Wednesday, 7 January 2015

♥ Alhamdulillah rezeki awal tahun





Assalamualaikum dan selamat tengahari kengkawan.~~

Alhamdulillah akhirnya dapat juga kerja aku walaupun Pekerja Sambilan Harian (PSH) di Lembaga penduduk dan pembangunan keluarga negara (LPPKN).

thanks kepada abang sedara aku, abang pai yang tolong aku untuk dapatkan kerja ni.. aku temuduga 6 januari 2015 pada jam 8.30 pagi. okay aku gerak dari uma jam 6.45pagi tapi tiba tiba train dibatalkan sebab train rosak di tangjung malim.

Dan bernasib baik, kakak aku belum pergi kerja so aku gerak dengan kakak aku then kakak aku hantar sampai ktm rawang. Aku sampai di LPPKN dalam jam 8.40pagi. aku dah mula takut dan jantung berdegup laju dan nak tenangkan diri aku. masa daftar diri tu, aku tengok aku orang keempat tapi entah macam mana aku jadi orang pertama. perghh lagi aku gugup kot.

Okay, panel mohon aku cerita pasal diri aku. okay lah boleh jawab semua then sebutkan nama pengerusi , timbalan pengerusi dan ketua pengarah LPPKN. fuhhhh nasib baik aku boleh jawab kahkahkah yang aku tak boleh jawab bila dia suruh speaking. kahkah puas aku nak menyusun ayat bagai. siap tanya menteri kementerian pembangunan wanita keluarga dan masyarakat kot. perghh azabnya boleh tahan kot.

Lepas habis jawab terus pergi jenjalan then dapat beli shawl 4 helai dan beg tangan satu. stress punya pasal. hehe

Isnin ni aku kena pergi LPPKN ambil surat. aku berharap aku start kerja bulan februari atleast boleh prepare apa apa hahaha

No comments:

Post a Comment

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...