Saturday 28 December 2013

♥ Alhamdulillah, 4 month already.

Assalamualaikum :)...



      Alhamdulillah aku dengan dia sudah 4 bulan bersama,walaupun banyak dugaan kami tempuh,kami tetap bersama.terima kasih awak sebab awak layan saya dengan baik dan layan kerenah saya walau saya selalu marah awak hehehe.saya harap hubungan kita akhir hayat kita.saya sayang sangat kat awak.saya minta maaf sebab saya selalu buat awak susah hati dan risau dengan saya. i love you!



♥ jumpa cik shepet :)






Assalamualaikum dan hey hye peeps~~

      Hari aku gembira sangat sangat sebab jumpa buah hati kan..siapa tak gembira bila jumpa buah hatikan. setelah 2 minggu aku tak jumpa dia,barulah hari ni aku dapat jumpa hehe sebelum ni aku dapat cuti 5 hari untuk krimas so pulang ke kuala kubu bharu.huhu rindu kot dekat mak,dah dekat sebulan tak jumpa mak.rindunya tak terucap dan yang paling rindu dengan masakan mak. bila dapat makan masakan mak..perghh nikmatnya tak terhingga kot dan nafsu makan bertambah tambah hehehe.

      So,hari ni aku balik seremban dengan adik sepupu aku,yelah hari ahad nanti aku nak balik melaka,tak akan lah aku nak gerak dari kuala kubu bharu ke melaka,confirm aku penat gila.kalau balik seremban tak de lah penat sangat kan. So aku ambil kesempatan untuk jumpa buah hati hahah.ye lah dah 2 minggu tak jumpa.rinduuu dia sesangat kot.rindu nak gaduh je.

      aku gerak dari key key bee jam 5.20 dan sampai di seremban pada jam 8malam huhu lamakan perjalanan aku heheh :) si dia sampai awal dalam 10 min dan menunggu aku dan adik sepupu aku..bila sampai je distesen seremban,adik sepupu aku yang lelaki nampak dulu si dia,aku tak nampak langsung huhu..

      sebelum aku nk berdating,kena tunggu ibu datang ambil adik adik sepupu..lama jugak menunggu dalam 20min hahaha melepak lah dekat ktm tu dulu.Kemudian,kitaorang gerak pergi Jaya Jusco Seremban 2. boleh pula kita orang sesat hahah lawak betul dah lah dua dua tak tahu jalan so kitaorang redah je jalan hehe..



menu kami dinner :) im love it 
 sampai je di JJ, aku ajak si dia makan dan hari ni si dia belanja aku makan pizza hut. hehe dah lama aku nak makan pizza hut akhirnya dapat jugak makan hehehe.








Thursday 26 December 2013

♥ setiap perbuatan, pasti ada pembalasan :)

hye hye dan assalamualaikum.. :)

       Sudah lama aku tak update belog,rindu pula rasanya.Almaklum duduk melaka line tenet tak de so tak dapat lah nak update baby belog ni :) okayokay entry kali ni pasal exboyfriend hehehe.

Alhamdulillah,akhirnya si dia dapat balasan yang dia buat dekat aku.aku terasa bersyukur sangat bila dia rasa apa yang aku rasa semasa dia buat aku dulu.sampai sekarang aku masih terfikir fikir apa salah aku sampai dia tinggalkan aku macam tu tanpa kata kata putus. aku bukan nak bangga ataupun suka bila girlfriend dia buat dia macam tu,cuma aku nak dia rasa apa yang aku rasa selama ini.

Alhamdulilah, selama dia tinggalkan aku,aku tekadkan diri tak pernah cuba untuk menghubunginya dan aku rasa kalau aku menghubungi  dia seolah olah macam perempuan terdesak SANGAT!!!! dan aku selalu cakap dengan diri aku " AKU BOLEH HIDUP TANPA DIA DAN SEBELUM INI PUN AKU HIDUP TANPA DIA"

okay, rasa macam malas nk berkarang sangat,cuma 1 je aku nak cakap kat dia :-

to my ex :
"terima dengan hati terbuka dan harap si dia dapat menghadapi dengan tabah bagaimana aku menghadapinya"

Saturday 14 December 2013

♥Dugaan Balik KKB

assalamualaikum dan hey hye~~

     hoyehhh sekarang aku dekat kuala kubu bharu setelah sebulan aku tak balik rumah family :) cuma penat sikit bila balik key key bee ni.ye lah tak ade bus express sampai ke key key bee yang ade pun sampai tanjung malim itu pun aku kena turun seremban then baru naik bus ke tanjung malim.leceh kan?  tapi last bus ke tanjung malim pada jam 4.30petang,macam mana aku nak sampai seremban jam 4.30petang kalau aku habis kerja jam 5 petang. so aku tak ade pilihan kena naik train dari seremban ke rawang .

     Dan semalam cik shepet terlalu risaukan aku dia datang seremban semata mata nak hantar aku pergi ke ktm seremban je. sebab jalan nak ke ktm tu sunyi dan lagi pun malam kan.aku kan perempuan.kalau aku balik siang dia x de lah risau sangat.aku dapat jumpa dia sekejap sebab aku nk kejar train aku takut aku sampai lambat key key bee nanty.aku sampai rawang pun jam 11 malam then sebaik akk aku cepat sampai huhu so sampai key key bee dalam jam 12.30tengah malam.syokknyaa sehari suntuk aku berjalan dan tidur memang tak ingat dunia kan.

  To my dear,
           thank ye sayang,sebab awak sanggup datang seremban semata mata nak hantar saya pergi ktm walaupun dekat awak takut keselamatan saya.saya minta maaf kalau saya buat awak susah hati dan risau. i love you more more more~~~ dan saya nk minta maaf lagi sekali sebab marah awak malam tu sebab saya penat then rushing nak balik key key bee sorry sesangattt :* even saya selalu marah awak,awak tetap layan saya dengan baik..thanks sayang. :*

Saturday 7 December 2013

♥ Hello December :)

Assalamualaikum dan hyehye peeps~

sudah lama aku tak hadapte baby belog ni.rindu pula nk bercerita huhu.sekarang ni aku sedang menjalani latihan industri ( praktikal ) dekat hospital melaka. alhamdulillah sekrang berjalan dengan lancar dan sudah masuk sebulan aku stay di melaka. sekarang ni aku masuk makmal histopatologi.perghhh abg mlt tu tanya soalan Anatomi memang aku suka subjek tu kan... soalan anatomi aku memang tak suka sometimes benda yang belajar dekat kolej tak akan sama bila pergi praktikal hehehe. so kena lah study lebih sedikit :)

stay melaka ni dekat lah sedikit dengan cik shepet aku ni.bila aku balik seremban baru lah dapat jumpa cik shepet huhu. alhamdulillah perhubungan dalam baik hehehe


tapi yang aku tak faham kan. adelah 1 family ni suka sangat buat cerita pasal aku dengan cik shepet aku.macam macam aku dengar. padahal parent aku tahu kot aku keluar dengan shepet aku.. yang aku marah sangat boleh cakap aku ni KAKI KIKIS!! ishh celah mana aku nak kikis shepet ni. dia sendiri yang keluar duit kot. buat masa ni aku dengan tak pergi date pun sebab bila kita orang date mula lah cerita timbul macam macam sampai babitkan family aku. masalahnya aku tak pernah jaga hal dia so tak payah nak jaga hal aku. selama ni pun aku tak minta nasihat pun dari kau. so better jaga anak bini kau. nanti kita tengok ank kau mcam mana!

