Sunday 28 September 2014

♥ Selamat Hari Lahir Sayangs plus The Maze runner

Assalamualaikum dan hey hey korangg~~



Happy Birthday sayangss..
saya harap awak dekat sana sihat sihat sahaja. saya tak sabar nak jumpa awak minggu nie. 
kemungkinan minggu ni minggu terakhir . nanti awak balik kita celebrate sesama okay..
saya rinduu sesangat kat awak. saya harap pun awak akan rindu saya.

to my lovely hubby
"Not everyone is as lucky as me to blessed with a man like you.Thank you so much for coming into my life and standing by my side through thick and thin. I still remember the feeling i felt when i first started talking to you. You'll be mine untill jannah soon. InshaaAllah.. 
i ♥ Muhammad Asyraf Hafizi (= "

_____________________________________________________________________________



okay masa birthday cik shepet aku kuar menonton wayang cerita The Maze Runner. Siyesly cerita dia memang best dan tak bosan cuma aku ade terkejut sikitt sebab binatang nye datang secara mengejut hee :) memang tak rugi menonton cuma ending je sebab dia ade sambungan lagitu. cerita dia macam The Hunger Games. 

thanks to my fren Firdaus sebab teman aku menonton wayang okay. mohon lanje lagi movie lepas ni okay haha :P

♥ SAKIT HATI

Assalamualaikum dan hai korang..

tiba tiba malam ni rasa nak update my baby belog ni, act aku dah lama nak update pasal benda ni tapi entah lah tak tahu nak cakap macam ni..

Selama ni aku selalu tolong dia, kadang kadang ajar dia, bila dalam exam bagi dia jawapan, kadang kadang bila dia tak de duit aku tolong walaupun tak banyak.. dia selalu juga tolong aku tapi ade satu hari tu, aku memang memerlukan pertolongan dari dia tapi entahlah dia langsung tak nak tolong aku. time tu rasa macam nak menangis pun ade tapi aku tahan je. sebaiklah ade kawan aku lagi sorang, tolong aku. jenis aku bukan jenis berkira. tapi kalau dah start berkira dengan aku. aku akan berkira dengan orang..

Okay, tiba tiba dia minta tolong pinjamkan duit sebab dia tak de duit masa tu, aku pun kesian pun bagilah dia pinjam walaupun tak banyak dan dia janji nak besok hari. Okay lah aku okay je lah. tapi keesokkan hari masih dia tak mesej/call pun. aku fikir dia tak ada duit ( bersangka baik) tapi dah nak masuk empat bulan aku pun mesej dia dan bertanyakan pasal duit yang dipinjamlah. Boleh dia cakap " TAKUT AKU LUPA LAH TU" Hmm okay tapi memang dia lupakan sebab dah empat bulan kot tak kan tak ingat pula.

Bila masuk lima bulan, aku pun mesej tapi dan aku suruh bayar dalam bulan ni. ye lah terlalu lama dia pinjam. walaupun tak banyak dia pinjam tapi susah ke nak bayar. sehari kumpul rm1 pun dah cukup kalau lima bulan kumpul terlebih cukup kot. cuma yang betul betul membuatkan aku marah bila dia cakap
" DAH KERING AR TUE" & " TU AR SUH KEJE TAK NAK" sumpa bila dia cakap macam ni. aku rasa marah sangat. terus aku cakap dengan dia " BUKAN DUIT AKU TAK CUKUP TAPI DAH LAMA SANGAT KAU PINJAM. LAGIPUN FAMILY AKU TAK BISING, KAU PULA YANG BISING" okay memang family aku tak bising bila aku tak keje tapi dia lebih lebih pula. aku bukan apa bukan nk buruk burukkan dia cuma aku minta bayar je duit aku. kalau aku tak keje pun aku tak ada pun minta dia duit okay. aku sendiri je.kalau rasa bulan tu tak dapat bayar, kan lebih baik mesej aku cakap tak dapat bayar at least aku boleh bertimbang rasa ini tidak diam seribu bahasa. macam aku tunggul je kan.!

Nota Kaki : Mungkin yang ni last aku minta dan terus terang aku cakap aku tak akan halalkan duit tu. Kau sendiri cari masalahkan. Nanti dekat Akhirat merangkak cari aku.! #lastwarning. aku tak larat lah nk mesej kau setiap hari. bosan tahu.!!! aku rasa macam aku meminta sedekah pula.

