak telefon aku cuba untuk menahan menangis supaya aku tak tunjukkan perasaan aku dekat kakak. okay kakak tahu pun dari makcik sebab wan cik shepet ada datang rumah beraya. wan berceritalah pasal cik shepet. sebenarnya cik shepet dapat cuti 9 hari masa cuti raya tapi salah seorang dari mereka ada buat masalah terpaksa ketua pemerintahan mereka tarik balik cuti. sedihkan sebab boleh balik kampung tapi tiba tiba cuti kena tarik. kalaulah kawan mereka tak buat salah mesti aku boleh jumpa dia bukan? tapi bukan rezeki nak jumpa kan. wan dia cakap tangan dengan lutut cik shepet teruk luka..aku yang dengar pun dah sanggup melihat dia macam.

hati aku tak kuat bila dia bakal meninggalkan aku buat kali kedua, hati aku tak sanggup dah.. kalau yang 6 bulan ni pun dugaan yang diberi pun aku agak susah untuk menghadapi. apetah yang bertahun tahun dilahad datu. lagipun sekarangkan disabah ada masalah negara. adakah aku sanggup untuk menghadapi kali kedua ni? adakah dia di sabah aku disemenanjung kami setia antara satu sama lain? macam macam aku fikirkan sekarang. kawan aku nasihat kan aku banyakkan berdoa dan jangan putus asa. yess! aku tak akan putus asa.. aku kena banyak bersabar dan tempuh dugaan dengan baik. dan jangan sesekali PUTUS ASA.! 

dan akk berpesan juga, andai lepas habis rekrut dia tak hubungi, anggap je lah aku dengan cik shepet tiada jodoh. aku akan cuba untuk sibukkan diri. lagi pun dia habis rekrut awal bulan 10 ni. aku perlu tawakal dan berusaha. Perancangan Allah itu sungguh cantik.

nota kaki : InsyaAllah kalau awak jodoh saya. jauh macam mana pun awak, awak tetap hak milik saya. semua telah ditentu olehNya. kita hanya merancang. :) sayang awak asyraf hafizi

Thursday 7 August 2014

♥ mimpi si dia lagi

Assalamualaikum..

Hmm hari ni aku bagun pagi dalam jam 9 pagi. awalkan huhu sebenarnya aku tidur dalam jam 4 pagi so 5 jam je aku tidur dan aku sambung tidur jam 1 tengahari dan cadang bangun jam 3 petang so 2 jam tidur petang.. lamakan aku tidur. dalam aku tidur tengah hari tu, tiba tiba aku mimpi cik shepet. hmm bak kata orang kalau kita rindu seseorang it means kita sedang rindu dia ryte. Yess aku rindu dia sangat.

dan aku harap juga dia merindui aku juga. tolong balik cepat sayang. Im really really miss you a lot.!!!
lepas je aku mimpi terus aku sedar dan menangis sebab tak tahan rindu dekat dia sangat...


nota kaki : pertama kali jumpa dia masa tahun 2010, aku tak tahu dia begitu penting dalam hidup aku sekarang ni. sayang kau weyh.!

Wednesday 6 August 2014

♥ rindu cik shepet

Alhamdulillah akhirnya hujan dimuka bumi Allah ni. begitu lebat. hehehe seronok kalau tidur ni haha
okay entry kali pasal si shepet lahhh.. tinggal lagi 2 bulan saja cik shepet nak habis rekrut. rasa macam tak sabar nk jumpa dia..masa raya hari tu tak dapat jumpa sebab dia rekrut kat PD hati nak pergi tapi nak buat camne aku kan tak de transport so tengok FB je lah kalau sedara mara dia ade update status kan.. so aku curik lah gambar cik shepet kat sana..


bila tengok cik shepet ni makin kurus plak dah tak de tough ouhhh.. homaii cik shepet tak cukup makan ke? ke terlalu penat sampai makan pun tak sempat.. tapi yang kelakar aku tengok cik shepet ni macam Mcdonald sebab boot dia bsar kot huhu dan cik shepet makin hitam hahaha..terasa rindu dekat dia sesangattt.. bila tengok gambar ni dia sihat walfiatlah dekat sana.dan aku berdoa harap dia tamat rekrut dalam 6 bulan ni. dirimu sentiasa dalam doaku :) saya sayang muhammad Asyraf Hafizi <3



