Wednesday 29 October 2014

♥ Seremban

Assalamualaikum dan selamat petang kengkawan. :)
hari ni tak hujan pula petang, mungkin kejap lagi kot.

Hmm Entry kali ni tiba tiba mak suruh aku kerja kat seremban pula. nanti nak duduk dengan sapa pula.
mentang mentang cik shepet dapat kat seremban kan.

tapi abang sekarang dah dapat kerja tetap dan jawatan tu kene area pantai, kakak pula kemungkinan akan pindah ke bukit beruntung. tak akan aku pun nak kerja jauh pula. sapa pula nak jaga mak aku kan nanti mak tinggal seseorang pula.
adoyy fening kepala aku ni hah. haishh macam mana pula ni.
nak tak nak aku kne cari kerja dekat kkb ni. Hmm


nota kaki : bersabarlah qila, mungkin ade hikmah sebalik ni okay :)

Tuesday 28 October 2014

♥ aku sudah putus asa..

Assalamualaikum korang..

sekarang aku rasa macam putus asa sangat. aku tak tahu kenapa aku putus asa. tiba tiba hari ini aku rasa rindu sangat kat cik shepet. kadang kadang dalam hati aku ni rasa cik shepet macam nak tinggalkan aku je. aku tak tahu kenapa aku berfikir sampai macam ni..aku cuba untuk kuat tapi aku betul betul lemah. Sampai sekarang cik shepet masih tak balik lagi. yang aku fikir sekarang, dia nak balik baliklah tak nak balik tak perlah.

cuma aku terkilan dengan perangai cik shepet, mesti tiada kata kata putus. hari tu sebelum pergi rekrut tak de cakap pape pun diam seribu bahasa, masa hubungi aku 19.10 tu pun diam seribu bahasa, aku cuba untuk bersangka baik tapi susah weyh..yelah berpisah enam bulan lepas tu tak ada hubungi aku. Entahlah weyh mungkin aku terlalu sayang sangat kat dia

Bagaimana dia tinggalkan aku nanti?? masa dia operasi. Hmm aku kene kuat untuk menghadapi semua ni.
semoga aku diberi kekuatan untuk menempuh dugaan ini weyh.

nota kaki: mata saya sudah penat menangis awak.

Monday 27 October 2014

♥ Alhamdulillah cik shepet bertugas di seremban




Assalamualaikum dan hai hai korang.
Entry kali pasal cik shepet. Alhamdulillah sangat, cik shepet tak pergi bertugas di sabah a.k.a Lahad datu. Aku bersyukur sangat. Allah makbulkn doaku. 

Walaupun cik shepet belum balik lagi sebab macam macam nak uruskan. dan aku berharap semua segala urusan cik shepet dipermudahkan. aku masih menunggu cik shepet pulang..

Terasa lega sangat bila dapat tahu yang cik shepet dapat bertugas di seremban. dekat juga nak dating. kalau dekat sabah. tak dapat nak dating. Alhamdulilah dapat kat seremban senang sikit dia nak balik kampungkan. nanti kesian dengan wan dia, dah la cik shepet rapat dengan wan dia. ni rekrut 6 bulan, wan rindu dia boleh tahan. yelah cik shepetlah selalu hantar wan dia pergi klinik, jaga wan masa sakit. kadang kadang sanggup tak pergi kerja sebab tak de sapa nak jaga wan dia. masa ni lah dia nak balas jasa dia pada wan dia. 

Ni pun aku dapat tahu yang cik shepet bertugas diseremban pun dari makcik aku,
Alhamdulillah makcik aku selamat lahirkan baby boy.
Putra Naufal Irsyadi.
makcik aku tahu pun dari wan cik shepet ni hah, semalam dtg uma sambil tu tengok babykan.


Sunday 26 October 2014

♥ Menipu



Assalamualaikum dan hai hai korang. Entry kali ni pasal kawan rapat aku..

Aku tak boleh terima bila dia tipu aku hidup hidup aku, selama ni aku percayakan dia.. tapi kenapa nak tipu aku? aku ada buat salah ke dengan dia?
 kadang kadang aku tengok dia macam tak boleh tengok aku ni lebih dari dia kot. 

tak perlah kawan, walaupun kau tipu aku. aku tetap anggap kau kawan aku cuma kepercayaan aku pada kau tak sama masa mula mula kita berkawan



Sunday 19 October 2014

♥ Kesayangan beta cik shepet

Assalamualaikum dan hai hai korangg~~ selamat bekerja siapa yang kerja hari ini lah aku masih dirumah haha..

