Monday 17 November 2014

♥ suka menyibuk hal orang (Tinokk)

Assalamualaikum dan hai korang. Okay hari tu aku ada cakap nak update pasal perempuan kan. so hari ni lah aku cerita pasal perempuan ni

utk saja saja pic ni :)

.

Dalam hujung bulan 10, aku online pesbuk cik shepet saje je online tapi kebiasaanya aku just bukak pages keluarga saaodah dengan tukar DP cik shepet. tapi entah macam mana aku nak sangat bukak inbox cik shepet ni. tak tahu lah kenapa. Okay aku pun bukak tiba tiba ada chat sorang perempuan so aku bukak lah..

okay ini chat perempuan tu bagi. apa perasaan korang bila dapat tahu perempuan chat boyfriend kau macam ni? mula mula aku baca rasa sakit hati tu ade lah, kalau kawan pun perlu ke cakap macam ni? kalau aku rindu kawan lelaki tak de macam ni. ini macam menggedik sangat ni. aku pun terfikir fikir pasal perempuan ni. 


tapi hati tu nak tahu juga sapa perempuan ni. so aku pun try lah chat dengan perempuan ni dengan pakai pesbuk cik shepet

INI CONVERSATION AKU DENGAN PEREMPUAN TU.








ini semua chat aku dengan perempuan tu, so tiba tiba dia minta chat pakai pesbuk aku, so aku suh lah add pesbuk aku. niat aku nak berkawan tapi tak sangka pula dia ni kaki menyibuk. aku dah approved perempuan ni so aku usha lah pesbuk perempuan ni. so perempuan ini dah kawen dalam bulan 6 tahun ni. so aku pun tanya dia dah kawen ke? barulah dia mengiakan. kalau aku tak tanya sumpa dia pun tak cakap.

ade sekali tu, makcik aku telefon mak aku sambil tu ceritalah pasal cik shepet yang ramai kawan kawan cik shepet cari dia. then aku pun update status kat pesbuk, cuma update " KENAPA RAMAI SANGAT CARI DIA." itu sahaja aku update tapi perempuan ni boleh pula dia buat status :-


aku tak tahu apa masalah perempuan ni sebenarnya. siap bagi chat kat cik shepet

 apa motif nak bagitahu cik shepet?? aku terasa ke kawan kawan dia cari? aku rasa aku tak terasa cuma aku rasa kawan kawan dia pun rindu cik shepet macam mana aku rindu. itu sahaja. nasib baik cik shepet tak layan perempuan ni. aku ade juga bagi tahu cik shepet apa sebenarnya perempuan ni nak? cik shepet pun tak tahu.  dan aku suruh cik shepet chat dengan perempuan ni tanya apa dia nak sebenarnya. Then, cik shepet pun chatlah dengan perempuan ni







sapa yang meroyan sekarang, aku ke perempuan ni? perluke perempuan ni nak mention " INGAT SIKIT KALO AKU XTINGGALKANN KAU DULU KAU XKN KENAL DENGAN DYE (AKU) LH." perlu ke nak mention macam ni? tiba tiba perempuan ni terus update status sebab cik shepet tak balas chat dia


nak cakap kami ni mengelabah habis kau ni mengelabah ke perempuan? semak dengan relay orang. ke kau cemburu??


KEPADA PEREMPUAN NI YANG SUKA NYIBUK HAL AKU.!