Thursday 25 September 2014

♥ Memaafkan Orang sebelum tidur.





Assalamualaikum dan hey hye korang.. ~ hari ni kuala kubu bahru hujan lebat. Alhamdulillah hilang panas sikit tapi kekadang kat KKB hujan dekat Empangan KKB tak hujan.. Dan hari tu ade budak bagi tahu, taman aku ni hujan dan taman tanjak tu tak hujan. Subhanallah cantikkan kejadian Allah S.W.T ni.

Okay, entry kali ni pasal memaafkan orang sebelum kita tidur. Bila kita memaafkan orang supaya hidup kita lebih aman dan tiada pergaduhan yang akan timbul. tapi bagi aku susah untuk memaafkan seseorang tu walaupun dia sudah meminta maaf. aku dah cuba untuk memaafkan tapi entah, sakit hati tu masih ada dan aku sentiasa ingat apa dia buat pada aku. cuma ade sesetengah orang aku boleh memaafkan dia.

walaupun aku tak memaafkan dia cuma aku tak berdendam dengan dia. walaupun niat aku nak berdendam dengan dia mesti tak sampai hati dan aku percaya pada hukum kifarah. Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada balasannya. mungkin cepat dan lambat sahaja. Walaupun aku tak maafkan dia dan aku berharap hidup lebih berkat.


nota kaki : aku berharap suatu hari aku dapat memaafkan dia walaupun mengambil masa yang lama.

Tuesday 23 September 2014

♥ Mr. Poyo

Assalamualaikum dan hai hai korang~~



Actually kan aku dah lama nak update pasal mr.poyo ni tapi entah lah tak de kekuatan nak update pasal mr.poyo ni. Okay aku kenalkan mr.poyo ni boyfriend kawan aku dan aku gelarkan kawan aku ni  Si A okay. Si A ni couple dengan mr.poyo dan Si A selalu cerita masalah dia ngn mr.poyo dengan aku. ade masa aku bagi nasihat semua. nak kata aku ni pengalaman dalam cinta tu adelah sikit sikit.. bukan nak mengajar dia tapi bagi nasihat lagipun mr.poyo ni memang minat bola. so paham paham kalau lelaki minat bola macam mana kan. memang kita sebagai girlfriend diabaikan lah.

Okay dalam bulan 8 2014 ni Si A dan mr.poyo break up dan mr.poyo ni screenshot apa Si A ni htr kat wechat. dan tepek kat moment. Okay just diam je lah tapi bila Si A buat moment aku just bagi pendapat dan tinggalkan jantan ( mr.poyo) tu. lepas tu mr.poyo terus wechat aku konon nak maki aku. memang takk lah citernya.. memang time tu aku ngn mr.poyo bertikam lidah je lah. Dalam aku gaduh ngn mr.poyo tak pernah pun aku panggil dia " BABI"  dia siap panggil aku macam tu kot. Nampak tak siapa yang tak matang. aku marah kat mr.poyo ni pasal dia duk aib aib kan kawan aku. mungkin orang yang kapel tak matang mungkin perangai dia macam tu kot. lepas tu mr.poyo terus block aku then unblock then hide moment? dah kenapa dia buat macam ni? takut ke? tolonglah gentleman sikit. aku bukan nk buka aib dia pun cuma tak puas hati bila dia buat macam. mr.poyo marah sebab aku komen moment Si A ni. haha salah sendiri kan so tanggunglah..

hari tu jumpa mak Si A ni, aku cuma tanya macam mna mr.poyo dtg rumahkan. tiba tiba mak Si A cakap mr.poyo ni tak pandai hormat orang dan tak nak bertegur sesapa pun dan yang tak boleh blaa boleh mr.poyo ni smoke dekat depan rumah. Hyeee poyo awak tu masih bersekolah, jaga tingkah laku sikit, kalau awak nak dekat anak perempuan dia lebih baik dekat diri dekat keluarga dia juga. kalau macam ni perangai agak agak maknya nak terima awak ke?

Andai kata, Si A ni kembali pangkuan pada mr.poyo , maafkn aku lepas ni memang aku tak nak ambil tahu sekiranya hubungan mereka hingga ke alam perkahwinan , maafkan sekiranya aku tak hadir. marah aku masih ada pada mr.poyo. dengan dia tak pandai hormat orang tua. dengan mulutnya lagi lah. aku mula tak suka orang macam ni.