Friday 8 November 2013

♥ Latihan Industri (LI)

assalamualaikum dan hyeeee peeepss :)

masuk ni sudah 4 hari aku tidak sihat, dengan demam + selsema + batuk + kaki lenguh. taktahu mcm mana boleh kaki jadi lenguh mungkin ulang alik dari rumah ke kolej.

walaupun aku tidak sihat,aku cuba sedaya upaya pergi ke kolej selesaikan urusan LI ni.alhamdulillah aku selesai buat pembentangan proposal dan memang kena kawkaw dengan panel tu haha.tak perlah ambil pengajaran dan cuba jangan malu depan panel :)

sekarang aku akan menjalani LI aku dekat HOSPITAL BESAR MELAKA, okay ini memang membuatkan diri aku stress stress dan stress. HUH.. macam mana tak stress yang pergi ke hospital melaka ni 4 orang dan 3 orang lelaki dan aku seorg perempuan? WTF???

siyesly aku memang tak boleh terima sebab aku tak ada sedara mara dekat sana then aku sorang prempuan,kalau ade kawan perempuan its okay aku boleh nk go on kan. aku pilih melaka sebab aku ikut kawan aku ieqa,ingtkan boleh sama last last aku kat melaka dia dekat perak,nmpak x kejauhan kiorg macam mana?? sekarang ni aku tengah pening kepala nak cari rumah sewa dekat mana tapi aku dah dapat rumah sewanya tapi rumah sewanya jauh nk smpai ke hospital melaka dalam 20min? macam jauhkan..tah la aku pun tatau lah weyh..

nak tak nak aku kena pergi jugak dan aku tawakal je apa yang terjadi.dan aku harap aku boleh suaikan diri dekat sana nanti,

Wednesday 16 October 2013

Assalamualaikum dan hye kawankawan =).

sudah lama aku tak update cik belog kita ni.rindu pula kat cik belog kita :) okay sempena raya aidiladha ni aku balik kampung dan dapat lah jumpa cik shepet kita..jyeahhhh. tapi raya aidiladha ni macam tak meriah sebab mak tak buat rendang or nasi impit dan kuah kacang..lagipun budak cuti sekolah tak lama pun.

Malam raya aku tak dapat dengar takbir sebab makcik aku bukan nak bukak TV pun..takut sangat TV rosak,rumah aku ni tengok TV 24jam tak pernah rosak pun..kalau dekat kampung..tengok TV lelama pun tak boleh mesti makcik aku cakap " TV dah panas tu nanti rosak TV dan ttup TV" hahah kelakar gila

malas nak cerita pasal makcik aku ni,kalau cerita mesti panjang lebar aku punya belog ni.Sempena aidiladha ni family aku dapat terima cikshepet. mak pun banyak tanya pasal cikshepet. hehehe tapi aku tak dapat date sangat sebab cikshepet kena jaga wan dia,sekarang ni wan dia sakit dan tak boleh jalan.kesian aku tengok cikshepet dah.hmm x per lah ni dugaan dia dan aku harap cikshepet boleh harungi dengan tabah :)

aku dengan cikshepet..
tu bibi kita pakai baju cikshepet :)

Friday 4 October 2013

♥ memasak :)

Assalamualaiku dan hyeee :)

Entry kali ni pasal aku masak..hahaha 1st time aku masak makanan melayu huhu selalunya aku masak western food je macam spagethi..kalau suruh masak spagethi aku terer ar..kalau suruh masak kari ke,gulai ke n apa apa berkaitan dengannya. memang aku tak pandai. Entah macam mana hari ni aku teringin nak memasak almaklum lah bila dengan cik shepet ni.ade mood nak memasak pula.hahaha

okay.! bekpes pagi ni aku masak kueh tiow goreng je.ini pun aku masak sendiri hehehe masak kueh tiow or mee goreng aku pandai tapi masak mihun aku tak pandai.tatau lah kenapa kalau aku masak mesti tak jadi hakhak..tapi orang kata masak mihun lagi senang drpd masak kueh tiow dan mee goreng..bagi aku masak mee goreng dengan kuehtiow lah senang..


Bekpes kita :)
kueh tiow goreng + nescafe 
fone tu saje je..kita pkai fone murah je 
motif?? 

okay,tengah hari pula aku masak kari ayam hahaha... akhirnya boleh juga aku masak tapi tak sesedap mak masak lah..tapi boleh la masak kan..sekurang kurang aku mencubakan..



okay ini la hasilnya..
nampak tak menyelerakan hahaha

 penat je aku masak tapi abang tak makan sebab mak ade masak sambal kentang. abang ni kan kalau sambal makanan lain pun dia tak nampak..

hmm cuma sekarang ni aku belajar masak pajeri nenas sebab cik shepet suka makan pajeri nenas.hmmm *pening lalat*

Thursday 3 October 2013

♥ pening kepala




Assalamualaikum dan hyeee :)

Sejak kebelakangan ini aku kerap pening kepala + loya. aku tak tahu kenapa.aku mula perasan yang aku pening kepala ni masa final exam hari tu.tak kan aku stress sebab sepanjang aku exam aku tak stress langsung..bilalah nak sihat ni.aku tak tahan menahan pening kepala ni.buat masa sekarang aku tak ambil pape ubat sebab aku takut effect ubat tu nanti.Ada setengah cakap kalau ambil panadol boleh buat mandul.tuh yang aku takut.aku akan cuba tahan je ni.

cik shepet suruh aku pergi hospital,bukan tak nak pergi nanti check entah apa apa,lepas tu bagi ubat paracetamol je then mesty tanya " bila akhir period" doc ingat aku pregnant ke apa ni.tuh yang tak nak pergi hospital.kalau pergi klinik nanti bayar mahal kot! hurghhh

sebenarnya,aku takut kalau kena migrain.yela kalau kene migrain susah lah sebab ia akan efek pada study aku nanti dan kejap kejap sakit kepala..hmm hopefully aku akan cepat sembuh.

Monday 30 September 2013

♥ Cuti Sem sudah bermula.

Assalamualaikum dan hyee korunk :)

hari ni merupakan hari yang keempat bila cuti sem aku bermula.hehe sabtu and ahad aku tak buat pape just cover tidur balik hahah..kelakarkan tapi hari sabtu hari tu aku tidur 13 jam kot sumpa heaven giler bila dapat tidur je..terasa nikmat dan hilang masalah kat kepala ni..

