Monday 20 May 2013

♥ Apa saya perlu buat.?

hye korunk :) dah lama aku tak update cik belog.actually sekarang sedang cuti sem. dari ke hari nak update cik belog tapi aku malas nk on lappy hehe. baru hari ini aku kesempatan nak update belog. :)

Sejak akhir akhir ni aku ngn si dia entah lah .kadang kadang aku kuat untuk menghadapi kadang kadang aku lemah,sekarang aku banyak menangis,dengan cara menangis aku dapat release kan masalah yang aku hadapi..sekarang ni si dia banyak diam je.aku tak tahu apa kesalahan aku dekat dia.sampai si dia diam.bukan sekali si dia diam tapi masuk ni 3 kali dah tapi aku sabar dan tabah menghadapi mungkin dia ade masalah dan penat dengan kerja dia sekarang.

 aku lebih suka hubungan kami yang awal awal dulu..aku rasa macam dihargai sangat..masa itu aku rasa happy sangat sebab dia selalu ambil berat pasal aku. dia berbeza dengan bekas pakwe aku. aku rindu nak otp dengan dia.aku rindu bila panggil nama aku then say I LOVE YOU! rinduu sesangat tapi sekarang kata kata tu susa nak keluar dari mulut dia.

aku tak tahu besar mana kesalahan aku terhadap dia. Adakah aku ni tak membahagiakan dia? Adakah aku selalu susahkan dia? Adakah aku tidak faham dengan keadaan dia? aku dah buat terbaik untuk dia. aku penat sangat bila kawan kawan dan family tanya aku ngn dia mcm mana? aku tak tahu nak jawab apa.aku akan jawab aku ngn dia okay dan tiada masalah.sebab sekarang fone aku jarang bunyi.kalau bunyi pun dari kawankawan aku je.

sekarang ini aku tak tahu nak buat apa? aku nak jumpa dia isnin sampai sabtu dia keje.ahad mesti dia penatkan. aku berharap aku boleh bersabar dengan dugaan ini.

Thursday 16 May 2013

♥salam jumaat :)

Hi.. Assalamualaikum :) okay masuk hari ini sudah seminggu aku cuti sem..hoyehhh tapi aktiviti cuti sem ni cuma aku banyak habiskan berehat dirumah heheh dan aku asyik tidur je..itu je aku mampu buat huhu..sebab aku tatau nak buat apa lagi kan.kalau tidak masa cuti sem ni aku akan jaga baby syuhada tapi nak buat macam manakan da ibunya tak nak hantar umah aku sebab takut..... hahaha biar lah ia jadi rahsia aku okay..

Bosan jugak duduk rumah ini.sebab aku tak tahu nak buat apa? nak keluar duit pun tak de.nak jumpa en.fareez dia sibuk keje je..aku tengok en.fareez sekarang galak demam je..adakah keje dia tuh terlalu berat.sebab stiap bulan dia akan demam...hmm kesian tgok.I harap demam you dah kebah okay sayang.pliss jaga kesihatan you okay.love you!

Sunday 12 May 2013

♥ Selamat Hari Ibu Makk :)






Assalamualaikum :) sekarang ini aku sedang cuti sem selama 3 minggu awal bulan jun akan kembali ke kolej ooohh bosanyaa =.=' hee dan aku akan bakal jadi senior! Jyeahhh!...

okay act tu bukan entry aku hari ini okay.pada hari ini aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh malaysia ini okay tak kecuali pada mak tersayang saya.. bukan hari ini je aku sayang dia tapi setiap hari aku sayang dia.terima kasih mak sebab membesarkan adik,minta maaf kalau adik ada buat salah dan silap dengan mak.maaflah hari ini tak bawa mak pergi belanja makan sebab tengah bulan ni.akhir bulan ini kita pergi okay.. love you mak <3 <3 <3


Wednesday 8 May 2013

♥ mungkin dugaanNya

Assalamualaikum :) hari ini aku rasa sedih sangat dan ingin menangis.bukan sekali tetapi masuk ni dah tiga kali..sekarang ini aku cuba untuk tenangkan diri aku dan aku tidak mahu tekanan sebab jumaat ini aku ada exam ianya last paper..sekarang ini aku perlu fokuskan exam dulu dan aku akan cuba untuk tabahkan diri untuk menghadapinya dan sabar itu penting.aku berharap aku boleh tabah menghadapi segala dugaanNya.

Saturday 4 May 2013

♥ Simptom - Simptom bila datang bulan :)



Assalamualaikum :) entry kali ni pasal tanda tanda sebelum datang bulan.setiap orang berbeza sebelum dia datang bulan tapi kalau aku sebelum nak datang bulan.tandanya macam orang mengandung hahaha! kelakar tahu..eh aku tak tiru dalam cerita ombak rindu okay..eeiii tak tahu.

kebiasaanya seminggu sebelum aku nak datang bulan aku akan :-

  • mengidam nak makan sesuatu.
  • pening kepala
  • nak muntah
  • demam
  • batuk dan selsema
  • asyik nak makan je.
  • sakit bahagian bawah pinggang
  • moody dan nak marah je.
  • sakit perut yang teramat
 haha sometimes aku tak dapat pun apa benda yang aku nak makan tu..tapi dia akan hilang bila aku sudah datang bulan. hahaha macam orang mengandungkan. So, sekarang en.fareez faham bila aku nak makan something tu..mesti aku nak datang bulan. hehe sekarang ni aku mula nak makan banyak dan aku teringin nak makan burger king lahh T.T....... bilalah nak dapat makan burger king ni..hmmm :'(

bila sedang datang bulan, sengugut aku teruk sangat sebab ade masa aku tak boleh nak bangun dan tidak boleh tidur.sometimes nk study pun susa sebab sakit sangat, tapi bila time exam then aku datang bulan.mulalah aku datang bulan sampai 3 hari sebabkan aku stress..bila waktu macam ni aku akan kena kawal stress supaya datang bulan aku teratur.

♥ Alhamdulillah

Wednesday 1 May 2013

♥ hari pertama jaga baby syuhada :)



assalamualaikum :) hari ini merupakan hari pertama aku jaga baby syuhada sebab mama nya suda mula bekerja sebagai guard di quaters JKR.. huhu mama dia mula kerja pada jam 7 pagi sampai 7 malam. Lamakan.. Lama juga aku kena sabar dengan kerenah baby syuhada ni.

hari ni baby syuhada sampai jam 6.55 pagi, masa tu aku sedang nyenyak tidur kot. tiba tiba dengar suara syuhada menangis so nak tak nak aku kena bangun juga dan penat main main ngn dia still menangis tapi menangis tidak mengeluarkan air mata cuma menjerit je. bila minum susu, nestum dan makan baru lah dia senyap. masa time dia menyusu mak aku tidur kan dia..baru lah aku dengan mak dapat tidur haha.

tugas aku untuk jaga baby syuhada :-

  • bagi minum susu dan nestum
  • bermain dengan dia
  • mandikan
  • bawa dia jenjalan
  • cuci baju baby syuhada

yang lain mak uruskan hee :)


&hearts; Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...