Okay entry kali ni pasal cik shepetlah. cik shepet masih belum balik lagi. cik shepet kena tunggu lagi seminggu sebab nak lapor diri dulu dekat unit mana. 18/10/2014 tu aku u la tunggu lah dia call. masa tu pula aku ade interview pun resah je kadang kadang tengok je phone kot kot cik shepet ade call. tapi tak de pun sampailah aku wassap kawan baik si shepet ni, tuh yang dapat tahu yang cik shepet tak balik lagi. bila dapat tahu rasa nak menangis pun ade kot.

keesokkan harinya, petang dalam jam 6 petang, adik cik shepet chat pesbuk minta no maxis aku. okay aku dengan hati yang bebunga pun bagi lah okay dalam jam 7 lebih ada mesej masuk, ni mesej dia bagi. macam kelakar pula sebab bagi nama penuh pula tu hahaha...


terus aku suruh cik shepet mesej num mak, sebab mak pakai celcom kan heheehe.. cuma aku rasa bersalah sebab aku penah putus asa bila aku tunggu dia. tapi cik shepet tak pernah putus asa menunggu aku dan dia sendiri pun sabar dengan dugaan ni. kalau dia boleh kenapa aku tak boleh?? lepas tu, cik shepet cakap yang dia setia menunggu aku. dan aku ade bagi tahu dia yang aku takut dia perempuan lain. terus dia cakap dia akan tunggu aku dan bagi dia kami dah serasi nak cari yang lain tu susah. aku pun rasa sama macam dia. nak cari lain macam susah sangat dan aku malas nk bercinta lagi nak kenal lagi orang tu kan. dengan cik shepet family aku dah kenal dia lagipun tengok mak pun dah selesa dengan dia. Alhamdulillah kami diberi kepercayaan antara satu sama lain. 

aku selalu doa yang cik shepet tak akan bertugas di lahad datu, kalau dia pergi bertugas dekat lahad datu, kalau 6 bulan aku boleh terima tapi makan tahun kot. huishhh tak sanggup aku nak berjauhan dengan dia sedangkan yang 6 bulan ni pun agak terseksa kot. harap harap cik shepet bertugas semenanjung malaysia.

lepas tu cik shepet cuti 2 minggu je. alhamdulillah dapat cuti walaupun tak lama kan. 

dear biey,
terima kasih sebab awak menunggu saya dan setia dengan saya. saya harap perhubungan kita kekal hingga ke syurga. semoga kita diberi kepercayaan dan kesetiaan antara satu sama lain. saya sayang awak sesangat.

Monday 13 October 2014

♥ Just 4 days to go ♥

Assalamualaikum dan hai hai korang dan selamat petang :)

Tinggal 4 hari sahaja lagi cik shepet mahu pulang dari latihan askar beliau. hee aku rasa excited sangat weyh. nak jumpa dia pun tak sabar dah ni heee.

Agak agak cik shepet call/mesej tak aku nanti? masih ingat ke dia pada aku??
haiyaaa macam macam persoalan dalam kepala aku ini?hahaha takut juga kalau dia tak ingat pada aku?
Hmm ke dia ada awek baru? Hishhh kesitu pula aku fikirkan.

Akak sentiasa pesan kat aku, jangan fikir bukan bukan. kita tunggu dia pulang. dan pasti dia akan call/mesej aku nanti. tak per aku akan cuba sabar menanti. acecehh sawit pula ayat aku ni hakhak

InshaaAllah, aku akan balik kampung untuk berjumpa dengan dia, pada mulanya aku fikir nak stay uma mak sedara kat sendayan tapi nak jumpa dia rasa macam limit pula ye lah, kampung nak ke sendayan dalam 1 jam jugak. dah la cik shepet ade motor je. kan lebih baik aku stay kampung senang sikit nak keluar kalau kat sendayan kena kuar siang haha balik mesti kena awal kan. kalau kampung nk lepak depan uma pun dh boleh hahah


nota kaki : Sayanggggggg cepattt balikkk!!!