Aktiviti aku hari ni just kemas rumah,mop rumah dan basuh baju yang seminggu tak basuh huhu.penat kot dah lama tak buat kerja rumah ni,..selalu nya mak yang buat.kali ni aku pula hahaha nampak tak anak dara pemalas.

yang aku pelik tengok status kawan kawan kolej aku sumer kata cuti sem ni membosankan..haihh bagi aku cuti sem ni lah paling yang ditunggu oleh aku sebab aku tak larat nak ulang alik ke dari umah ke kolej penat kot. tapi sayang cuti sem ni cuma 2 minggu je rasa macam tak berbaloi je..hurghh sakit hati kot..hmm x per lah nak buat macam mana kan..huhuuhu 2 minggu pun jadilah..daripada tak de cuti langsung.lagi sedih.

Sunday 29 September 2013

♥ sudah habis exam :)

Assalamualaikum dan haiii :)




Yeahhh aku sudah habis final exam..minggu exam boleh membunuh aku sebab 4 hari berturut turut ade paper pagi dan petang.pergh penat dia jangan cakap lah..siyesly aku penat dan aku study pun macam mainmain sebab aku tak nak stress bila stress mesti tak boleh nak study huhu..

Alhamdulillah aku boleh jawab kesemuanya paper cuma aku risau dengan paper imun sebab aku rasa aku buat salah lahhh hmm mintak mintak lepas C+..

now,aku cuti final break 2 minggu je.. rasa mcm tak cukup je..kenapa tak sbulan je.hmm lepas raya haji aku dah start bengkel hmm dan bulan 11 aku dah start nak praktikal dan aku harap sangat yang aku dapat LI dekat.tak nak jauh..bukan ade duit makan pun..

Tengss ye shepet :) sebab sepanjang saya exam, awak banyak risaukan saya dan banyak bagi katakata semangat kat saya..terima kasih ye awak..saya sayang awakkk :*

Wednesday 18 September 2013

♥ Paper pertama sudah tumbang *teknik histologi*

Assalamualaikum :) dan hey hye :D

Dalam 2 minggu ni aku final exam..hahah mahu pecah otak bila tengok jadual kot. ade ke minggu pertama ni aku 2 paper. 1st paper teknik histo hari selasa pagi n petang hahaha. masa 1st paper ni.ramai kawan kawan aku stress sebab soklan susa then takut nk jawab smua. aku ?? hahaha tah lah aku dah tawakal apa yang aku jawab tu.nak stress pun tk boleh jugak sbb dah jawab kan..mana boleh amek paper tu balik kan. cuma sebelum nak lab test tu,aku n kawankawan aku study kat library then aku tengok diorang study aku jadi pening kepala kot..aku malas nk serabutkan kepala texting je ngn en.shepet huhuhu..mana tak pening kepala aku tido bper jam je kot. ade la dalam 3 jam pergh mana mna otak aku bkerja time tu..huhuhu

act aku tak nak stress sebab bila aku stress sumer benda tak boleh nak buat then aku mesti nak marahmarah.baik kita lalui sahaja dan tawakal apa yang dah jadi kan. tapi yang penting study awal okay..

paper 2nd sabtu nie lab test huhu tp masalahnya petang kot.macam malas nk gerak petang ni huhu :)

Sunday 8 September 2013

♥ saya sedang tekanan





Assalamualaikum :) dan hyeeee :D

sekarang ni aku stress sangat,sebab berkira sangat dengan adik beradik lah..okay sekrang en.kancil baru je elok dan kena rm350 kot.aku tak mampu nk byar direct rm350 kot.maklumlah aku masih belajar bukan bekerja.mintak abg tolong sikit boleh cakap " kau yang pakai,kau lah bayar" tersentap tak bila abang korunk cakap macam ni..Abang aku ni tak fikir ke yang aku ni masih belajar.hidup pun guna duit PTPTN n pencen ayah aku kot.sedangkan nak bagi aku duit bulan bulan pun liat.sebaik lah abg ipar aku bayar rm200 then aku akan tmbah rm150. Susah minta tolong dengan orang berkira ni..

cuma 1 je aku nak cakap. " kalau kau bekerja keras macam mana pun,sanggup OT 24jam tapi dengan family kau berkira,jangan tanya kenapa kalau duit kau tak pernah cukup!"

Saturday 7 September 2013

♥ I'm Already Taken



Assalamualaikum :) actually sekarang aku mempunyai buah hati *wink wink* hahaha perhubungan kami baru lagi tak sampai sebulan baru seminggu lebih. :P baru sangat kannn.. tapi yang sweetmya aku merupakan girlfriend pertama dia :P sungguh tak percaya kan..Act dia ni pemalu sangat dengan perempuan,entry sblum ni ade cerita pasal dia yg first talk ngn dia huhu.now aku panggil dia Encik Shepet sebab mata dia sepet sepet haha. Encaik Shepet  nie x de lah handsome mana pun,dia simple simple then orang kampung pula tu :) dan lagi satu dia hitam hahahaha... hitam kan menawan :P 

yang aku suka dengan perangai Encik Shepet  sama dengan Encik Fareez kita :) take care sangat..dan aku berharap hubungan kami ni akan kekal hingga hayat kami. Aminn.. 

♥ Birthday Card :)




assalamualaikum dan hye korunk :) aku happy gila sebab dapat birthday card from #Libresse. Act semalam baru je sampai dirumah aku tapi yang aku pelik,birthday aku lambat lagi. pada tarikh 16 september ni.tapi dia bagi awal pula :) Ishhh mungkin nak jadi orang pertama yang wish...

Tapi rasa birthday kali ni tak best sebab 17 september tu aku sudah start final exam..homaiiii otak akan bkerja keras huhu..sekrang short note aku tak buat lagi.aku hanya goyanggoyang kaki je :) dan bulan ni merupakan terakhir aku dapat tengok abg ensem sedihnyaaa..lepas ni dah x dapat tengok abg tu lagi.. Ishh macam nak sambung study je lagi tapi tak kan aku nak sambung study semata mata abg ensem! kalau aku buat nampak kebodohan aku terserlah...

aku harap sem kali ni lepas pointer aku nak g Latihan Industri :) dan boleh kerja dgn cepatttt :)


Saturday 31 August 2013

♥ C.E.R.E.W.E.T


Assalamualaikum :) entry kali ni pasal makcik  aku! yess aku memang sakit hati gila dengan dia ni..
baru baru ni dia call aku suruh bila baju trend sekarang dekat TS sebab dekat TS kan baju dia murahmurah..homaii aku kena turun KL pula then suruh beli skirt labuh dekat kedai vietnam! hurghh dia ingat aku ni banyak duit ke hape? ishh leceh lah makcik aku ni,,lepas tu kalau dia tak cerewet tak pe..Ini cerewet giler.sakit hati kot dengan dia ni aku penah kena sekali masa ade pesta buku dengan PWTC then dia suruh beli novel dia.aku dapat beli satu je terus dia tak nak novel tu..aku hangin giler dah lah guna duit aku..kalau aku baca novel tak perlah  ini aku tak baca pun.lepas boleh suruh jual dekat kawan aku..aishh memang harram betul lah. ni masa raya aku beli jubah dia. pun banyak sangat komplen nye..sakit haty pula kita dengar. kali ni memang takk lah aku nak belikan,cukup cukup lah apa yang dia buat kat aku,aku bukan balaci kau nak belikan..aku tak kisah kalau dia tak cerewet ini masalah cerewet gilerr..

