Friday 11 July 2014

♥ Evening Primrose Oil

Assalamualaikum dan hey hye~~


entry kali ni pasal Evening Primrose Oil (EPO). EPO ni merupakan makanan tambahan baik untuk muda dan tua. haha aku start makan EPO bila period aku tidak teratur dan aku ade PMS. okay PMS ni Pra-menstrual Syndrome biasanya berlaku sebelum nak datang period. Actually, lecturer aku yang suggestkan makan EPO ini. EPO ni sangatlahh bagus. tip topp kot. Alhamdulillah makan EPO period agak teratur,PMS still ada sikit sikit cuma semasa period sengugut kurang dan kulit punn jadi cantik. hehehe




Apa itu EPO ??

      Evening Primrose Oil merupakan punca khasiat semula jadi yang terkaya (selain dari susu ibu) bagi Asid Gamma Linoleik (GLA) pelopor Prostaglandin. Setiap sel dan organ di dalam tubuh manusia bergantung kepada Prostaglandin yang diperlukan oleh tubuh 24 jam sehari. Di England ia telah diberikan kepada wanita sejak 30 tahun yang lalu oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan. Ia juga merupakan minyak yang diekstrak dari biji pokok Oenothera biennis.


 Kebaikan EPO pada kesihatan dan kecantikan..


Minyak ini mempunyai begitu banyak khasiatnya kepada badan dan memberi impak kepada kesihatan. Ia mampu:

• Membantu melancarkan dan mengawalatur kitaran haid 
• Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut 
• Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj 
• Meningkatkan kesihatan kulit supaya sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. 
• Melegakan ekzema dan alergi kulit.
• Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal 
• Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
• Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
• Menguatkan sistem imun badan
• Jurnal Perubatan New Zealand telah membuktikan ia berkesan bagi rawatan penyakit kulit


Okay aku amalkan EPO dari Blackmores





ramai yang ambil dari shaklee, shaklee pun bagus tapi masa aku beli blackmores ni ade promotion 3 botol rm200 so better aku ambil huhu, dulu masa mula mula makan EPO  cam fobia sebab vit dia besar kot haha. dan aku stop makan ubat sebab time tu aku busyy sesangat sampai tak ingat nak makan. Alhamdulillah aku makan balik sebab nak jaga kesihatan kan. :)


EPO nie elok diamalkan untuk menghadapi hari-hari mendatang..terutamanya yang hampir menopouse. Makan lebih awal lagi baik bagi mengatasi simptom2 perubahan badan apabila usia semakin meningkat seperti:

• Simbahan rasa panas badan
• Pendarahan faraj yang tidak tetap
• Sakit2 otot
• Mudah marah
• Bulu baru tumbuh di muka ( perubahan hormon dalam badan)
• Kurang dorongan seks
• Rasa diri tidak dicintai
• Faraj menjadi kering
• Sakit2 belakang dan sendi
• Susah tidur malam
• Keletihan luar biasa
• Berpeluh pada waktu malam
• Sakit ketika hubungan seks

Selamat Mencuba. Bye

saje saje je.
jerawat pun x de


No comments:

Post a Comment

♥ Dikecewakan lagi

Hai dan Assalamualaikum.. Setahun juga aku tak update cikbabybelog aku ni. Memang tak de masa nak on laptop ni. huhu. Entry kali ini ...