Saturday, 24 January 2015

♥ Dua minggu bekerja di LPPKN

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kengkawan.!

Alhamdulillah, sudah dua minggu aku bekerja di LPPKN sebagai khidmat pelanggan a.k.a jawab call tapi sambilan je, walaupun gaji tak de besar mana. Alhamdulillah aku bersyukur. ambil pengalaman kan. memang lari dari bidang aku sikit tapi  kalau ini punca rezeki aku, aku terima je.. tapi dalam masa yang sama aku juga usaha yang lain juga. hidup mesti kena berusahakan. walaupun kita mula dari bawah..

Hari pertama kerja, pergh penat juga sebab aku tak kenal staff dan masih tak ingat ext unit unit dalam bangunan LPPKN tu, bernasib baik abang sepupu bagi buku extkan aku walaupun x detail sgt tapi ia sangat membantu kot. hari kedua aku kerja, aku kerja sorang sebab kakak yang ajar aku tu pula cuti. kelam kabut jadinya hahaha tapi nasib baik ade client paham aku staff baru. cuma ade satu client tu, cuma tak paham dan kerek sebab aku tak dapat cari staff yang dia nak call kot. tak silap aku dia juga staff di lppkn tapi dia sendiri pun tak ingat ext staff yang dia nak tu. haha. dia kerja dah lama tak kan tak ingat, aku yang baru 2 hari kerja tak kan dah ingat beratus ratus ext kot. bayangkan dalam lppkn ade 300-400 staff. ? kalau koriang boleh ke ingat dalam 2 hari??? tak bolehkan, tapi nasib baik aku jadikan ia sebagai kekuatan aku. walaupun masa client tu duk perli dan  marah, aku still boleh kawal kemarahan aku.. dan keesokkan harinya, cerita dengan kak shima, kak shima kata biasalah tu qila..qila pun baru lagi start kerjakan tak kan nak ingat semua ext tu.

Dalam 2 minggu ni, aku cuma ingat ext yang famous sahaja, macam client nak buat pap smear,HIV.Implan dan Rancang kluarga dan biasa ni klinik Nur Sejahtera yang handle. selain tu, untuk dapat anak, gaji,pencen, cuti dan tiket.

kadang kadang staff juga minta call cawangan lppkn dan sambung pada mereka, itu seronok haha.. terasa best bila main main number kot haha..
cuma aku dekat opis, aku tak banyak cakap dan senyum je.. ala kadang kadang tak tahu sembang apa lah hehe..

sekarang aku mula selesa kerja dekat situ, staff semua baik baik sahaja hee dan yang pasti selalu ade makan free. aku suka hehe..

No comments:

Post a Comment

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...