Saturday 24 August 2013

♥ Masih dalam perkenalan.




Assalamualaikum :) ..
 Sekarang ni aku dalam berkenalan dengan seseorang. aku juz gelarkan dia Mr. A hahaha.. act perkenalan kiorg ni baru je seminggu lh..aku kenal dia dekat kampung aku je.. aku kenal dia 3 tahun yang lepas sebab dia kawan pada bapa sedara aku huhu tpi dalam masa 3 tahun tu pun kita orang je pandang dan senyum cakap pun tak pernah hahaha :) balik raya je jumpa huhu. 1st time pandang dia , boleh cakap " sweet jugak mamat ni " hahaha.. Mr.A ni sebaya dengan aku.

Raya tahun ni aku tak nampak pun dia datang uma sebab dia kerja..then aku dapat jumpa masa makcik aku nak buat makan makan untuk kawan bapa sedara aku ni.. ramai juga bujang bujang datang tapi aku tak nampak pun Mr.A ni huhu.. tiba tiba ramai yang da balik, Mr. A ni baru datang sebab dia kerja..masa tu aku duduk depan menonton TV dgn danial then bagi tahu danial yg aku suka tengok Mr.A ni.. hahah danial boleh gelak je...

tiba tiba bapa sedara aku suruh buat air dia..aku pun buat then :-

Bapa Sedara :  Adik [sedara mmg panggil aku adik] abg ni tanya nama kau?

Aku : nama qila je..kenapa?
Bapa sedara : Abang nie pemalu..
Aku : hahaha,buat apa nk malu.eh nama ape?

Mr.A : [senyum] panggil fizzy je.
Aku : ouhh! umur berapa ye?
Mr. A : bukan kita sebaya ke? 
Aku : hah?? 21 jugak ke?[ penah pula aku brcakap dengan dia sblum ni]
Mr. A : yup.
Aku : okay

haha yang tak boleh bla muka dia merah gilerr.. menahan malu.aku malu la jugak tapi boleh kawal je hahaha
then bapa sedara n Mr.A lepak kat luar then sebelum tidur bapa sedara ade bg pesanan yng Mr.A kirim salam.. haha terkejut aku time tu.terus danial cakap " malam ni mesty nak mimpi Mr.A kann " terus aku cakap " boleh jugak tu hahaha "
Act aku yang minta num Mr.A ni kat bapa sedara aku..ala saje je nak berkawan kan..lagipun aku single dan nak juga berkawan dengan budak kampung nenek aku.ye lah bila balik kampung,aku mana ade kawan hahaha..
Buat Masa sekarang kawan je dulu,kalau dah jodoh  ade lah.. :)

Saturday 27 July 2013

♥ Selesai 2 minggu

assalamualaikum :) sudah lama aku tak hapdate belog.rasa rinduuu giler kat my baby belog ni.almaklumlah 2 week ni aku busy dengan exam lah .dengan lab test dan mid term.terasa macam nak meletop jugak otak bila exam 2 week berturut2 pula..

sejak final sem aku mula malas nak study dan malas amek soklan past year dan otak aku sentiasa memikir nk ponteng kelas je.hahahah nampak tak kemalasan aku sudah tiba.
sekarang lect aku pun tak bagi tips yang masuk exam..kitaorang la busy cari sendiri...sedih woiii..

masa lab test aku rasa macam bengang sikit lah sebab lect masuk sikit2 teori..perghh sakit otak nak baca amali then baca teori plak then bukan nak bagi tips at least sikit pun jadi lah..mmg penat gila lahh

masa ujian teori pula sebaik baca teori tapi apa yang aku rasa keluar dia tak kuar pun.sakit haty kot tapi sebaik aku dapat jawab sebab soalan dia masa ngn soalan past year bukan 100% tpi juz 70% je masuk.bagi aku syukur sangat,alhamdulillah tak de lah bnyak tempat kosong

cuma sekrang aku risau paper imun je sebab ramai kawan kawan aku buat soalan esei no 2 aku je buat soalan no 1. aku harap sngt apa yang aku jawabb tu betul at least tak full half pun jadi lah..janganlah failed..ta de duit nak bayar repeat ni..



Tuesday 9 July 2013

♥ Salam Ramadhan :)



Hyeee dan Assalamualaikum :) Yeahhhh esok bermulanya puasa!! dan tahun ni merupakan aku berpuasa dengan family hehe tapi sayangnya berbuka je aku tatau dengan family or not cause aku sekarangkan ulang alik dari kuala kubu bharu ke shah alam.homaiii larat ke aku nak ulang alik nie? hopefully aku larat.maybe 1st tak larat tapi lelama okay kan :) dan harap lect dapat bagi pulang awal.

dalam puasa ni banyak betul dugaan dengan lab test dan mid term. aku berdoa bulan yang baik ni aku dapat fokuskan study aku dengan baik.dan harapkan result aku baik dan terbaik.

Disini aku nak ucapkan Salam Ramadhan pada semua orang beragama islam,semoga bulan yang baik ni akan mberkati hidup kita.Jangan ponteng puasa ye!

Kepada Si Dia,saya doakan awak disana dalam keadaan yang baik dan salam ramadhan..sayang tak dapat berpuasa n berbuka dengan awak! kehidupan saya lebih selesa begini.thankk :)

Saturday 29 June 2013

♥ mungkin kami tiada jodoh :)


Assalamualaikum :) mungkin aku dengan dia tiada jodoh.aku terima semua ini dengan redha.cuma aku terkilan kenapa tinggal aku dalam keadaan macam ini.selama 8 bulan aku menunggu dia terasa macam sia sia je.rasa sedih tu jangan cakap lah mesti ada tapi aku cuba untuk kuatkan diri untuk tidak menangis untuk dia..tidak pernah terlintas fikiran aku nak berdendam dengan kau. aku doakan kebahagiaan kau dengan pasangan kau.jangan risau aku tak kan hubungi kau ye. aku harap kau doakan kebahagiaan aku jugak :)
semoga dapat perempuan yang lebih baik dari aku :)

*kau yang sentiasa di dalam hati aku.. aku terlalu sayangkan kau dan aku susah nk lupakan dia.aku harap aku dapat lupakan kau :)

Monday 17 June 2013

♥ kecantikan saya :) tengss Cosmoderm :)

Assalamualaikum :) Entry kali ni pasak kecantikan aku hahaha :) sekarang ni aku guna produk Cosmoderm..memang terbaikk lahhh.. okay aku guna produk Cosmoderm yang jenis kulit berminyak dan berjerawat iaitu Tea Tree Oil (TTO).


