Thursday, 9 October 2014

♥ Niat untuk bekerja

Assalamualaikum dan hai korang~~

Entry kali ni pasal bekerja. Hmm aku pun dh lama duduk rumah kan. niat nak bekerja itu ada sebenarnya cuma ada masalah sikit lah. keluarga aku sendiri tak bagi kerja jauh. nanti susah lah.. Ade sekali tu, aku buka jobstreet then ade kerja kosong tapi bukan bidang aku lah. aku bagi tahu family yang aku nk apply tapi tak kasi pula alasan tak de transport. aku cadang nak tumpang abang tapi bila abang cakap susah dia nak overtime. dan aku cuba bagitahu yang aku nak naik motor terus mak dan abang bantah kata jauh.

aku tahu family aku sayang aku dan takut jadi apa apa kalau aku naik motor nanti tapi itu sahaja jalan yang aku nampak. Hmm kadang kadang rasa macam putus asa nak cari kerja ni. Family siap cakap cari kerja yang senang ade transport awam. Hmm okay.

Sekarang pun mak asyik suruh KAHWIN!! hmm bab kahwin ni aku malas sikit nk dengar.. aku pun tk jumpa cik shepet 6 bulan ni. tak akan lepas cik shepet habis rekrut aku nak kahwin?? aku pun nak pegang duit sendiri. kalau nak kahwin pun nak guna duit sendiri tak kan aku nak pakai duit cik shepet pula. aiyoyo pening kepala lah kalau macam ni. aku mengaku yang aku ni memang maintenance tinggi kot..

dan aku marah bila orang tanye "KENAPA TAK KERJA" sumpa aku penat sangat nak jawab persoalan ni. Tolonglah tanya soalan lain. Bukan aku tak nak kerja tapi aku sendiri ada masalah dan yang paling penting FAMILY AKU TAK BISING EVEN AKU TAK KERJA. yess memang family aku tak bising pun aku tak kerja. memang senangkan hidup tapi aku nak kerja sebab aku nak bayar balik PTPTN aku yang 45k kot. banyakkan dan aku rasa amaun ni boleh buat modal kahwin.

sekarang pun aku masih melepak je kat rumah, dan tunggu cik shepet balik bincang hal ni dengan dia. aku pun fening macam mana nak bayar PTPTN kalau tak bekerja. tak kan nak suruh cik shepet nak bayarkan. dah la nanti dah kawin nak beli rumah lagi. of kos kena buat loan kan. kereta lagi. nanti hidup penuh dengan hutang je. lepas kalau buat ade anak? hah lagi lah perbelanjaan yang tinggi kot kalau aku tak bekerja.

kadang kadang aku rasa menyesal sesangat bila jadi macam ni. terasa nak menangis pun ade jugak. terasa macam menghabiskan masa dan duit pergi belajar ambil diploma.. semoga ALLAH mempermudahkan urusan ku nanti.

nota kaki : aku rasa dah putus asa. need youuu sayangssss (T_T) sobbsobb..

No comments:

Post a Comment

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...