Thursday 9 October 2014

♥ Niat untuk bekerja

Assalamualaikum dan hai korang~~

Entry kali ni pasal bekerja. Hmm aku pun dh lama duduk rumah kan. niat nak bekerja itu ada sebenarnya cuma ada masalah sikit lah. keluarga aku sendiri tak bagi kerja jauh. nanti susah lah.. Ade sekali tu, aku buka jobstreet then ade kerja kosong tapi bukan bidang aku lah. aku bagi tahu family yang aku nk apply tapi tak kasi pula alasan tak de transport. aku cadang nak tumpang abang tapi bila abang cakap susah dia nak overtime. dan aku cuba bagitahu yang aku nak naik motor terus mak dan abang bantah kata jauh.

aku tahu family aku sayang aku dan takut jadi apa apa kalau aku naik motor nanti tapi itu sahaja jalan yang aku nampak. Hmm kadang kadang rasa macam putus asa nak cari kerja ni. Family siap cakap cari kerja yang senang ade transport awam. Hmm okay.

Sekarang pun mak asyik suruh KAHWIN!! hmm bab kahwin ni aku malas sikit nk dengar.. aku pun tk jumpa cik shepet 6 bulan ni. tak akan lepas cik shepet habis rekrut aku nak kahwin?? aku pun nak pegang duit sendiri. kalau nak kahwin pun nak guna duit sendiri tak kan aku nak pakai duit cik shepet pula. aiyoyo pening kepala lah kalau macam ni. aku mengaku yang aku ni memang maintenance tinggi kot..

dan aku marah bila orang tanye "KENAPA TAK KERJA" sumpa aku penat sangat nak jawab persoalan ni. Tolonglah tanya soalan lain. Bukan aku tak nak kerja tapi aku sendiri ada masalah dan yang paling penting FAMILY AKU TAK BISING EVEN AKU TAK KERJA. yess memang family aku tak bising pun aku tak kerja. memang senangkan hidup tapi aku nak kerja sebab aku nak bayar balik PTPTN aku yang 45k kot. banyakkan dan aku rasa amaun ni boleh buat modal kahwin.

sekarang pun aku masih melepak je kat rumah, dan tunggu cik shepet balik bincang hal ni dengan dia. aku pun fening macam mana nak bayar PTPTN kalau tak bekerja. tak kan nak suruh cik shepet nak bayarkan. dah la nanti dah kawin nak beli rumah lagi. of kos kena buat loan kan. kereta lagi. nanti hidup penuh dengan hutang je. lepas kalau buat ade anak? hah lagi lah perbelanjaan yang tinggi kot kalau aku tak bekerja.

kadang kadang aku rasa menyesal sesangat bila jadi macam ni. terasa nak menangis pun ade jugak. terasa macam menghabiskan masa dan duit pergi belajar ambil diploma.. semoga ALLAH mempermudahkan urusan ku nanti.

nota kaki : aku rasa dah putus asa. need youuu sayangssss (T_T) sobbsobb..

Monday 6 October 2014

♥ Salam AidilAdha :)

Assalamualaikum dan hai hai korangg *sambil lambai lambai tangan*


Aku ucapkan Salam Aidiadha pada semua umat islam. raya tahun ni aku pulang ke kampung. Ingatkan cik shepet balik tapi cik shepet tak balik, cik shepet balik 18 oktober 2014 ade lagi 2 minggu nak menunggu kepulangan kesayangan beta hehehe..

Raya tahun ni macam biasa je, tak de lah meriah mana pun. mak cuma masak kari itik je. dah la aku tak makan itik nasib baik lah mak ade beli ikan so aku makan lauk ikan je lah. aku pun tak tahu kenapa aku tak makan itik kot. diorang cakap itik sedap. tapi tah lah aku pun tak tahu tapi aku lgsung tak sentuh itik tu heee

sedara mara pun tak de balik kampung cuma family aku je yang balik. tapi tak per tak de lah sakit kepala tengok budak budak sangat kan heee

cuma aku teringin nak makan rendang daging je hahah. nanti nak mohon mak masak rendang daging lah. hee masa kat kampung lah aku kne uli donut. mentang mentang aku pndai buat hee :) Alhamdulillah diorg suka makan donut aku hee.