Alhamdulillah selepas guna produk ni muka aku kurang berminyak dan JERWAT itu yang penting. hahaha sebelum ni masa aku sekolah menengah kulit muka aku elok je,langsung tak ada jerawat bila umur dah mencecah 20-an kulit muka aku mula berminyak then tumbuh jerawat banyak giler.sampai aku tak confident nak pergi kolej then nak make-up pun macam tak de mood sebab jerawat je pun. aku tak tahu bagaimana perasaan orang lain yg bila muka dia berjerawat yg banyak kat muka,mcam mana confident level dia agaknya?? aku baru yang sikit jerawat dah mula tak confident hmm.. selain aku guna produk cosmoderm aku add on dengan masker rumpai laut.itu pun kejap pkai kejap tak pkai.

sebelum aku jumpa produk Cosmoderm ni,macam macam aku pakai,dah try pkai Oxy,Safi dan Cetaphil tapi still tak berhasil juga.last last search kat tenet,then jumpa produk ni.memang ramai kata produk ni bagus,aku pun nak try lah.. tapi nak beli produk ni memang susah.. sebab tak banyak cawangan dia jual. 1st aku beli dekat Shah alam Seksyen 7 huhu. sekarang aku nak beli pun just online kan senang.yang leceh nak bank in duit je.



okay ni pencuci muka dia.bila guna rasa macam segar lah jugak dan kulit pun rasa macam lembap je selesa sangat.pencuci muka ni boleh tahan 6 bulan.haha kalau aku lah,tatau lah korang macam mana :) 

lepas je cuci muka,gunalah toner dia ni..nyaman giler weyh.dan dia juga boleh mengurang minyak pada muka kita ni serta juga membuang kulit mati. :) kalau toner ni aku pakai boleh tahan dalam setahun.. haha jimat giler aku pkai.


okay ni pelembap siang dan malam.aku selalu guna yang ni sebab bila pakai muka tak akan berminyak
sometimes bila guna pelembap lain kita akan rasa macam berminyak tapi pelembap ni tak pun macam dia serap dekat muka.yg paling aku suka dia wangiii!


yang ini untuk menghilang parut parut jerawat atau bintik bintik hitam.
aku jarang guna yang ni sebab bila aku pakai dia berminyak sedikit..aku guna time bila ade parut parut je :)

foundation cosmoderm ni memang terbaik kot.! aku memang suka pakai foundation ni.bila pakai dia akan serap dalam muka then langsung tak berminyak! dan dia kekal lama itu aku suka.. hahaha tapi aku akan guna foundation ni bila ade event besarbesar je.nak jimatlah kan.


okay,foundation Maybelline ni aku pakai untuk pergi ke kelas je! sebab dia tak kekal lama sangat then nampak berminyak sikit bila guna :)

 sebelum guna cosmoderm 
cuma parut jerawat je pun.tapi bagi aku tak selesa sangat..

selepas guna,tak ade lah kulit aku terus cantik,cuma ade perubahan sikit demi sikit lahh..
time cahaya terlebih sikit..







Saturday 15 June 2013

♥ Selamat Hari Bapa Pada Abah :)




Assalamualaikum :) Aku ucapkan Selamat Hari Bapa pada semua bapa bapa di Malaysia tidak lupa juga yang bakal menjadi bapa :)

Adik rindukan arwah abah yang telah meninggalkan adik selama 21 tahun ni..adik doakan semoga roh abah ditempatkan orang orang yang beriman..walaupun adik tidak sempat mengenali abah.terima kasih sebab abah sempat azan dan iqamah pada adik :) adik sayang abah sangat sangat tau :*


Friday 14 June 2013

♥ mimpi si dia :)



Assalamualaikum :) hehe entry kali ni aku mimpi si dia haha. macam lawak pun ada jugak huhu :)
Mimpi nya begini si dia datang rumah aku dan berjumpa dengan family aku..wahhh syokk habis kot..sweet giler time tu then dia berborak borak dengan kakak num dua aku..ramah giler si dia time tu..haha aku rasa macam seronok sangat...

then, aku boleh cakap dekat dia " Thanks ye biey cause datang rumah I dan jumpa parents I,thank a lot bieyy, I Love You Biey" hahah then aku tersedar.. mencikk toi sebab alarm aku berbunyi pulak :'(. Masa tu memang tak lekang senyuman dr bibir ku yg kurang manis ni huhu. dan pergi ke kolej pun berseri2 je... seronok giler.

Balik dari kolej aku terus cerita dekat akak then akak terus cakap :

Akak : kau buat solat istikarah ke?
aku : eh! mana ade lah..
Akak : ingatkan buat solat istikarah tadi.
aku : bukan lah... ala mimpikan pmainan tidur.

ye sebelum ni memang aku nak buat solat istikarah tapi aku ta pandai nak buat solat tu. hehehe..ala mimpi kan permainan tidur. huhhu. kan best setiap hari mimpi dia.. lena lah aku tidur nanti :)





Sunday 9 June 2013

♥ My Encik Fareez


Assalamualaikum :) entry kali ni pasal buah hati saya ni.huhu ramai kawan kawan aku cakap gambar passport fareez ni macam orang cina haha! nak tergelak bila kawan kawan aku cakap fareez ni macam cina..mungkin nampak dia putih then mata mata ala ala sepet gitu haha. akk aku pun cakap yg rupa fareez mcm cina haha then lagi satu kawan aku cakap dia ni masih budak sekolah..untunglahh muka nampak muda :) selain itu diorang cakap muka fareez ni berubah ubah dalam gambr? hah? aku agak terkejut hahaha biar betul kawan kawan aku..ala biasa lah tuh dalam gmbar kita akan posing mcam macam kan..that y nampak berubah muka. mungkin? haha tah lah aku pun tatau lahh hee

tapi sekarang fareez tak de lah putih mcm ni almaklum lah praktikal tempat panas then buat wiring memang muka dia akan gelap then hitam lahh..hahaha InshaAllah bulan 6 ni merupakan dia habis praktikal then bulan 7 akan masuk belajar then bulan 12 dia habis belajar! syokknye.. aku bulan 12 baru nak praktikal..

aku doakan dia semoga praktikal dia lulus sebab sepanjang dia praktikal dia galak sakit then demam hope dia cukup hari untuk praktikal.rasa kesian pula bila dia failed praktikal then kena repeat.dah la keje dia penat.dan jngan nakal nakal bila masuk belajar nanti okay :) loveyou sayang :*

Friday 7 June 2013

♥ Happy Saturday :)

Assalamualaikum :) Selamat berhujung minggu ye kawan kawan. Terasa syok habiss sebab hari hujung minggu saja lah dapat rehat rehat badan dan otak.hmm maklum lah dari isnin hingga jumaat rasa macam stress je sebab study then ulang lagi dengan penat lagi.bila dapat cuti rasa macam nak menikmatinya betul betul lahhh.. walaupun sem baru sudah seminggu sudah berlalu aku rasa macam sudah setahun dia berlalu haha.aku tatau sejak sejak akhir ni banyak penat dan letih bila pergi kolej dan rasa mcm tak cukup tidur.dan yang teruk sekali mata panda sudah muncul dekat mata aku.eeeeii sweetnya..

Now, aku ngan dia macam biasa je..sekarang ni dia sedang bercuti di Penang..syoknya dia.jangan dia lupa aku sudah lah kan.. jangan lupe beli coklat bebanyak untuk aku okay :) Loveyousayang :*


bajet handsome lah ni bila pkai spek mata hitam ni..
 :P

♥ Sem Baru sudah bermula.