Aku dengan Ex-boyriend tak penah contact antara satu sama lain. dan kami fikir masing masing ade kehidupan sendiri dan kami memang bukan jodohkan. kalau kawan pun kawan macam biasa tak de lah bersayang sayang dan bukan contact 24 jam. sometimes. ex-boyfriend call pun aku tak angkat. kenapa aku perlu angkat orang yang tinggalkan kita. dan kita perlu belajar dari kesilapan kita sendir dan jadikan kesilapan kita sebagai pengajaran.

nota kaki : aku tak akan maafkan kau. semoga hidup kau lebih bahagia lepas ni...

♥ WeChat



Assalamualaikum dan hye hye korang..

Hari ini  entry pasal Wechat. mesti ramai guna wechat kan. aku sendiri pun guna wechat. cuma sekarang ini ada setengah pengguna wechat tak bertamadun langsung. okay ini memang terjadikan aku..

Aku buat wechat ini bukan aku nak cari boyfriend, melepaskan nafsu tu cuma senang untuk contact kawan aku yang lain. tapi sekarang mereka guna wechat tempat nak melepaskan nafsu dan cari boyfriend bagai. ada yang dapat boyfriend kekal hingga alam perkahwinan. Aaminn buat mereka. Kes aku, aku gelar dia ni Si H, Si H ni add wechat aku den boleh dia bagi message " Sex please " Ishhh sumpah aku terus block . malas layan orang macam. dan lagi satu Si A, aku approved dia then tiba tiba dia ajak jumpa masa tu dah jam 1 pagi kot. Siap suruh aku keluar ikut pintu dapur then dia amek aku. Lepas tu siap ajak lepak dekat Empangan KKB tu. memang takk.. aku ni bukan jenis sosial yang kau nak ajak keluar. Dahlah, empangan kkb tu gelap dan sunyi kot. kalau aku bodoh, mesti aku ikut dia. sebaiklah aku berfikiran waras. Hishh memang takk lah aku nak ikut orang macam ni. lepas tu bila aku jawab tak nak ikut dia, boleh pula Si A ni nak marah marah. hahaha kenal baru beberapa jam nak ajak keluar bagai. mungkin dia dah sangap kot hakhakhak. aku buat bodoh bila dia wechat aku. ade masa aku block dia terus. hahaha lantak lah dia kan.

nota kaki : hati hati berkawan, jangan kenal melalui wechat atau laman sosial semuanya baik. ada baik dan buruknya. kalau nak berjumpa lebih baik bawa kawan dan pergi ke tempat yang umum. jangan disebabkan sayang semuanya tergadai.

Tuesday 16 September 2014

♥ Happy Birthday To Me :)

Assalamualaikum :)

Okay, genaplah 22 tahun aku pada 16 september 2014. Aku bersyukur masih bernafas pada hari ini. Tak lupa juga pada mak yang telah melahirkan aku didunia, tanpa mak tiadalah aku dimuka bumi ini. Terima kasih pada emak sebab memberi kasih sayang pada aku. Walaupun aku tiada Ayah disisi ku sendiri.. 

Aku ucapkan terima kasih pada kengkawan dan yang mengenali aku ucapkan Selamat hari jadi okay. thank korang sebab ingat birthday aku. dan terima kasih pada kakak dan abang ijoy beli kek untuk aku. walaupun aku tak makan kek oren tapi aku hargai sangat.!! cuma sedih bila cik shepet tak  de kat sisi aku sekarang ni. almaklum cik shepet masih belum tamat rekrut dia dan aku harap dia ingat birthday aku. tak lama lagi birthday cik shepet. haha aku masig terfikir benda apa nak bagi kat cik shepet. tahun lepas baju superman. tahun ni tak tahu lagi lah. haiya manyak feniing wooo..