*SORRY, TAK DE PIC TUK HARI RAYA AIDILADHA :)

Thursday 2 October 2014

♥ berbelah bahagi

Assalamualaikum :)
haiii korang dan Salam Jumaat okay.
lagi dua hari kita nak menyambut Hari Raya Qurban
raya qurban ni aku balik kampung dan kemungkinan jugak kesayangan beta balik kampung?
tapi tak tahu bila kan? kalau ikut firasat aku, masa dia masuk rekrut 4.4.2014 dan dia tamat 4.10.2014 kan
tapi entah lahhh

sebenarnya aku rindu sangat dia.. bak kata rindu membuak ni.
cuma aku takut yang dia dah ade orang lain. yela dia dekat sana 6 bulan tak mustahil akan jatuh cinta antara satu sama lain. tapi apa apa pun dugaan yang akan datang aku kena kuatkan semangat dan tabah dirikan. berserah padaNya
Inshaa Allah kalau dia jodoh aku, dia tetap jodoh aku kan. 

aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban kepada orang beragama Islam.
Semoga Raya kali ini bermakna untuk kita smua.


Wednesday 1 October 2014

♥ Maixara C Sential




Assalamualaikum :) okay entry kali ni, pasal supplement yang baru aku ambil produk Maixara C-Sential . Hahaha tiba tiba aku rasa nak makan kolagen. ramai kata bila kita usia kita meningkat kita perlukan kolagen. So, aku ambil Maixara C-Sential buat masa sekarang, MCS ni pil tapi kita boleh kunyah. Actually, ada yang jenis kemam tapi aku tak ambil sebab kekurangan duit. hee~~

okay, ni kebaikan MCS :-

  • membantu merawat jerawat dan parut dengan lebih cepat
  • membantu mencerah dan melembapkan kulit secara menyeluruh
  • membantu menghaluskan,menganjal dan melembutkan kulit dalam masa yang singkat.
  • mencegah kanser
  • membantu meningkat sistem imunisasi badan
  • bertindak sebagai anti-oksida dan anti-penuaan
  • membantu pertumbuhan dan pembaikan tisu badan
  • membekalkan bendalir sinovia yang diperlukan oleh tulang rawan
  • membantu menguatkan sendi,tulang dan kulit
  • membantu sel mengekalkan kelembapan kulit
  • mengoptimumkan fungsi kolagen dan elastin
  • membantu kulit menjadi lebih lembut dan bersinar
  • membantu menyembuhkan luka dengan lebih cepat
  • membantu menghilang parut dengan lebih cepat
  • membantu mengurangkan kedutan dan penuaan dengan lebih pantas
  • membantu meningkatkan sistem antibodi badan
banyak kan kebaikan MCS ni. cara makan dia senang je boleh ambil 2 tablet setiap hari untuk kesan yang lebih cepat selepas sarapan dan sebelum tidur tapi tidak digalakkan ambil selepas jam 11 malam. Ada setengah cakap ambil masa perut kosong lagi baik dan senang nak bertindak balas. tapi tak tahu lah aku makan pun selepas minum milo heee

Nak ambil MCS pastikan kita tak minum berkafein dan air bikarbonat, sekiranya ambil tak efek lah nanti kalau makan MCS ni. Pastikan korang minum air sebanyak 3 liter sehari barulah MCS ni bertindak dan buang toksin dalam badan korang. tak per lah kerap ke tandas pun atleast badan kita sihat kan dan yang penting ginjal kita pun sihat sebab kita buang toksin dalam badan kita. aku ambil MCS ni pun sebab nak kulit flawless je. sebab bila keluar rumah tak perlu tepek foundation bagai. malas tahu. hahaha 

mungkin MCS ni dengan aku lambat sikit sebelum aku ambil MCS ni, aku peminum tegar nescafe kot dan setiap hari pasti minum nescafe. mula mula nak berhenti minum nescafe. Perghhhh..!! susah sangat dan badan aku begitu lesu lesu dan malas je. terasa macam ketagih pula. hahaha. Alhamdulillah berkat  kata semangat dari family dan kawan aku boleh kawal.! bersyukur sangat.! sekarang aku minum milo tapi tu ambil separuh paket je. sebab aku nak stop minum manis lepas ni. hee 

okay dalam kandungan MCS untuk setiap tablet 10,000MG :-
  • Vitamin C (1000mg)
  • Kolagen (4000mg)
  • glutathione (3000mg)
  • ekstrak strawberyy
  • hyaluronic acid
MCS ni boleh makan pada orang sedang datang haid dan sesuai bagi ibu sedang menyusu badan. okay kesan awal dalam masa 2-7 hari je. tapi macam aku susah sikit. maklumlah  tegar minum nescafe.



nota kaki : makan MCS ni depend pada orang juga, mungkin kesan dia ada yang cepat dan ade yang lambat. cuma perlu bersabar okay. dan kurangkanlah minum kafein okay
 
*thanks Goggle (picture)


♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...