Hii dan Assalamualaikum :) maaf ye sekarang mungkin jarang update my baby belog ni.sebab sekarang busy dengan final sem ni hmm.. Masuk ni sudah seminggu aku sem baru bermula..Alhamdulillah jadual tidak padat then tiada masalah clashing :) sukanya aku hahaha. tapi aku tak tahu kenapa sejak akhir akhir ni aku banyak penat dan letih now mata panda sudah ada dekat mata aku.sweet gila..aku suka suka sangatt.. memang nampak aku cantik bila ade mata panda ni,.sometimes aku rasa macam tak confident pergi ke kolej sebab mata panda ni.entah aku pun tak tahu lah..tapi tak apa aku semangatkan diri utk datang ke kolej.

okay, sekarang subjek aku terlalu tough sangat seriously,kalau aku tak dapat sumer subjek ni C+ ke atas aku tak boleh nak pergi Latihan Industri (LI). aku berharap aku boleh bercinta dengan kelima lima subjek yang aku ambil ni.dan harapkan aku dapat pergi ke LI nanti. InsyaAllah :)

Walaupun aku pergi LI bulan november ni.macam lama kan tapi bagi aku mcm sekejap je.sekarang tengah pening  kepala sebab memikirkan tempat aku nak LI nak pergi tmpat jauh kena pikir duit uma sewa,makan n transport lagi adoyy lecehnyaa.. hope aku dapat selayang or seremban. :)

Monday 20 May 2013

♥ Apa saya perlu buat.?

hye korunk :) dah lama aku tak update cik belog.actually sekarang sedang cuti sem. dari ke hari nak update cik belog tapi aku malas nk on lappy hehe. baru hari ini aku kesempatan nak update belog. :)

Sejak akhir akhir ni aku ngn si dia entah lah .kadang kadang aku kuat untuk menghadapi kadang kadang aku lemah,sekarang aku banyak menangis,dengan cara menangis aku dapat release kan masalah yang aku hadapi..sekarang ni si dia banyak diam je.aku tak tahu apa kesalahan aku dekat dia.sampai si dia diam.bukan sekali si dia diam tapi masuk ni 3 kali dah tapi aku sabar dan tabah menghadapi mungkin dia ade masalah dan penat dengan kerja dia sekarang.

 aku lebih suka hubungan kami yang awal awal dulu..aku rasa macam dihargai sangat..masa itu aku rasa happy sangat sebab dia selalu ambil berat pasal aku. dia berbeza dengan bekas pakwe aku. aku rindu nak otp dengan dia.aku rindu bila panggil nama aku then say I LOVE YOU! rinduu sesangat tapi sekarang kata kata tu susa nak keluar dari mulut dia.

aku tak tahu besar mana kesalahan aku terhadap dia. Adakah aku ni tak membahagiakan dia? Adakah aku selalu susahkan dia? Adakah aku tidak faham dengan keadaan dia? aku dah buat terbaik untuk dia. aku penat sangat bila kawan kawan dan family tanya aku ngn dia mcm mana? aku tak tahu nak jawab apa.aku akan jawab aku ngn dia okay dan tiada masalah.sebab sekarang fone aku jarang bunyi.kalau bunyi pun dari kawankawan aku je.

sekarang ini aku tak tahu nak buat apa? aku nak jumpa dia isnin sampai sabtu dia keje.ahad mesti dia penatkan. aku berharap aku boleh bersabar dengan dugaan ini.

Thursday 16 May 2013

♥salam jumaat :)

Hi.. Assalamualaikum :) okay masuk hari ini sudah seminggu aku cuti sem..hoyehhh tapi aktiviti cuti sem ni cuma aku banyak habiskan berehat dirumah heheh dan aku asyik tidur je..itu je aku mampu buat huhu..sebab aku tatau nak buat apa lagi kan.kalau tidak masa cuti sem ni aku akan jaga baby syuhada tapi nak buat macam manakan da ibunya tak nak hantar umah aku sebab takut..... hahaha biar lah ia jadi rahsia aku okay..

Bosan jugak duduk rumah ini.sebab aku tak tahu nak buat apa? nak keluar duit pun tak de.nak jumpa en.fareez dia sibuk keje je..aku tengok en.fareez sekarang galak demam je..adakah keje dia tuh terlalu berat.sebab stiap bulan dia akan demam...hmm kesian tgok.I harap demam you dah kebah okay sayang.pliss jaga kesihatan you okay.love you!

Sunday 12 May 2013

♥ Selamat Hari Ibu Makk :)






Assalamualaikum :) sekarang ini aku sedang cuti sem selama 3 minggu awal bulan jun akan kembali ke kolej ooohh bosanyaa =.=' hee dan aku akan bakal jadi senior! Jyeahhh!...

okay act tu bukan entry aku hari ini okay.pada hari ini aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada seluruh malaysia ini okay tak kecuali pada mak tersayang saya.. bukan hari ini je aku sayang dia tapi setiap hari aku sayang dia.terima kasih mak sebab membesarkan adik,minta maaf kalau adik ada buat salah dan silap dengan mak.maaflah hari ini tak bawa mak pergi belanja makan sebab tengah bulan ni.akhir bulan ini kita pergi okay.. love you mak <3 <3 <3


Wednesday 8 May 2013

♥ mungkin dugaanNya

Assalamualaikum :) hari ini aku rasa sedih sangat dan ingin menangis.bukan sekali tetapi masuk ni dah tiga kali..sekarang ini aku cuba untuk tenangkan diri aku dan aku tidak mahu tekanan sebab jumaat ini aku ada exam ianya last paper..sekarang ini aku perlu fokuskan exam dulu dan aku akan cuba untuk tabahkan diri untuk menghadapinya dan sabar itu penting.aku berharap aku boleh tabah menghadapi segala dugaanNya.

Saturday 4 May 2013

♥ Simptom - Simptom bila datang bulan :)



Assalamualaikum :) entry kali ni pasal tanda tanda sebelum datang bulan.setiap orang berbeza sebelum dia datang bulan tapi kalau aku sebelum nak datang bulan.tandanya macam orang mengandung hahaha! kelakar tahu..eh aku tak tiru dalam cerita ombak rindu okay..eeiii tak tahu.

kebiasaanya seminggu sebelum aku nak datang bulan aku akan :-

  • mengidam nak makan sesuatu.
  • pening kepala
  • nak muntah
  • demam
  • batuk dan selsema
  • asyik nak makan je.
  • sakit bahagian bawah pinggang
  • moody dan nak marah je.
  • sakit perut yang teramat
 haha sometimes aku tak dapat pun apa benda yang aku nak makan tu..tapi dia akan hilang bila aku sudah datang bulan. hahaha macam orang mengandungkan. So, sekarang en.fareez faham bila aku nak makan something tu..mesti aku nak datang bulan. hehe sekarang ni aku mula nak makan banyak dan aku teringin nak makan burger king lahh T.T....... bilalah nak dapat makan burger king ni..hmmm :'(

bila sedang datang bulan, sengugut aku teruk sangat sebab ade masa aku tak boleh nak bangun dan tidak boleh tidur.sometimes nk study pun susa sebab sakit sangat, tapi bila time exam then aku datang bulan.mulalah aku datang bulan sampai 3 hari sebabkan aku stress..bila waktu macam ni aku akan kena kawal stress supaya datang bulan aku teratur.