Monday 4 August 2014

♥ Wordless


 kalaulah betina ni tak nak dia pun sendiri sakit hati,tak yah up sangat..kalau nak protect maknya ambil lah mak nye bawa balik uma kau weyh. sekurang kurangnya lepas ni tak de lah jiran jiran sini nak sound mak kau lagi kan. kan senang dan lagi satu kau pun boleh jaga emak kau tu. kau tu dah stay jauhkan. nanti mak kau sakit siapa nak tolong mak kau. jiran kat sini kan jahat dan kurang ajar dan kami pentingkan diri sendiri. kau sendiri tahu kan.

selama ni kau cakap kau diam je apa yang jiran jiran kat sini buat kan. habis kami pun sama juga dengan kau apa yang kau buat kat kami, kami diam je sampailah kau up status tu bagai. apa perasaan kami masa tu? penah pikir? tak kan.yang kau pikir kau nak up status dan time tu kau memang puas hati dan jangan ingat jiran jiran kau akan berdiam diri. aku bukan jenis diam bila orang buat aku, aku tak de kena mengena pun pasal tu dan kenapa perlu tag. kau nak cakap depan depan dengan berjumpa dengan orang tu bukan nya kau menulis status kat fb. ada tak beza CAKAP dengan MENULIS? ada bezakan. sebab tu aku cakap kau bangang tahap malapetaka. sebab kau sendiri tak boleh fikir cakap depan depan dengan up status. ramai aku tengok jiran jiran cuba untuk sedarkan kau tapi kau macam mana? masih nak menegakkan yang pakcik tu sound mak kau kan. tapi kalau kau nak ajak berbincang pun dah terlambat sebab masa up status tak fikir. bila benda ni dah jadi berpanjangan siapa lagi nak berbincang. sampai pakcik tu betul betul sakit hati dengan kau. agak agak kau, ada tak saksi yang pakcik tu sound mak kau? sedangkan pakcik tu bercakap dengan mak kau ade saksi. sendiri fikirlah kau dah besar lagi pun kau seorang mak dan tahu mana baik dan buruk kan.. lagipun kalau berbincang dengan kau. masalah tak akan selesai sebab kau fikir kau betul so perlu ke berbincang? tak kan.. 

aku agak terkejut ramai orang tahu pasal masalah ni, sampai cakap lorong 22 hot? sebab apa jadi macam ni sebab perempuan ni duk up status. see perlu ke kita ada masalah dan bagitahu smua kawan fb kita lebih lebih berbabitkan jiran dan ibubapa kita?

ye aku tahu, sometimes aku suka gak up status dipesbuk tapi jenis aku tak suka tag dan mention orang tu even orang tu buat salah dengan aku. aku lebih suka bila kawan kawan pesbuk duk terfikir fikir siapa yang aku tujukan.. siapa yang tergigit cili,dia yang terasa kan. 

kakak aku selalu pesan, tulis biar baik baik, nanti esok lusa kita tak tahu kita meninggal dunia,sempat ke kita nak delete post yang maki maki dan bila orang baca status kita yang tak datang faedah, kita pun dapat dosanya even kita dah meninggal,tentulah kita kat kubur pun dapat seksa. cuba kalau kita tulis yang baik baik dan bagi rangsangan orang sudah tentu kita dapat sedikit pahalanya..

maaf, kalau lepas ni aku tak bertegur sapa sebab aku betul betul marah dengan family korang. benda simple nk up sampai tag kat orang. kami hanya mampu doa yang kau hidup baik baik sahaja smoga ALLAH S.W.T menunjukkan kebenaran pada suatu hari nanti dan siapa yang betul dan siapa yang salah. dan masa tu jangan terasa malu.

nota kaki : aku penat tengok perempuan ni meroyan dan aku unfriend pun sebab tak larat nak tengok dia buka pekung sendiri dan orang sekelilingnya. dan bila kita bertandang ke rumah muslim mohon ucapkan Assalamualaikum sebelum panggil nama orang tu. kita kan orang islam bukan kafir yang terus datang rumah orang dengan panggil nama.kalau tersentap, inikan blog aku dan suka hati aku nak tulis apa.

Sunday 3 August 2014

♥ #JiranMuafakat

Assalamualaikum.

Entry kali ni pasal jiran.! homaiii sebelum nak menyambut syawal yang bakal menjelang pada Isnin bersamaan 28 Julai. okay masa tu aku dekat kampung. tiba tiba kakak baru balik dari pekan dan bagi tahu aku pasal ade jiran aku buat status pasal lorong rumah aku., dah lah masa tu kat kampung line memang harram dengan perasaan excitednya aku pun pakai fone abang buka pesbuk tengok apa beruk ni update apa..