Hadiah? Hmm tak de kot maybe sebab dh besar haha. tapi tak per lah sekurang kurangnya wish aku panjang umur dan dimurah direzeki itukan lebih baik. thanks korang~~

Ini hasil hasil kawan kawan dan kluarga yang wish birthday aku :) okay yang kelakar, MSU pun bagi wish tapi setiap 2 jam mesti hantar email nak wish birthday. hahaha kelakar betul lah.








yang name #KUA tu actually aku kenal dia masa form 5 dekat pesbuk. yang kelakar pasal magnumlah kiorg lebih rapat sampai sekarang hee dan aku panggil dia " cik temok" dia panggil aku " cik songet" dia panggil aku songet sebab aku selalu panggil dia senget haha. thanks kawan. :)


nota kaki : semoga korang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan semoga bahagia dengan orang tersayang dan ditetapkan iman. sayang korang ketat ketak. sory kat fb aku tk smpat nk screenshot btw thanks a lot babe :)

Monday 8 September 2014

♥ #Manusia

Assalamualaikum dan hye kengkawan :) sihat? aku tak berapa sihat. Dalam 2-3 hari ni aku asyik pening kepala,hilang selera makan dan tekak loya. rasa macam diri ni preggy pula. Biasalah simptom simptom nak datang bulan ni. hehe

Okay entry kali pasal seorang perempuan yang sudah mempunyai anak perempuan. aku gelarkan perempuan ni mamarazi okay. Mamarazi ini selalu sangat masuk campur hal aku. Actually, aku dah sound mamarazi adelah senyap dalam 3-4 bulan dan mula balik perangai dia. haiyaaa tak reti serik tul mamarazi ni.

Mamarazi ni bila komen status orang, macam dia tazkirah orang. aku tak marah mamarazi kalau nak tazkirah tapi kene dengan status tu sendiri. masa aku sound mamarazi ni pasal kes kenang benda yang dah lepas. okay aku tengok along aku tak de feedback papa so aku ambil langkah untuk sound mamarazi ni. sebab dah lama bersabar okay..

Yang selalu layan mamarazi aku ni, along aku je., mungkin dia tahan dan sabar melayan mamarazi. Dengan aku? Maaflah aku bukan boleh sabar bila orang dah pijak kepala aku sendiri. Sekarang mamarazi kena sound buat kali kedua dengan aku. nak tazkirah aku kat komen tapi komen untuk diri sendiri. so better buat kat status sendiri kan. haiyaaaa entah pape ntah perangai.

Dan anak sendiri update status " AKU TAK PERNAH MASUK CAMPUR HAL KAU,SO JANGAN MASUK CAMPUR HAL AKU. FUCK" ouhh okay. kalau kau tak nak orang masuk hal kau, nasihat mak kau supaya tak masuk hal aku.!!!  see anak sendiri cakap fuck mamarazi tak tazkirah, tazkirah jangan layan orang macam tu bagai. mak aku pun boleh cakap macam tu. hishh..

Dan yang aku ingat, masa aku mula mula kawan cik shepet. terus mamarazi ni balik kampung tanya pasal aku dengan cik shepet. apahal kau makcik?? dasar mamarazi betul. Siap cakap dulu cik shepet nak kat anak kau! nak ke shepet kalau perangai anak kau macam lahanat tu.! maaf kalau apa yang aku cakap ni agak kasar.! aku doakan semoga mamarazi dan keluarga hidup bahagia dan diberkati oleh-Nya. Aaminn :) Dan mamarazi boleh cakap masa aku nak add pesbuk dia  " Sebenarnya kita tahu awok main pesbuk siap komen ngn spupu awok kan, tapi kita malas nak add" FUCK kau lah makcik.!!

nota kaki : kalau tak serik lagi mamarazi kena sound buat kali ketiga, jangan tanya kenapa kalau aku dah block kau mamarazi

Monday 1 September 2014

♥ Hello September..



Hello September. bulan yang bermakna buat aku dan shepet. Almaklumlah aku dengan cik shepet lahir bulan yang sama. aku lahir pada 16 september dan shepet 27 september. okay dalam seminggu je okay.. huhu sweetkan dan kalau celebrate pun sekali je lah jimat duit disitukan.Bulan ni juga cik shepet akan tamat rekrutnya. InshaAllah awal bulan 10 ni pulang ke kampung. Alhamdulillah masa cik shepet balik ke kampung jatuh pada Hari Raya Haji. InshaAllah, aku akan balik kampung. Almaklum dah 6 bulan tak jumpa. rindu yang membuak buak kot. hehehe

semoga cik shepet sihat walfiat. cepatlah habis rekrut tak sabar nak jumpa :P


♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...