Tuesday 21 July 2015

♥ Selamat Hari Raya

Assalamualaikum dan Selamat petang semua :)





Disini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua warga blogger dan seluruh rakyat malaysia. hahaha.

Raya tahun ni macam biasa raya dikampung mak di negeri sembilan, kuala klawang. Tahun ni balik dengan along dan kakak balik rumah mak mentuanya di ijok :)

Aku balik hari khamis dan keluarga aku sorang je balik kampung. Ibu raya di sendayan dan induk pula raya dirumah mak mentua di jelai. Tahun ni, rumah wan tak buat lemang dan nasi impit serta rendang dan kuah kacang mak buat dari rumah sebab balik hari khamis, petang pula tu. bila masa pula mak nak siapkan semuanya kan.



Tahun ni family aku warna biru cuma aku je lain warna coklat nak sama dengan cik shepet kan.

ini gambar di kampung.


Yes, aku memang suka buat Duckface!






aku sorang je nak selpie dengan wan. kesian wan tak de baju raya.
baju raya nya angry bird.
wan ni suka bercerita. cerita lelama pun masih ingat.
selalu tanya pasal aku dengan cik shepet.

Ini gambar dirumah Ibu :)


dengan baby paiq dan natashot



dengan baby na :)


dengan honey aku :)
tahun ni pun kami sama warna.
pasangan yang bahagia
dan kami setiap tahun kaler yang sama :P




baby aku ni ajak selpie tapi nak selpie dengan beg dia, haha


masa raya pertama ingatkan nak selpie sesama tapi masing masing busy dengan family.
aku pula nak berjalan raya. kalau tidak cik shepet kata tak payah pergi suruh duduk rumah.
muka aku nak duduk rumah memang takk lah haha.Alhamdulillah tahun ni dapat raya dengan cik shepet sebab dapat cuti raya plus cuti habis operasi. so cuti dalam 2 minggu. dapatlah hilangkan rindu dengan dia walaupun sekejap je.

Stay dikampung selama 4 hari 3 malam dan 3 malam juga berdating dengan cik shepet sampai pepagi buta. cik shepet kalau tak jam 11 malam or 12 tengah malam tak sah kalau tk datang rumah. Nasib baik mak dan abang tak marah bila aku lepak ngn cik shepet sampai pepagi buta. mungkin paham aku jarang sangat jumpa cik shepet. sekarang cik shepet makin busy dengan kerja. Lepas ini cik shepet kena pergi bertugas di sabah tiga bulan. kena tinggal lagi Hmm,
semoga Allah memberi aku kekuatan untuk menghadapi semua dugaan-Nya




kesian sayang kita berpeluh peluh sebab sapu dapur je pun.
aku datang raya uma cik shepet tapi kena tolong dia pula. Ciss haha


selpie di dapur. kang selpie depan wan mahu terkejut :P







No comments:

Post a Comment

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...