see, macam ni cakap depan?? ni bukan cakap depan depan tapi ni status. aku tatau kalau dengan tag ni kira macam cakap depan depan.. yang kelakarnya adik bongsu perempuan ni buat hal tapi mgelabah beruknya kakak dan abangnya. tapi masalahnya kenapa nak tag kat aku dan along? motif?? motif dia nak bagi tahu lorong 22 ni. okay aku balik raya kedua tiba tiba tengok adik depa ni duk park depan uma aku. motif? selalunya park depan rumah kosong, ni tak pula. aku dengan marahnya apa lagi snap lah gambar.! dan aku pun update la status dan along aku pun update status sebab kami marah, kami tak de kene mengena pun pasal status pmpuan nie..






lepas along buat status, terus perempuan serang komen along dan adik jantan perempuan  ni pula terus wassap along cakap macam macam!
bak kata jantan ni " TUJUAN TAG NI,NAK BAGITAHU, BAPAK2 DAN MAK2 TAK TAHU BERPESBUK TAPI ANAK ANAK TAHUKAN PASAL PESBUK"  sumpahh aku memang geram betul ngn jantan ni.! bukan semua benda kau nak tepek pesbuk, ada benda kita boleh cerita. lepas tu siap cakap " YELAH MASING MASING NAK PARKING DEPAN HIDUNG SENDIRI"  habis kau tak parking depan hidung kau sendiri?? padahal buka pekung sendiri.. adik beradik ni buat status macam ni sebab ada pakcik ni sound mak nya.! padahal pakcik ni cakap baik baik kot ramai saksinya.. dan tujuan aku snap pic n upload kt pesbuk " AKU NAK ADIK BERADIK NI RASA MACAM ORANG LAIN RASA" hah tahu pun marah, macam tu juga kitaorang ni. masalah boleh selesai dengan baik, bukan dengan update kat pesbuk kot. update kat pesbuk bertambah teruklah keadaannya. macam budak budak baru belajar main pesbuk pula aku rasanya. bak kata kakak dia dengan update boleh selesaikan masalah, tapi bagi aku ini bukan cara yang baik dan profesional! bagi aku cara yang baik nak selesaikan masalah ni dengan berjumpa dengan pakcik dan tanya dulu sebelum membuat andaian.! ini tidak kau sendiri pun tak de masa kejadian tapi nak buat andaian sendiri. aku tahu depa nk protect mak depa tapi bukan macam ni, bila tengok kawankawan kakak dia komen terasa macam jiran jiran depa ni kurang ajar sangat ! dan aku tak marah kalau adik dia nak park depan uma aku kalau kakak dia tak up status okay! kalau aku bising pun dengan family aku je pun tak de lah smpai up status bagai! siap nak marah bila kiorg upload pic kete perdana ni.habis dia upload pic boleh plak..dan perempuan ini cakap PESBUK DIA PUNYA SO SUKA HATI APA NK UP KAN. so ni BLOG AKU SUKA HATI AKU NAK UP APA DAN BEGITU JUGAK FB AKU, SO TAK PAYAH MEROYAN KALAU BACA BLOG AKU!!!!

pakcik ni ade datang raya rumah aku, siap ceritakan perkara sebenarnya pada keluarga aku dan kawan kawan aku yg datang beraya, macam ni ceritanya..

adik depa ni buat doublepark depan rumah, almaklumlah dah buat 1 garaj so kete adiknya park sebelah kete bapaknya then jiran depannya pun park depan rumah, lepas tu pakcik ni nak pergi pasar sebab besoknya nak raya kan. so pakcik ni jumpalah mak si 3 beradik ni
masa pakcik tu cakap siap bagi salam kot, tengok betapa hormat pakcik ni pada maknya.

aku rasa maknya tersalah cakap dengan anaknya sampai anak dia ingat pakcik tu sound mak depa..
kadang kadang pelik ngn depa ni padahal bertahun tahun duduk berjiran dengan pakcik ni tak kan tak tahu perangai pakcik ni macam mana, yang aku kenal pakcik ni dia seorang yang kelakar dan happy go lucky kot, kalau bersembang dengan dia tak sah kalau tak gelak.. aku tengok pakcik kesian sebab kena tuduh sampai macam ni. sampai pakcik tu cakap mungkin kena cakap kasar kasar kot baru tak kata sound. hmm 

 aku kurang ajar pun sebab korang pun kurang ajar dulu aku tak respect korang pun korang bukan respect jiran kat sini. so tak guna kalau respect korang buang masa tahu tak! tapi esok lusa bila susah nanti minta tolong ngn jiran jugak..

nota kaki : bagi aku tak mati kalau tak berjiran dengan korang sebab bila susah senang pun bukan aku dengan korang pun. kalau kau tak de pun hidup kami kat sini meriah je..cuma aku kesian dengan mak ayah korang je. tu je..




&hearts; Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...