♥ Alhamdulillah

Wednesday 1 May 2013

♥ hari pertama jaga baby syuhada :)



assalamualaikum :) hari ini merupakan hari pertama aku jaga baby syuhada sebab mama nya suda mula bekerja sebagai guard di quaters JKR.. huhu mama dia mula kerja pada jam 7 pagi sampai 7 malam. Lamakan.. Lama juga aku kena sabar dengan kerenah baby syuhada ni.

hari ni baby syuhada sampai jam 6.55 pagi, masa tu aku sedang nyenyak tidur kot. tiba tiba dengar suara syuhada menangis so nak tak nak aku kena bangun juga dan penat main main ngn dia still menangis tapi menangis tidak mengeluarkan air mata cuma menjerit je. bila minum susu, nestum dan makan baru lah dia senyap. masa time dia menyusu mak aku tidur kan dia..baru lah aku dengan mak dapat tidur haha.

tugas aku untuk jaga baby syuhada :-

  • bagi minum susu dan nestum
  • bermain dengan dia
  • mandikan
  • bawa dia jenjalan
  • cuci baju baby syuhada

yang lain mak uruskan hee :)


Sunday 28 April 2013

♥ Curi DP En.fareez


sorry bieyy 
i curi gambar you dekat DP bbm you =)
i suka tengok gambar you ni...
you nampak handsome kot and badan u! ketaqqq!!
i likeee hahaha
tapi yang comel seluar pendek you! berbungaaa kot hehe
Iloveyou  <3 <3 <3

Wednesday 24 April 2013

♥ cerita minggu ini :D

22 April 2013


Selamat hari kelahiran Mak sayang yang ke-57 tahun. i love you mom.maaf ye mak,adik tak bagi hadiah kat mak.so adik belanja mak kek coklat ye mak..semoga mak bahagia selalu =) adik sayang mak tau! muah muah muah :*

23 April 2013

 hari lab test sitologi 1. alhamdulillah aku boleh buat dan macam seronok sebab lab test kali ini lec aku buat section by section. seronok sangat dan masa itu tidak terlalu lama buat dan boleh juga meniru cause kawan ada di depan kita :) dan aku siap bagi jawapan dekat ayu lagi huhu.

24 April 2013

Hari yang paling aku takuttt. sebab aku ade test jpj.. hmm hati memang tak sedap sebab takut.boleh aku cakap dengan mak aku tak nak ambil lesen sebab takut dan aku tak confident kowt. dan aku try datang lambat sebab aku fikir datang lambat buat pun lambat tapi datang lambat dan nombor aku awal kot.huhu takutt gilaa mula mula aku buat dalam litar,bukit , 3 penjuru dan parking okay sahaja aku buat :) tapi time jalan raya aku rasa aku dah failed sebab aku dah langgar lampu isyarat hee sebab aku dah lepas dr garisan putih then baru lampu kuning so nak tak nak aku kena jalan nanti berhenti jadi break kecemasan pula hahaha :) sumpa kalau aku beli kereta pun aku akan pakai auto.tak mahu manual lah sebab aku rasa mcm tak selesa lahh.. masa belajar,tanpa mengguna air-cond then test jpj guna aircond dan aku tak pndai nk tekan minyak bnyak mana huhu dan aku dapat jpj perempuan kot! sumpah muka kerek giler. dia marah marah aku dalam kereta,aku boleh buat bodoh je aku fikir nak lulus aje, haha


Monday 15 April 2013

♥ Selamat Hari Lahir sayangggg :*


Selamat hari lahir sayang yang ke-21 tahun...
eeii biey sayang dah tua lahh..
semoga perhubungan kita akan kekal hingga hayat kita..
you punya hadiah i dah sediakan cuma nak bagi kat you je...
nanti kita jumpa i bagi ye hadiah youu
I LOVE YOU SOO MUCHHH DEAR  :)

Sunday 14 April 2013

♥ saya tidak sekuat dulu

saya rasa saya tidak mampu nak berdiri disebelah awak lagi.tahap kesabaran saya tak sepeti dulu.tak guna juga kalau saya cakap dengan awak..awak bukan nya akan berubah.Awak tetap seperti dulu.saya tak awak jadi seperti bekas kekasih saya dulu,yang tak pernah hargai saya,tak pernah ambil tahu pasal saya.berhubung dengan saya sebulan sekali.saya rasa saya sedang bertepuk sebelah tangan dan saya tak wujud pun dalam hidup awak.sekarang saya rasa hidup saya sudah kosong.kosong sangat.

Saya nak minta maaf kalau lepas ni saya berubah.sebab saya dah tak sanggup menanggung seorang diri awak..kalau itu yang awak nak.saya ikut saja..

Saturday 13 April 2013

♥ Akhirnya..

Assalamualaikum :)..
okay en.fareez saya sudah HITAM!! 
walaupun you hitam i tetap sayang youu tauu  :*


Akhirmya aku luah jugak perasaan yang lama aku pendam dekat en,.fareez..terasa lega dan macam tiada batu yang menghempap badan =) tapi bila luah perasaan kat en.fareez ni dia memain lahh tak siyes langsung.. eeii bengang pulak bila slow talk dengan dia pula... harap harap lepas ini tiada masalah atau dugaan dengan en.fareez dah :) tak larat lah nak menangis sumer.okay hari ni aku tenang sedikit.

Maaf ye dalam minggu ni saya stress dan banyak tak de mood sebab minggu ni busy dengan lab race,skill survivor dan lab test so membuatkan saya stress =)

Friday 12 April 2013

♥ tak jadi date :'(



Assalamualaikum :) hari ni sedih sangat sebab tak dapat date dengan En.fareez..sepatutnya pagi ni aku tidak ade kelas sebab pensyarah tak de so boleh la date ngn en.fareez even 4 jam je :( tapi tibatiba aku ade skill survivor dan lab race pada jam 11 pagi so memang tak boleh jumpa then petang ade penyampaian hadiah.Ingatkan penyampaian hadiah smua ahli wajib ada rupa rupa nya boleh wakil je :( then bbm en.fareez tanya petang free  ke.kalau en.fareez free boleh lah date tapi en.fareez keje pula.sedih gila sampai aku pun tak de mood jadinya..hmm banyak sangat dugaan.tapi nak buat macam mana kan.tak perlah ade masa nanti jumpa jugak kan :'( tapi aku rindu sesangat kat en.fareez.....

Sunday 7 April 2013

♥ Sakit



assalamualaikum :) masuk ni dah 3 hari aku sakit. dengan selsema,batuk dan pening kepala. mungkin aku terlalu penat dan memikirkan masalah.hmm entahlah aku pun tak tahu. kenapa boleh jadi mcm ni sekali.harap aku cepat sembuh sebab hari rabu,khamis dan jumaat aku busy dengan labrace,kuiz pop dan lab test aku perlukan energy.harapharap aku boleh buat sumer nye :) dan besok baru aku nak g hospital amek MC cause  takut aku pengsan besok g kelas..

