Thursday, 25 September 2014

♥ Memaafkan Orang sebelum tidur.





Assalamualaikum dan hey hye korang.. ~ hari ni kuala kubu bahru hujan lebat. Alhamdulillah hilang panas sikit tapi kekadang kat KKB hujan dekat Empangan KKB tak hujan.. Dan hari tu ade budak bagi tahu, taman aku ni hujan dan taman tanjak tu tak hujan. Subhanallah cantikkan kejadian Allah S.W.T ni.

Okay, entry kali ni pasal memaafkan orang sebelum kita tidur. Bila kita memaafkan orang supaya hidup kita lebih aman dan tiada pergaduhan yang akan timbul. tapi bagi aku susah untuk memaafkan seseorang tu walaupun dia sudah meminta maaf. aku dah cuba untuk memaafkan tapi entah, sakit hati tu masih ada dan aku sentiasa ingat apa dia buat pada aku. cuma ade sesetengah orang aku boleh memaafkan dia.

walaupun aku tak memaafkan dia cuma aku tak berdendam dengan dia. walaupun niat aku nak berdendam dengan dia mesti tak sampai hati dan aku percaya pada hukum kifarah. Setiap perbuatan yang kita lakukan pasti ada balasannya. mungkin cepat dan lambat sahaja. Walaupun aku tak maafkan dia dan aku berharap hidup lebih berkat.


nota kaki : aku berharap suatu hari aku dapat memaafkan dia walaupun mengambil masa yang lama.

No comments:

Post a Comment

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...