Okay, hari ni dapat hapdate baby belog ni. setelah seminggu aku duduk dikampung hehe. macam macam berlaku dekat kampung. Sabtu lepas aku balik kampung sebab nak jumpa cik shepet. masa jumpa kami tak banyak bercakap dan otak aku mula lah fikir fikir bukan bukan. Dengan malam sabtu kena marah ngn cik shepet sebab aku tak makan kat kenduri tu, macam mana aku nak makan kalau kawan dia ramai then makcik makcik situ pun aku tak kenal. masa orang surau baca doa selamat, aku duduk luar sebaik diteman bapa sedara aku dengan adik sepupu aku. Yelah aku tahu cik shepet tak boleh layan aku sebab kenduri rumah dia kan. aku tak kisah. tapi tak kan aku nak makan sama budak bujang dan aku sorang perempuan? haha masa makan kat uma cik shepet, wan nya duk senyum senyum kat aku, aku pun senyum lah. nampak wannya okay je hehe. masa balik tu, cik shepet bole nak kenakan aku. dia tak nak panggil wan dia. nak tak nak aku yang pergi kat wan dia. sengal punya shepet.
aku dengan cik shepet ada masalah komunikasi sejak dia balik ni, tapi entah lah aku pun tak tahu. bila dah stay dua hari dekat kampung baru aku perasan yang cik shepet dia mula kekok dan malu tahap gaban dengan aku dan aku rasa macam mula mula kenal dia je. hakhak mungkin sebab 7 bulan tak jumpa sebab tu dia perangai macam tu.
Alhamdulillah, seminggu ni jumpa cik shepet, masalah komunikasi dah tak de masalah dah. dalam seminggu ni, setiap malam cik shepet datang lepak dan bawa aku pergi makan semua. tapi datang lepak jam 11 malam. . yang lain dia qadaq tidur dia. sekarang cik shepet kuat tido macam aku hakhak. bila lepak malam, baru nak manje dah kawan dia dtg. so lepak sesama tapi aku banyak diam. bila ade masa barulah aku menyampuk kalau tak diam je lah hehe.. dah nak dekat jam 1 pagi baru lah cik shepet balik. lepak pun 2 jam. bila siang nak jumpa hujan pula tapi yang terharunya bila cik shepet sanggup balik dari semban terus datang uma, semata mata nak lepak dan lepaskan rindu..
Ada satu malam tu, cik shepet belikan air nescafe tin. amik kaw sampai jam 4 pagi baru aku tidur. cik shepet sedap membuta haha aku je krik krik. keesokkan hari nya dia beli air buah huhu. bila berdua barulah aku ngn slowtalk ngn cik shepet pasal perempuan tu. pasal perempuan nanti aku buat entry baru.
sebelum aku balik key key bee, aku ngn cik shepet dating dulu dan teman cik shepet cari beg camping dan yang penting cik shepet belikan teddy utk aku sempena birthday dan anniversary kiorg. aku je tak dapat nak bagi apa apa kat cik shepet. lepas ni cik shepet pergi kursus dengan kem mentakab selama 4 bulan. kena tinggal lagi lah gamaknya. semoga aku dan dia terima dugaan ni dengan hati yang terbuka. InshaaAllah semuanya akan baik baik sahaja..
lepak dalam popular smbil amik sejuk aircond haha. cik shepet malu nak pandang camera,
teddy cik shepet blikan tapi nama dia cik asya. hehe
dh ade kawan lah cik bibi ni,
sambil menunggu train dtg hehe padahal nak lepak dulu.
Ajak lepak tapi dia beronok ronok tengok utube.
nota kaki : thanks awak, belanja saya makan, bawa saya gi jenjalan dan belikan teddy tuk saya dan belikan num saya ye... saya syg awak sesangat. semoga awak tabah menghadapi dugaan yang datang dan jangan nakal nakal di kem mentakab tu ye. Ingat saya selalu okay.
No comments:
Post a Comment