Friday 5 April 2013

♥ sumpa.sedih






mungkin kau tak sedar yang kau sedang sakitkan haty aku..tapi kali ni betul betul aku kecewa dengan sikap kau.setiap kali kau sakitkan haty aku,aku banyak diam dan cuba pujuk diri sendiri tapi kau tak pernah nak memujuk aku.kau makin diam ade lah..aku cuba buat happy tapi haty aku? sapa tahu? kau penah ade disisi aku saat aku perlukan kau?tak pernah langsung.kadang kadang aku rasa aku sedang bertepuk sebelah tangan je. aku banyak tanya khabar kau.walaupun kau tak bbm aku,aku akan mulakan bbm kau. even kau sakit pun aku still care pasal kau.sekarang ni kau langsung tak kisah pasal aku pun even aku sakit kan.. tapi aku sabar je..aku fikirkan ini dugaan perhubungan aku dengan kau.kakak selalu banyak bersabar.ye  aku bersabar bila kau sakitkan haty aku.

#Mungkin aku terlalu sayangkan kau sebab tuh aku jadi begini....

Tuesday 12 March 2013

♥ tidak join gotong royong :)

Assalamualaikum kawankawan :) hari ini merupakan hari gotong royong di Kolej PTPL tapi aku tak dapat join sebab aku stay jauh dari kolej hehe :) Sepatutnya gotong royong nye pada jam 2 petang tapi pagi tadi mentor aku call cakap gotong royong nya buat pagi sebab jam 3 petang semua lecturer ade meeting! Jyeahhh aku tak perlu datang,kalau aku datang pun pukul berapa nak sampai kat kolej :) perjalanan dari Kuala Kubu Bharu ke Shah Alam mengambil masa 2 jam 15minit tahu..tapi tak per lah lagipun aku dah nak last sem da :) so hari ni aku just duduk rumah n mengadap lappy dan TAB sahaja :) syok habiss kan esok aku ada kelas jam 11 pagi sampai 4 petang.hope ade kelas...aku rasa macam tak sabar nak study je ni.

Hari ni En.fareez aku deman.sejak dia praktikal ni dia asyik deman dan sakit kepala je.risau
pula tengok keadaan dia. semoga cepat sembuh ye sayang.. :)

Monday 11 March 2013

♥ 11 March 2013

Assalamualaikum kawankawan :) hari ni aku pergi tengok jadual untuk sem pendek ni. Alhamdulillah sangat jadual untuk sem ni tidak padat dan kelas aku start jam 11pagi dan tamat kelas jam 4 petang. bersyukur sangat sebab aku tak perlulah nak bangun awal-awal dan gerak waktu subuh .HUH penat kot..

nie jadual aku :)


dan lecturer yang aku dapat pun sumernya okay dan baik baik kowt... sebaiklah subjek parasitologi III ni aku dapat cik Ashikin. alhamdulillah sangat sebab dia klu bukan subjek biokimia dia tak tegas pun juz relax2 je :) subjek sitologi 1 pulak puan khairun..ni mmg besttt sebab dia ajar memang faham giler2



okayokay aku nak story masa aku balik tadi...dalam perjalanan dari rawang ke kuala kubu bharu..aku ngh main game kat TAB game Where's My Water dan sampai di stesen Rasa.aku text akk suruh amek aku then aku smbung main game tapi tah mcam mana aku boleh terlepas stesen kuala kubu bharu aku terus pergi ke tangjung malim.huhu sumpah aku tak perasan then call akk suruh balik then aku tggu tren tangjung malim ke kuala kubu bharu pula,dari aku boleh sampai umah jam 2petang ni smpai jam 2.40petang! buang masa 40 minit..

Sunday 10 March 2013

♥ Sem Baru :)







Assalamualaikum kawankawan :) hari ni bersamaan 10 mac 2013 merupakan hari yang terakhir bagi cuti sem 4 ni.Besok bermulalahh kehidupan seorang pelajar! HUH sebenarnya aku malas nak pergi kolej besok sebab dah seronok duduk rumah dan tak buat pape kan :) 2 minggu aku cuti aku banyak habis tidur sahaja sebab bila start masuk kolej aku akan ulang alik dari Kuala Kubu Bharu ke Shah Alam. nanti kena bangun pagipagi jam 4.30pagi...penat tahuuu bangun awalawal ni hmm..

okayokay Sem baru ni merupakan sem pendek dan aku cuma ambil dua subjek je iaitu  Sitologi 1 dan Parasitologi III hope jadual tidak padat dan hope sangat kelas ta pagi dan start jam 11am.
dan yang penting sekali lec sumer okay dan tidak garang2 okay...
tidak ada azam baru sebab cmfm nanti aku tak buatnya apa azam aku nanti.

malam ni kene tidur awal lah..byee selamat malam :)



Saturday 9 March 2013

♥ Menonton Wayang bersama Ayu Amenda

hai dan assalamualaikum kawankawan :) pada 6 februari hari rabu aku dan kawan baik aku ayu,pergi menonton wayang cerita Beautiful Creatures hehehe..act aku nak ajak En.fareez tapi dia sekarang busy dengan kerja dan ahad pun kerja! sedihkan it's okay..

Cerita dia memang best! tapi pakwe dia sweet gilerr dan dia mcm blur blur sikit..suka pula tengok dan aku dan ayu tak menyesal tengok cerita ni.! mesty korunk suke.. hehehe

okayokay aku tak na cerita lebihlebih,lebih baik korang pergi menonton cerita ni okay! siyesly best


Sunday 3 March 2013

♥ #Wordless 2



Selagi Saya Boleh Sabar, 

Saya Akan Sabar 
Dengan Dugaan Yang
 DiberiNya
 (= 
Ameen

Thursday 28 February 2013

♥ cukup seminggu cuti sem



Assalamualaikum :) hari ni cukuplah seminggu aku cuti sem tapi kan selama seminggu ni rasa macam masa terlalu pantas huhu..dan dalam masa seminggu ni jugak aku banyak habiskan masa dengan tidur tidur tidur an tidur saje.hahaha sebab aku fikir, sekarang ni kan ulang alik dan kena bangun pagi pagi nak siap pergi kolej sumer n tidur tak cukup hehehe..sempit betul pemikiran kan :) sekarang ni aku tidur jam 4pagi dan bangun jam 11 or 12 tgah hari dan terus menonton tivi tengok CSI Miami or CSI NY . aku memang minat giler cerita ni sebab benda kecil diorang boleh dapat penjenayah tuh.kalau rezeki panjang aku akan sambung ambil forensik.harap harap apa yang diplan sekarang akan menjadi kenyataan.lepass saje aku menonton CSI ak kemas rumah then mandi dan baru makan dan sambung tidur kembali hahaha sampai jam 5.30petang dan jam 6petang bawa baby syuhada jenjalan.dan malam pulak aku akan ngadap lappy sampai ke pagi pagi buta.layan movie je dan ngadap cik belog kesayangan saya ni.mesti korang fikir bosan kan aktiviti aku.tapi bagi aku ta pun..dan aku akan guna spenuhnya masa cuti sem ni untuk berehat saje.hehe :D

&hearts; Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...