 Tak kisahlah kau penah tinggalkan cik shepet ke apa? tapi kalau bukan jodoh kau dengan cik shepet nak buat macam mana, baguslah perangai kau ni sebab mempertikaikan kerja-Nya. kau nak rasa kesian kat cik shepet kenapa pula? aku rasa kau tak pernah kenal aku pun dan kau just chat aku dalam 2 3 jam sahaja, jumpa aku pun kau tak pernah. kau sendiri boleh buat andaian sendiri kan. selama aku dengan cik shepet, aku tak pernah cemburu dengan cik shepet apetah control hidup cik shepet. kalau kau tak tahu pape jangan buat andaian sendiri. aku cuma kesian dengan suami kau sebab suami kau beristerikan perempuan gila macam kau. even suami kau tahu kau chat ngn cik shepet, aku rasa suami kau dayus sebab tak larang kau rindu lelaki lain selain suami kau. Dengar sini perempuan, tak payah nak bajet yang kau tu kahwin dan bertahun tahun lah. kau pun baru masuk alam perkahwinan tak payah nak tunjuk bagus sangatlah.. lebih baik kau jaga suami kau daripada kau jaga tepi kain orang. niat aku suruh add pesbuk aku tuk berkawan bukan untuk kau stalker aku bagai. aku terasa terharu bila ade stalker hidup aku. rasa hidup aku lebih bahagia daripada kau pula. aku tak sound kau sebab aku fikir cik shepet je, kalau aku nak sound boleh je kalau depan cik shepet pun boleh. aku sendiri pun tak pernah kacau hidup kau dengan suami kau, tak payah nak sibuk sibuk hal aku dengan cik shepet dan aku tahulah macam mana aku jaga shepet ni. kau nak cerita dekat kawan kawan aku ni KUAT CEMBURU or QUEEN CONTROL  terpulanglah yang penting aku bukan orang macam tu.. aku pun nak MEMERHATI kau sampai bila nak stalker hidup aku.!! Ingat kau tu dah kawen jaga batas batas kau sikit. apa apa kau buat ingat suami kau. jangan ingat suami kau tahu kau boleh buat sesuka hati kau., kau sedih tengok cik shepet sebab kapel dengan aku, aku pun sedih tengok suami kau sebab dayuss sangat. biarkan kau chat lelaki lain dan siap cakap rindu bagai.! 



-DAYUS-

Dayus disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadis yang lain iaitu daripada Ammar bin Yasir berkata, dia mendengar daripada Rasulullah SAW berkata: “Tiga golongan yang tidak akan memasuki syurga sampai bila-bila iaitu si dayus, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak.” Lalu sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu dayus?” Berkata Nabi: “Iaitu orang yang tidak mempedulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya).” (Riwayat Al-Tabrani)

Daripada hadis di atas, maksud lelaki dayus adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dengan siapa isteri dan anaknya bersama dan bertemu. Malah, ada yang membiarkan sahaja isteri dan anak perempuannya dipegang lelaki lain.

Soalan yang sama daripada sahabat mengenai siapakah dayus? Lalu jawab Nabi SAW, maksudnya: “Apakah dayus itu wahai Rasulullah?” Jawab Nabi: “Iaitu seseorang (lelaki) yang membiarkan kejahatan (zina, membuka aurat, bergaul bebas) dilakukan oleh ahlinya (isteri dan keluarganya).” (Riwayat Al-Tabrani dan Al-Baihaqi).Tafsiran golongan ulama berkenaan istilah dayus adalah “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya).”
“Cemburu lawannya dayus.” Berkata pula Al-Nuhas, “Cemburu (iaitu lawan kepada dayus) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya daripada ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram.”

“Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) apabila dia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya dia tidak mengubahnya.”

“Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat atau kecemburuan (terhadap ahli keluarga), dan barang siapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga jauh daripada kejahatan dan perkara keji. Tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota (terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.” (Faidhul Qadir, Al-Munawi, 3/430)



NOTA KAKI : aku hide kau punya pesbuk, biar orang tak tahu kau sapa dan biar kau rasa terasa sendiri. sorry kalau entry yang ni membuat kau panas hati atau sentap. aku tak kisah apa kau nak cakap pasal aku pun. kau nak follow aku punya blog. dipersilakan. jenis aku aku tak gaduh dengan perempuan macam kau dan aku rasa buang masa je. susah kalau nk bertikam lidah dengan orang tak de otak ni. cuma aku nak ingatkan kau jangan sesekali masuk hal aku. aku tak penah masuk hal kau.! dan kau pun tak kenal aku macam mana okay. semoga hidup kau sebagai seorang isteri, boleh menjaga suami kau dengan baik. dan jaga nama baik suami kau. sekian :)

No comments:

Post a Comment

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...